Pejabat Daerah Mersing

Call Directions Contact the organization

Pejabat Daerah Mersing Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Daerah Mersing, Government Organization, Aras 1 & 2 Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan, Jalan Ibrahim, Mersing.

20/10/2026

Situasi jerebu di Johor hanya stesen Segamat mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana, manakala tujuh stesen pemantauan lain merekodkan tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.








19 Oktober 2026 | Isnin๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐€๐ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐“๐”๐๐Š๐” ๐Œ๐€๐‡๐Š๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐’๐Œ๐€๐ˆ๐‹, ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐” ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐ ...
19/10/2026

19 Oktober 2026 | Isnin
๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐๐ˆ๐€๐€๐ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐“๐”๐๐Š๐” ๐Œ๐€๐‡๐Š๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐’๐Œ๐€๐ˆ๐‹, ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐” ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing diiringi Encik Mohd Ezwan bin Jamigoe, Penghulu Kanan Daerah Mersing; telah menyempurnakan penyampaian kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing bagi kurniaan Bulan Oktober Fasa 1, 2 & 3; Tahun 2026. Turut hadir, YB Tuan Haji Mohd Youzaimi bin Haji Yusof, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Negeri Johor bagi Kawasan Tenggaroh.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, pesakit kronik atau terlantar. Kurniaan ini bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.
Semua penerima mendoakan agar DYAM Pemangku Sultan Johor serta semua Kerabat Diraja diberikan perlindungan dan kesihatan oleh Allah SWT. Penerima menjunjung kasih atas kurniaan sumbangan DYAM Pemangku Sultan Johor dan semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.
๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐“๐”๐๐Š๐”
"๐™ˆ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐˜ฟ๐™–๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™š๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™ž"






19/10/2026

ย  โ€“ Semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di seluruh Johor akan terus beroperasi seperti biasa, manakala operasi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditutup selama lima hari, bermula hari ini hingga 23 Oktober 2026. ย  Keputusan itu dibuat susulan ...

18/10/2026

โ€“ Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menitikberatkan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, Kerajaan Negeri memutuskan untuk melanjutkan penutupan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari lagi, bermul...

17/10/2026
17 OKTOBER 2026 | SABTU๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘Kehadiran konvoi Johor Custodian Socie...
17/10/2026

17 OKTOBER 2026 | SABTU
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Kehadiran konvoi Johor Custodian Society (JCS) menceriakan suasana pagi di Rumah Rehat Kenamaan Bukit Cantik, Mersing menerusi Program Jelajah Mersing Bersama Pegawai Tadbir Negeri Johor. Program ini menjadi platform mengeratkan silaturahim, memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkenalkan keunikan Mersing sebagai sebuah daerah pelancongan lestari.

Konvoi yang disertai seramai 21 penunggang motosikal dan 11 pemandu ini disambut mesra oleh YBhg. Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, jamuan sarapan pagi, sesi bergambar serta gimik pelepasan peserta konvoi bagi meneruskan perjalanan jelajah mereka.

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Anizam bin Jamian, Presiden Johor Custodian Society merangkap Pegawai Tadbir Negeri Johor; YBhg. Datoโ€™ Haji Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ); YBrs. TPr. Abdul Karim bin Haji Bakar, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing serta ASP Mohd Mokhtar bin Mohd Nor, wakil rasmi Ketua Polis Daerah Mersing.

Kami di Pejabat Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Johor Custodian Society (JCS) atas kesudian memilih daerah Mersing sebagai salah satu destinasi jelajah kali ini. Penghargaan turut diberikan kepada semua agensi dan petugas yang bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga kunjungan ini terus mempererat hubungan silaturahim, memperkukuh kerjasama strategik serta membuka lebih banyak peluang untuk mengetengahkan keindahan alam, keunikan warisan dan keramahan masyarakat Mersing kepada masyarakat luar.

๐™ˆ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐˜ฟ๐™–๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™š๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™ž









16 OKTOBER 2026 | JUMAAT๐’๐„๐‘๐๐”๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐„๐๐€๐ƒ๐” ๐‹๐„๐’๐„๐ ๐๐”๐’๐€๐“-๐๐”๐’๐€๐“ ๐‡๐ˆ๐๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐†Pada malam tadi, telah dil...
17/10/2026

16 OKTOBER 2026 | JUMAAT
๐’๐„๐‘๐๐”๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐„๐๐€๐ƒ๐” ๐‹๐„๐’๐„๐ ๐๐”๐’๐€๐“-๐๐”๐’๐€๐“ ๐‡๐ˆ๐๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐†

Pada malam tadi, telah dilaksanakan Serbuan dan Operasi Bersepadu Lesen Pusat-Pusat Hiburan Daerah Mersing melibatkan kerjasama Pejabat Daerah Mersing, Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing (IPD) dan Majlis Daerah Mersing (MDM) dalam usaha memperkukuh penguatkuasaan serta memastikan pematuhan undang-undang di daerah ini.

