Polis Daerah Miri

Call Directions Website Contact the organization

Polis Daerah Miri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Miri, Government Organization, Miri.

LELAKI DIDENDA RM2,500 KERANA TERLIBAT PERJUDIAN ATAS TALIAN DI MIRIMiri, 8 Oktober 2026 – Seorang lelaki tempatan berus...
08/10/2026

LELAKI DIDENDA RM2,500 KERANA TERLIBAT PERJUDIAN ATAS TALIAN DI MIRI

Miri, 8 Oktober 2026 – Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dijatuhi hukuman denda RM2,500.00 atau penjara dua (2) bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret Miri hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan tersebut pada 16 September 2026 kira-kira jam 2.30 petang di sebuah premis perniagaan di Taman Jelita, Miri apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah
Miri telah berjaya mengesan aktiviti berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh disyaki sedang menjalankan aktiviti perjudian atas talian menggunakan telefon bimbit miliknya. Pihak polis telah membuat rampasan sebuah telefon bimbit Oppo A16K serta wang tunai berjumlah RM 81.00 yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti tersebut.

Kes ini mencerminkan komitmen berterusan pihak polis dalam membanteras kegiatan perjudian haram di daerah Miri. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang bentuk perjudian sama ada secara fizikal mahupun atas talian kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri atau balai polis berhampiran. Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.



LELAKI DIHUKUM PENJARA (1) TAHUN KERANA MENCURI KOMPONEN MOTOSIKAL MILIK ANAK SAUDARAMiri, 8 Oktober 2026 – Mahkamah Maj...
08/10/2026

LELAKI DIHUKUM PENJARA (1) TAHUN KERANA MENCURI KOMPONEN MOTOSIKAL MILIK ANAK SAUDARA

Miri, 8 Oktober 2026 – Mahkamah Majistret Miri hari ini menjatuhkan hukuman penjara (1) tahun terhadap seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri beberapa komponen sebuah motosikal kepunyaan anak saudaranya.

Pada 18 Ogos 2026 lebih kurang jam 8.41 malam bertempat di sebuah premis kediaman di Taman Permai (RPR @), Bandar baru Permyjaya, Miri mangsa telah mendapat tahu bahawa tertuduh yang merupakan bapa saudaranya telah masuk ke dalam rumah mangsa dan telah mengambil (3) unit komponen motosikal milik pengadu sehingga menyebabkan pengadu mengalami kerugian sebanyak RM 628.00. Mangsa telah hadir ke balai polis dan membuat laporan.

Pada 19 Ogos 2026 lebih kurang jam 9.30 malam, pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Miri telah berjaya membuat tangkapan, namun komponen motosikal milik pengadu gagal ditemui semula dan dipercayai telah diambil oleh individu yang tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Miri menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga harta benda masing-masing dengan baik agar tidak mudah hilang dicuri orang yang dalam kesempitan hidup.

Sebarang maklumat perlu disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri atau balai polis berhampiran dengan segera. Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam memastikan undang-undang negara sentiasa terpelihara.



*LELAKI DIHUKUM PENJARA (5) TAHUN DAN (1) SEBATAN BAGI KESALAHAN BERULANG MENGGUNAKAN DADAH*Miri, 7 Oktober 2026 – Seora...
08/10/2026

*LELAKI DIHUKUM PENJARA (5) TAHUN DAN (1) SEBATAN BAGI KESALAHAN BERULANG MENGGUNAKAN DADAH*

Miri, 7 Oktober 2026 – Seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun dijatuhi hukuman penjara selama (5) tahun dan (1) sebatan oleh Mahkamah Majistret Miri hari ini selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 39C (1) (b) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan berulang memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Pada 21 April 2024, ujian air kencing terhadap tertuduh telah didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine yang kemudiannya telah disahkan oleh Pegawai Sains Makmal Dadah, Unit Patologi Kimia Hospital Umum Sarawak.

Seksyen 39C (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 merujuk kepada peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap penagih dadah berulang.

Secara khusus, perenggan (1)(b) menetapkan keadaan dimana seseorang individu ditangkap dan didapati positif dadah bagi diri sendiri, dan semakan mendapati dia mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) rekod sabitan lampau di bawah Seksyen 10(2)(b) atau Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Seksyen ini diaktifkan apabila seseorang dituduh atas kesalahan menggunakan/memasukkan dadah ke dalam badan sendiri dan mempunyai sekurang-kurangnya dua rekod sabitan bersalah yang terdahulu di mahkamah bagi kesalahan mengambil dadah (urine positif dadah).

Manakala tangkapan atau kesalahan yang terbaharu merupakan kesalahan kali ketiga atau seterusnya.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 39C(1), mahkamah tidak lagi akan mengenakan hukuman denda biasa seperti di bawah Seksyen 15, sebaliknya, pesalah wajib dijatuhkan hukuman:

1. Penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak melebihi 7 tahun;

2. Dikenakan sebatan rotan tidak melebihi 3 kali sebatan; dan

3. Selepas selesai menjalani hukuman penjara, pesalah diwajibkan berada di bawah Pengawasan Polis selama tempoh (2) tahun.

