Pejabat Pendidikan Daerah Miri

Call Directions Contact the organization

Pejabat Pendidikan Daerah Miri Ini adalah laman rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Miri . Semua makluman terkini akan dipaparkan di la

PPD Miri – Beyond Excellence17 September 2026 – Kunjungan Menyantuni Sekolah oleh Pegawai Pendidikan Daerah Miri, Jumari...
17/09/2026

PPD Miri – Beyond Excellence

17 September 2026 – Kunjungan Menyantuni Sekolah oleh Pegawai Pendidikan Daerah Miri, Jumari Bin Hashim bersama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Grispin Anak Sahah telah dilaksanakan seawal jam 8.00 pagi di SMK Pujut, Miri

Kunjungan ini memberi fokus terhadap keadaan fizikal sekolah, Pengurusan sekolah serta aspek keselamatan murid serta kesejahteraan warga sekolah secara menyeluruh. Selain meninjau persekitaran sekolah, Tuan PPD turut menyampaikan amanat dan motivasi kepada murid-murid agar sentiasa berdisiplin, bersemangat serta mengutamakan kecemerlangan dalam pendidikan. Pemantauan berterusan ini mencerminkan komitmen Pejabat Pendidikan Daerah Miri dalam memastikan persekitaran sekolah yang kondusif, selamat dan berkualiti demi kesejahteraan pendidikan anak-anak di daerah Miri.

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi lambang penyatuan hati dan semangat kit...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi lambang penyatuan hati dan semangat kita sebagai sebuah keluarga Malaysia.

“Malaysia MADANI, Sarawak Maju Makmur”


Marilah kita terus menghargai kepelbagaian, memperkukuh perpaduan dan berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju, makmur dan sejahtera.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita, dari Sarawak untuk Malaysia. ❤️💛💙

Ikhlas daripada
ENCIK JUMARI BIN HASHIM
Pegawai Pendidikan Daerah
PPD Miri

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan Rohana binti Siaban,Guru Akademik,Sekolah Kebangsaan Lutong, Miriatas pel...
15/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada
Puan Rohana binti Siaban,
Guru Akademik,
Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri
atas pelantikan sebagai
Penolong Kanan Petang,
Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri
berkuatkuasa 17 September 2026 (Khamis)

Selamat menjalankan amanah dan semoga bertugas dengan cemerlang.

Ikhlas daripada:
Pegawai Pendidikan Daerah Miri &
Seluruh Warga Kerja Pejabat Pendidikan Daerah Miri

PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI & TEKNIKAL DELIMa 3.0 ZON PIASAU TAHUN 2026TARIKH: 09 Sept 2026 MASA: 2.30 – 4.30 petangTEMPAT...
11/09/2026

PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI & TEKNIKAL DELIMa 3.0 ZON PIASAU TAHUN 2026

TARIKH: 09 Sept 2026
MASA: 2.30 – 4.30 petang
TEMPAT: Centre of Excellence (CoE), PKG Miri

PESERTA: 6 Admin DELIMa daripada -
SK ST COLUMBA
SJK NORTH
SK AGAMA
SK JALAN BINTANG
SK PULAU MELAYU
SK ST JOSEPH

PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI & TEKNIKAL DELIMa 3.0 ZON LAMBIR TAHUN 2026TARIKH: 09 Sept 2026 MASA: 2.30 – 4.30 petangTEMPAT...
10/09/2026

PROGRAM LATIHAN TEKNOLOGI & TEKNIKAL DELIMa 3.0 ZON LAMBIR TAHUN 2026

TARIKH: 09 Sept 2026
MASA: 2.30 – 4.30 petang
TEMPAT: Centre of Excellence (CoE), PKG Miri

PESERTA: 8 Admin DELIMa -
SK KG. LUAK
SJK TUKAU
SJKC CHIAW NAN
SJKC CHUNG HUA BAKAM
SJKC CHUNG SAN MIRI
SK KG. BAKAM
SK LAMBIR VILLAGE
SK TEMENGGONG DATUK MUIP

10/09/2026

Makluman Penting (10 September 2026)

Gangguan Talian Telefon di Pejabat Pendidikan Daerah Miri
Dimaklumkan bahawa semua talian telefon di Pejabat Pendidikan Daerah Miri masih mengalami gangguan. Laporan telah dibuat kepada pihak penyedia perkhidmatan (TM) dan kami sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak TM.

