Balai Bomba & Penyelamat Mersing

Call Directions Contact the organization

Balai Bomba & Penyelamat Mersing BBP Mersing [Zon 2 Kota Tinggi] Negeri JOHOR

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SALAM JABATAN BOMBA DA...
02/10/2026

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA SERTA SALAM MALAYSIA MADANI
PADA 01/10/2026(KHAMIS)
AKTIVITI CERAMAH DAN LATIHAN PENGUSIAAN BANGUNAN BERTEMPAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING ❤️💙
Aktiviti ini diadakan sebagai persediaan guru-guru serta kakitangan sekolah terutamanya murid-murid bagi menghadapi situasi kecemasan yang kita tidak jangka. Pihak Jabatan Bomba berharap segala ilmu yang di berikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
❤️💙


👩🏻‍🚒

Bomba Dan Penyelamat Zon Kota Tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

HARI CUCI MALAYSIA 2026BBP MERSING 26/09/2026 (SABTU)Pembersihan kawasan sekitar balai dan kuarters bbp mersing telah di...
26/09/2026

HARI CUCI MALAYSIA 2026
BBP MERSING

26/09/2026 (SABTU)

Pembersihan kawasan sekitar balai dan kuarters bbp mersing telah dilaksanakan bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, kemas dan selamat, di samping membudayakan amalan kebersihan sebagai sebahagian daripada nilai kerja warga bomba.
Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab, tetapi budaya yang perlu dipupuk dan dilaksanakan bersama.
Bersih Persekitaran, Sihat Kehidupan, Sejahtera Bersama.

Kerja-kerja pembersihatan di ketuai oleh
Ketua Balai iaitu PKPgB Mohd Alias bin Hussin dan semua anggota.

❤️💙


👩🏻‍🚒


Bomba Dan Penyelamat Zon Kota Tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia Negeri Johor

05/08/2026

Selamat maju jaya kepada seluruh Kontinjen JBPM Negeri Johor. Semoga diberikan kekuatan, keselamatan dan mencapai kejayaan cemerlang di SUKBOM 2026.

29/06/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru, merupakan putera sulung KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

DYAM Tunku Mahkota Ismail mendapat pendidikan awal persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan di Sekolah Rendah Kebangsaan St.Joseph, Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan persekolahan di Australian International School Singapore dan di Hale School, Perth, Australia sehingga akhir tahun 2002.

Dengan titah perkenan Seri Paduka nendanya Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Ismail menjalani latihan ketenteraan sebagai Pegawai Kadet di 'Indian Military Academy (I.M.A), Dehradun, India pada 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004 dan ditauliahkan pangkat Leftenan dalam upacara tamat latihan.

DYAM Tunku Mahkota Ismail berkhidmat di Unit 61 Cavalry Tentera Darat India, Jaipur dari 2004 hingga 2006. Kehebatan Baginda dalam berkuda diiktiraf dengan anugerah 'Best In Riding' di Indian Military Academy (I.M.A).

DYAM Tunku Mahkota Ismail turut mencatat sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama menyertai rejimen berkuda tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J. Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Januari 2007 yang dihadiri ramai tetamu kenamaan termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin.

Pada 14 Julai hingga 23 September 2008, Tunku Mahkota Ismail telah melaksanakan Kursus Kepakaran Gerak Khas di Kem Iskandar, Mersing dan pada 9 Oktober hingga 19 November 2008 mengikuti Kursus Asas Payung Terjun di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK). Pada 1 Ogos 2010, DYAM Tunku Mahkota Ismail dianugerahi Beret Hijau Kehormat Grup Gerak Khas (GGK).

Minat mendalam DYAM Tunku Mahkota Ismail terhadap arena bola sepak membawa kepada pelantikan Baginda sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor pada 16 Februari 2012.

Di bawah kepimpinan dan visi Baginda, pasukan bola sepak Johor berjaya dibangunkan semula serta diangkat menjadi sebuah entiti sukan yang berprestasi tinggi dan disegani di pelbagai peringkat.

Tunku Mahkota Ismail dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres FAM ke-53, 25 Mac 2017.

Pada 2 Disember 2022, DYAM Tunku Mahkota Ismail dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Konvokesyen Ke-22 di Dewan Sultan Ibrahim.

DYAM Tunku Mahkota Ismail dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada Majlis Konvokesyen KUIJSI ke-21 pada 13 Disember 2023.

Pada 28 Januari 2024, Baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor apabila ayahandanya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

DYAM Tunku Mahkota Ismail mendirikan rumah tangga bersama YAM Che Puan Mahkota Khaleeda Johor pada 24 Oktober 2014 dan dikurniakan lima cahaya mata.

29/06/2026

𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗛𝗜𝗕𝗥𝗜𝗗 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗡𝗢𝗥𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠

🔹Jemaah Menteri pada hari ini telah bersetuju dengan pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam Perkhidmatan Awam, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.

🔹HBH merupakan satu inisiatif baharu Kerajaan mengenai pengaturan kerja yang lebih fleksibel untuk penjawat awam tanpa mengurangkan waktu bekerja.

🔹 Penjawat awam boleh bekerja dua (2) hari di rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan oleh Ketua Jabatan dan tiga (3) hari di pejabat tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, kesesuaian fungsi serta syarat yang ditetapkan.

🔹HBH tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan penting (essential services) Kerajaan kepada rakyat. Perkhidmatan kaunter serta fungsi yang memerlukan kehadiran fizikal akan terus beroperasi seperti biasa. Ini termasuk sektor keselamatan, pertahanan, pendidikan, kesihatan dan mahkamah.

🔹Pelaksanaan HBH akan menggantikan pengaturan Bekerja Dari Rumah (BDR) Konflik Asia Barat yang sedang berkuat kuasa. Garis panduan dan syarat pelaksanaan HBH akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











29/06/2026
29/06/2026
01/02/2026

Address

Balai Bomba & Penyelamat Mersing , Jalan Masjid
Mersing
86800

Telephone

077994444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba & Penyelamat Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba & Penyelamat Mersing:

Shortcuts

Share

Category