Ketua Polis Daerah Miri mengingatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah kerana pihak polis sentiasa memantau secara rapi dan mengambil tindakan terhadap sebarang aktiviti melibatkan penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh Nombor Satu (1) Negara.

Sebarang maklumat perlu disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri atau balai polis berhampiran dengan segera. Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam memastikan undang-undang negara sentiasa terpelihara.



PUSAT HIBURAN MENGGAJI WARGA ASING TANPA PERMIT KERJA DISERBUMiri, 5 Oktober 2026 – Sepasukan pegawai dan anggota daripa...
08/10/2026

PUSAT HIBURAN MENGGAJI WARGA ASING TANPA PERMIT KERJA DISERBU

Miri, 5 Oktober 2026 – Sepasukan pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menyerbu sebuah premis hiburan yang terletak di Jalan Kubu, Miri pada 04.10.2026 jam lebih kurang 12.05 pagi. Serbuan tersebut dilakukan hasil daripada risikan maklumat yang telah dijalankan dimana didapati premis hiburan tersebut mempunyai Lesen Perniagaan dan Hiburan yang masih sah tempoh serta beroperasi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Namun disebalik kepatuhan tersebut, premis hiburan itu didapati ada menggaji perempuan warganegara asing bekerja sebagai GRO bagi meraih kunjungan pelanggan lebih ramai serta memperolehi pendapatan yang lebih lumayan.

Hasil serbuan tersebut, seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun bersama 8 orang prempuan warganegara asing berumur di antara 23 tahun sehingga 43 tahun telah ditangkap kerana selepas semakan dilakukan, didapati kesemua suspek telah melakukan kesalahan di Akta Imigresen 1959/63.

Suspek lelaki tempatan ditahan untuk siasatan kerana menggaji perkeja warganegara asing tanpa permit kerja yang sah manakala kelapan-lapan suspek perempuan warganegara asing ditahan untuk siasatan kerana menyalahguna Pas Lawatan Sosial.

Suspek lelaki tempatan itu ditahan reman selama 2 hari sehingga 06.10.2026 manakala lapan orang suspek perempuan warganegara asing ditahan selama 14 hari di dalam Lokap Balai Polis Trafik Miri mengikut peruntukkan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63. Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda RM 10,000.00 hingga RM 50,000.00, atau penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang didapati bersalah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00, atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali

Pihak polis menegaskan agar semua pengusaha premis hiburan agar menjalankan perniagaan mengikut syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan serta menggaji pekerja warganegara asing mengikut peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang perlanggaran yang dilakukan dan akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang yang sedia ada.

Kenyataan Jualan Lelong Aset AlihTarikh lelong : 13/10/2026Masa :  9.00 pagiTempat : Bahagian Pengangkutan IPD Miri
07/10/2026

Kenyataan Jualan Lelong Aset Alih

Tarikh lelong : 13/10/2026
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bahagian Pengangkutan IPD Miri

3 SUSPEK CURI MINYAK MASAK TERPAKAI DITANGKAPMiri, 5 Oktober 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mengesahkan tela...
06/10/2026

3 SUSPEK CURI MINYAK MASAK TERPAKAI DITANGKAP

Miri, 5 Oktober 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mengesahkan telah menerima satu laporan polis pada 30.09.2026 jam 11.51 pagi berkaitan satu kejadian curi 10 unit tong saiz 20 liter berisi minyak masak terpakai yang diletakkan di belakang sebuah kedai makan terletak di Taman Tunku, Miri. Kejadian dilaporkan telah berlaku pada 30.09.2026 jam lebih kurang 1.25 pagi yang dilakukan oleh 2 orang suspek lelaki bersama seorang suspek perempuan dan perbuatan tersebut telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di tempat kejadian. Ketiga-tiga suspek tersebut dilihat telah mencuri kesemua tong berisi minyak masak terpakai itu dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda. Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM400.00.

Bertindak atas maklumat yang diperoleh serta hasil risikan yang dijalankan, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Miri telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun bersama 2 orang perempuan tempatan kedua-duanya berumur 41 tahun di Ara Mutiara Phase 1, Jalan Tunku Abdul Rahman, Miri pada 03.10.2026 kira-kira jam 2.30 petang.

Hasil tangkapan ke atas suspek telah berjaya menjumpai semula 3 unit tong mengandungi minyak masak terpakai dan 6 unit tong kosong milik pengadu beserta 2 keping resit jualan minyak masak terpakai. Turut dirampas ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan oleh suspek semasa melakukan perbuatan jenayah tersebut.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama 2 hari sehingga 06.10.2026 dan kes masih di dalam siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pihak polis sentiasa memuji tindakan orang awam yang peka dengan keselamatan hartabenda mereka dan memberi kerjasama dengan pihak polis dalam menangani jenayah yang berlaku tanpa mengira masa, tempat dan ketika.