Operasi ini dilaksanakan susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Daerah Mersing (JKKD) Bil. 2/2026 dengan memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen sah, di samping memastikan pematuhan terhadap ๐„๐ง๐š๐ค๐ฆ๐ž๐ง ๐‡๐ข๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ-๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐‡๐ข๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ—๐Ÿ– ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ. Operasi turut bertujuan membanteras kegiatan menyalahi undang-undang termasuk perjudian haram dan penyalahgunaan dadah.

๐Š๐š๐ฆ๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐›๐š๐ก๐š๐ฐ๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐ฉ๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฌ ๐ก๐ข๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐–๐€๐‰๐ˆ๐ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐ข ๐ฅ๐ž๐ฌ๐ž๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข. Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang dan tindakan penguatkuasaan yang tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang ingkar.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas komitmen dan kerjasama strategik dalam menjayakan operasi ini. Kami akan terus memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat Daerah Mersing sentiasa terpelihara.

๐๐„๐Œ๐€๐“๐”๐‡๐€๐ ๐”๐๐ƒ๐€๐๐†-๐”๐๐ƒ๐€๐๐† ๐๐”๐Š๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡๐€๐, ๐“๐„๐“๐€๐๐ˆ ๐“๐€๐๐†๐†๐”๐๐†๐‰๐€๐–๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€.

๐™ˆ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐˜ฟ๐™–๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™š๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™ž








Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor...
16/10/2026

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Daerah Mersing, Johor pada 16 Oktober 2026.

Turut hadir, Yang Berbahagia Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Abdul Hakim Bin Abd. Manap, Pentadbir Tanah Daerah Mersing, Tpr Abdul Karim Bin Haji Bakar, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Mersing, Ketua-ketua Jabatan Daerah Mersing, dan Penghulu-penghulu Mukim Daerah Mersing.

Menjunjung Kasih Tunku
Allah Peliharakan Sultan.

โ€œ๐™ˆ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐˜ฟ๐™–๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™š๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™žโ€


16 OKTOBER 2026 | JUMAAT๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐Œ๐€๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆPejabat Daerah Mersing terus memp...
16/10/2026

16 OKTOBER 2026 | JUMAAT
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€๐Œ๐€๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ

Pejabat Daerah Mersing terus memperkukuh budaya kerja berteraskan nilai kerohanian dan pembangunan modal insan menerusi Program Membudayakan Al-Quran dan Majlis Tamat Latihan Industri yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Mersing. Program dimulakan dengan penghayatan Surah Al-Mumtahanah, ayat 6, di bawah bimbingan Encik ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ค๐ก๐ฐ๐š๐ง ๐›๐ข๐ง ๐‡๐ฎ๐ฃ๐š๐ง@๐“๐ข๐ค, Penghulu Mukim Tenglu.

Turut hadir, ๐˜๐๐ก๐ . ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐‰๐š๐ฆ๐ข๐ฅ ๐‡๐š๐ฌ๐ง๐ข ๐›๐ข๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐  yang menyampaikan amanat serta menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada tiga pelajar latihan industri. Pengiktirafan ini mencerminkan penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan mereka sepanjang menjalani latihan di Pejabat Daerah Mersing.

Pelajar yang diraikan ialah ๐๐š๐ณ๐ฎ๐ซ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐…๐š๐ข๐ฌ๐š๐ฅ (Diploma Pengurusan Sumber Manusia) dan ๐€๐ณ๐ซ๐ข๐ž ๐™๐š๐ฅ ๐‡๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐š (Diploma Teknologi Maklumat) dari Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, serta ๐๐ฎ๐ซ ๐–๐š๐ก๐ž๐ž๐๐š ๐€๐ฆ๐ข๐ซ๐š ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐–๐š๐ก๐š๐› (Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia. Penempatan ini memberi pendedahan praktikal kepada pengurusan dan pentadbiran kerajaan di peringkat daerah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada institusi pengajian tinggi, para penyelia dan seluruh warga Pejabat Daerah Mersing atas kerjasama serta bimbingan yang diberikan. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melahirkan generasi pelapis yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing.

๐™ˆ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐˜ฟ๐™–๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‡๐™š๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™ž










16/10/2026

Address

Aras 1 & 2 Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan, Jalan Ibrahim
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077991121

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Mersing:

Shortcuts

Share