Sehubungan itu, orang awam yang ingin menghubungi PPD Miri diminta untuk menggunakan emel rasmi PPD Miri ([email protected]) atau Facebook Massenger (Pejabat Pendidikan Daerah Miri) buat sementara waktu.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan kami menghargai kesabaran anda.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2026 Jabatan-Jabatan di Perkarangan Wisma Persekutuan Fasa 1, J...
10/09/2026

Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2026 Jabatan-Jabatan di Perkarangan Wisma Persekutuan Fasa 1, Jalan Kipas

Antara pengisian aktiviti:
1. Pertandingan Sudut Patriotik
2. Perhimpunan Penjawat Awam
3. Perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
4. Pertandingan Mewarna
5. Pertandingan Kendeeraan Jabatan Berhias
6. Kuiz Kenegaraan
7. Cabutan Bertuah


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan Yong Pow Pei,Guru Akademik,Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miriatas pela...
08/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada
Puan Yong Pow Pei,
Guru Akademik,
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri
atas pelantikan sebagai
Ketua Bidang Bahasa,
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri
berkuatkuasa 03 September 2026 (Khamis)

Selamat menjalankan amanah dan semoga bertugas dengan cemerlang.

Ikhlas daripada:
Pegawai Pendidikan Daerah Miri &
Seluruh Warga Kerja Pejabat Pendidikan Daerah Miri

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Encik Bujang Azmie bin Bolhassan,Ketua Bidang Bahasa,Kolej Tun Datu Tuanku Hj ...
08/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada
Encik Bujang Azmie bin Bolhassan,
Ketua Bidang Bahasa,
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri
atas pelantikan sebagai
Penolong Kanan Pentadbiran,
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri
berkuatkuasa 03 September 2026 (Khamis)

Selamat menjalankan amanah dan semoga bertugas dengan cemerlang.

Ikhlas daripada:
Pegawai Pendidikan Daerah Miri &
Seluruh Warga Kerja Pejabat Pendidikan Daerah Miri

🌫️☀️ PERSIAPAN MENGHADAPI JEREBU DAN CUACA PANASPejabat Pendidikan Daerah Miri sentiasa mengambil berat dan prihatin ter...
06/09/2026

🌫️☀️ PERSIAPAN MENGHADAPI JEREBU DAN CUACA PANAS

Pejabat Pendidikan Daerah Miri sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan murid dan warga pendidik di seluruh daerah Miri, khususnya dalam menghadapi situasi jerebu dan cuaca panas yang boleh menjejaskan kesihatan serta kelancaran aktiviti persekolahan.

Sehubungan itu, semua pihak sekolah hendaklah sentiasa berwaspada, peka terhadap keadaan semasa dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya, termasuk mengawal aktiviti luar bilik darjah, memastikan pengudaraan serta keperluan air minuman mencukupi dan memantau keadaan kesihatan murid serta warga sekolah.

Ibu bapa dan penjaga turut diseru agar memberikan perhatian terhadap kesihatan anak-anak, memastikan mereka mendapat rehat dan pengambilan air yang mencukupi serta memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya anak mengalami sebarang gejala berkaitan cuaca panas atau jerebu.

Kerjasama dan tindakan bersama semua pihak amat penting bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga pendidikan murid dan guru sentiasa terpelihara.

PPD Miri Prihatin • Keselamatan dan Kesejahteraan Murid Keutamaan Kami.

Address

Tingkat 2, Blok 1, Wisma Persekutuan Fasa 1, Jalan Kipas
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6085419085

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Miri:

Shortcuts

Share