PDRM Miri komited untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

06/10/2026
30 SAMAN PDRM DAN 44 NOTIS JPJ DIKELUARKAN DALAM OP SAMSENG JALANAN BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) DI DAERAH M...
04/10/2026

30 SAMAN PDRM DAN 44 NOTIS JPJ DIKELUARKAN DALAM OP SAMSENG JALANAN BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) DI DAERAH MIRI

Sebanyak 30 saman Polis dan 44 Notis JPJ dikeluarkan dalam Op Samseng yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah, berkata operasi yang dilaksanakan pada 03 Oktober 2026 jam 2330hrs sehingga 04 Oktober 2026 jam 0400hrs dengan kekuataan 1 Pegawai 4 Anggota Trafik Miri dan 2 Pegawai dan 5 anggota JPJ Miri. Op ini telah diketuai oleh Inspektor G Visvanathan dari Trafik Miri. Operasi dijalankan di jalan Piasau, Jalan Bandar Miri, Jalan Bypass dan Taman Tunku bagi tujuan pencegahan aktiviti lumba haram.

Dalam operasi berkenaan, seramai 38 lelaki diperiksa bersama 35 buah motosikal dan 1 buah 4wd.

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dilakukan antaranya tiada lesen memandu, pengubahsuaian struktur motosikal, ubah suai ekzos, tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ serta beberapa kesalahan pengubahsuaian lain. JPJ Miri turut mengeluarkan 4 notis arah periksa terhadap 4 penunggang motosikal.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, tidak melakukan pengubahsuaian yang menyalahi spesifikasi asal kenderaan serta mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan boleh disalurkan kepada IPD Miri atau balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.




20 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OP MABUK OLEH BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD MIRIMiri, 2 Oktober  2026 – Seb...
03/10/2026

20 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OP MABUK OLEH BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD MIRI

Miri, 2 Oktober 2026 – Sebanyak dua puluh (20) keping saman telah dikeluarkan menerusi Operasi Khas “Op Mabuk” yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, YDH ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah berkata, operasi yang dilaksanakan pada 2 Oktober 2026 bermula jam 11.00 malam sehingga 3 Oktober 2026 jam 3.00 pagi itu diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis bersama tujuh (7) anggota Trafik IPD Miri.

Menurut beliau, operasi tersebut tertumpu di sepanjang Jalan Miri-Airport sebagai langkah penguatkuasaan dan pencegahan terhadap kesalahan lalu lintas serta pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Sepanjang operasi dijalankan, seramai 95 individu terdiri daripada 80 lelaki dan 15 perempuan telah diperiksa bersama 72 buah kenderaan. Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikesan antaranya memandu tanpa lesen memandu, pengubahsuaian ekzos, cukai jalan tamat tempoh, tidak mempamerkan huruf “P” pada kenderaan serta lain-lain kesalahan teknikal.

Dalam operasi tersebut juga, satu (1) suspek wanita tempatan berumur 59 tahun telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan lanjut kerana disyaki memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol. Hasil ujian pernafasan menggunakan alat Screening Device 2 (SD2) mendapati suspek mengandungi alkohol dalam badan semasa memandu. Susulan itu, sampel darah telah diambil di Jabatan Forensik Hospital Miri bagi tujuan siasatan lanjut.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, memandu di bawah pengaruh alkohol di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berdepan dengan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM30,000 dan penjara maksimum dua tahun untuk kesalahan pertama. Selain itu, mereka juga boleh hilang kelayakan lesen memandu selama dua (2) tahun.

YDH ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah turut menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh minuman beralkohol sehingga membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, tidak melakukan pengubahsuaian kenderaan yang menyalahi spesifikasi asal serta mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sebarang maklumat berkaitan kesalahan trafik boleh disalurkan kepada IPD Miri atau balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.


AKTIVITI AMANITA IPD MIRI Miri, 02 Oktober 2026 - Program "Meet & Greet" telah dijalankan oleh AMANITA IPD Miri diketuai...
03/10/2026

AKTIVITI AMANITA IPD MIRI

Miri, 02 Oktober 2026 - Program "Meet & Greet" telah dijalankan oleh AMANITA IPD Miri diketuai oleh Insp. Zulaikha binti Mohd Anuar bersama Jawatankuasa AMANITA dari Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti dan Balai Polis Lapangan Terbang, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri pada hari ini di Tamu Muhibbah, Miri.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendekati komuniti dan memperkukuh hubungan mesra bersama masyarakat terutama di kalangan suri rumah serta berkongsi isu keselamatan wanita, kanak-kanak dan keluarga.

Antara matlamat program ini juga adalah untuk mengenali peranan AMANITA serta mendapatkan maklumat tentang jenayah yang berlaku di sekitar Miri.

Selain itu, AMANITA turut memperkenalkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk memudahkan orang awam membuat aduan atau menyalurkan maklumat jenayah dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah.

Address

Miri

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085432533

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Miri:

Shortcuts

Share