Pejabat Tanah Mersing

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Tanah Mersing Pejabat Tanah Mersing

16/10/2026
🌙 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PEJABAT TANAH MERSING 1448H/2026M📅 Tarikh:16 Oktober 2026 (Jumaat)📍 Tempat:Bilik...
16/10/2026

🌙 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PEJABAT TANAH MERSING 1448H/2026M

📅 Tarikh:16 Oktober 2026 (Jumaat)
📍 Tempat:Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Mersing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Pejabat Tanah Mersing telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Oktober 2026 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Mersing.

Majlis telah diisi dengan ceramah bertajuk “Meneladani Uswah & Qudwah Hasanah Baginda Nabi” yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Razee bin Jamaladdin.

Ceramah yang disampaikan memberikan pengisian ilmu dan pengajaran bermakna tentang keperibadian serta akhlak mulia Rasulullah S.A.W. sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Penghayatan terhadap sunnah dan akhlak Baginda diharap dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W. serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk mencontohi keperibadian Baginda dalam kehidupan dan pelaksanaan tugas seharian.

Majlis ini turut melibatkan penyertaan warga kerja Pejabat Tanah Mersing sebagai usaha memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam serta menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W.

Pihak pentadbiran Pejabat Tanah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah, semua pegawai, kakitangan serta urus setia yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga sambutan ini memberikan manfaat dan keberkatan serta mendorong kita semua untuk terus meneladani akhlak mulia dan sunnah Baginda Nabi Muhammad S.A.W.



12/10/2026

  – Kerajaan Johor akan menggerakkan pelaksanaan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini bermula 12 Oktober 2026 sehingga keadaan jerebu kembali pulih, susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang kini berada pada tahap tidak sihat dan membimbangkan.   Sola...

📢 KAUNTER KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH 2026 📅 12 OKTOBER 2026 (ISNIN)⏰ 8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI📍 Dewan Terbuka, Kampung...
12/10/2026

📢 KAUNTER KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH 2026

📅 12 OKTOBER 2026 (ISNIN)
⏰ 8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
📍 Dewan Terbuka, Kampung Tenglu Laut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pejabat Tanah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pembayar cukai tanah yang telah hadir dan menjelaskan bayaran cukai tanah melalui Kaunter Kutipan Luar Cukai Tanah yang telah diadakan di Dewan Terbuka, Kampung Tenglu Laut pada 12 Oktober 2026.

Terima kasih atas kerjasama, sokongan dan komitmen yang diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. Sambutan yang diberikan amat bermakna dalam usaha Pejabat Tanah Mersing untuk terus memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan serta memudahkan urusan masyarakat setempat.

Semoga jalinan kerjasama ini terus berkekalan demi kesejahteraan bersama dan kemajuan negeri Johor.

💙 Bayar Cukai Tanah, Tanggungjawab Kita, Masa Depan Johor.


JOM WARGA MERSINGKaunter Kutipan Luar Bayaran Cukai Tanah Tahun 2026 Tarikh:     12 Oktober 2026 (Isnin)Tempat:   Dewan ...
11/10/2026

JOM WARGA MERSING
Kaunter Kutipan Luar Bayaran Cukai Tanah Tahun 2026

Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)
Tempat: Dewan Terbuka,
Kampung Tenglu Laut
Masa: 8:30 Pagi - 12.00 Tengah Hari

JUMPA KAMI DI SANA


10/10/2026

JOHOR LANJUT PENUTUPAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN HINGGA 16 OKTOBER INI

– Semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Negeri Johor akan terus ditutup selama lima hari, bermula 12 hingga 16 Oktober ini, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan terus terpelihara.

Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat dengan menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya murid serta warga pendidikan.

Pelanjutan penutupan berkenaan mengambil kira jangkaan pergerakan angin terkini dari Kalimantan, Indonesia, pada 13 hingga 15 Oktober ini, risiko peningkatan kepekatan partikel halus serta keadaan atmosfera yang boleh menyebabkan jerebu berlarutan.

Selain itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada sekitar 170 hingga 180 tanpa perubahan ketara turut menunjukkan bahawa kualiti udara masih berada pada tahap tidak sihat dan memerlukan pemantauan berterusan.

Sepanjang tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan mengikut kesesuaian, manakala pentaksiran dan penilaian akademik di sekolah terlibat akan ditangguhkan serta dijadualkan semula mengikut ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkuasa pendidikan berkaitan.

Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan IPU bagi menentukan tindakan selanjutnya berdasarkan keadaan kualiti udara serta penilaian keselamatan dan kesihatan semasa.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar anak-anak, memastikan pengambilan air yang mencukupi serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala kesihatan seperti batuk berpanjangan, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali (Dr. Naqib Ghazali), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, mengumumkan pelanjutan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari susulan kemerosotan kualiti udara menerusi kenyataan media hari ini.







07/10/2026

  – Sebanyak 578 sekolah agama di seluruh Negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara.   Jumlah itu melibatkan 575 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) serta tiga Sekolah Menengah Agama (S...

07/10/2026

  – Semua sekolah di seluruh Negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara demi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus menjadi keutamaan.   Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat ...

06/10/2026

  – Sebanyak 335 institusi pendidikan di seluruh daerah Batu Pahat diarahkan tutup pada esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 203 pada kategori Sangat Tidak Sihat setakat jam 8 malam tadi.   Jumlah berkenaan merangkumi 176 sekolah di bawah Kementerian Pendidi...

30/09/2026

  – Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh sistem tebatan banjir di Johor Bahru menerusi penambahbaikan kapasiti takungan, sistem saliran dan keupayaan pengepaman air bagi mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan berisiko.   Usaha berkenaan susulan tinjauan di enam lokasi iait...

Address

Mersing

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077991141

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Mersing:

Shortcuts

Share