Miri Hospital - Official

Call Directions Website Contact the organization

Miri Hospital - Official Disclaimer: Miri Hospital shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any info

Miri Hospital is located at Jalan Cahaya, which is about 2.5 km from Miri city center. Miri Hospital has 333 beds and provides a number of specialist services such as Medical, Surgical, Eye, Orthopedic, Obstetrics and Gynaecology, Radiology, Anestiologi, and Children.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU): KERJASAMA STRATEGIK HOSPITAL MIRI & NOVO NORDISK PHARMA (MALAYSIA)Hospital Miri terus mel...
02/10/2026

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU): KERJASAMA STRATEGIK HOSPITAL MIRI & NOVO NORDISK PHARMA (MALAYSIA)

Hospital Miri terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh kapasiti penyelidikan klinikal menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Novo Nordisk Pharma (Malaysia) di Hospital Miri, Rabu lalu.

Melalui kerjasama strategik ini, Hospital Miri telah dipilih sebagai hospital kerajaan pertama di Malaysia yang menjadi rakan rasmi bagi inisiatif ini.

Hospital Miri kekal komited untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang berinovasi demi kesejahteraan komuniti.

MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MoU): STRATEGIC COLLABORATION BETWEEN MIRI HOSPITAL & NOVO NORDISK PHARMA (MALAYSIA)

Miri Hospital continues to advance its clinical research capacity following the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) with Novo Nordisk Pharma (Malaysia) last Wednesday.

Through this strategic partnership, Miri Hospital has been selected as the first government hospital in Malaysia to serve as an official partner for this initiative.

Miri Hospital remains committed to delivering innovative healthcare services for the community's well-being.




πŸ“’ JOM MERIAHKAN PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT: MINGGU KESELAMATAN PESAKIT 2026 πŸ©Ίβœ¨πŸ“… Sabtu Ini, 3 Oktober 2026 - Save the Dat...
02/10/2026

πŸ“’ JOM MERIAHKAN PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT: MINGGU KESELAMATAN PESAKIT 2026 🩺✨

πŸ“… Sabtu Ini, 3 Oktober 2026 - Save the Date!

Dengan sukacitanya orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ini yang dianjurkan oleh Hospital Miri dengan kerjasama Surau Sinar Islam, Kampung Pulau Melayu, Miri.

Mari bersama-sama menyokong usaha membudayakan keselamatan pesakit dan meningkatkan kesedaran kesihatan demi kesejahteraan komuniti.

Maklumat program adalah seperti berikut:
πŸ“… Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8:00 pagi – 3:00 petang
πŸ“ Tempat: Surau Sinar Islam, Kampung Pulau Melayu

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
❀️ Pemeriksaan Kesihatan Percuma
πŸ“Š Sesi Pendidikan Kesihatan
πŸ–ΌοΈ Pameran Kesihatan
πŸƒβ€β™‚οΈ Senaman Sihat
πŸ₯ͺ Gerai Jualan Makanan & Minuman

πŸ’‘ Keselamatan Pesakit Tanggungjawab Bersama
Patient Safety is Everyone's Responsibility

Mari datang beramai-ramai. Bawa keluarga, jiran tetangga, dan rakan-rakan meriahkan program ini. Kehadiran anda semua amat kami alu-alukan. Jumpa di sana πŸ‘‹β€οΈ




[DAY 5] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹ Tirai Sarawak Literatu...
28/09/2026

[DAY 5] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨

Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹
Tirai Sarawak Literature Festival 2026 telah melabuhkan tirainya semalam di Stadium Tertutup, Miri.

Pasukan Hospital Miri turut serta dalam membawakan Pameran Kesihatan khas buat pengunjung yang hadir. Semalam, pameran kami adalah daripada Team Persatuan Sokongan Kanser Payudara Miri (PERSOPAM).

Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah ke booth Hospital Miri sepanjang festival berlangsung. Semoga perkongsian dan maklumat yang disampaikan memberi manfaat kepada semua.

πŸ“ Lokasi: Stadium Tertutup, Miri
πŸ“… Tarikh: 23 – 27 September 2026




[DAY 4] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹ Sekitar suasana hari k...
27/09/2026

[DAY 4] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨

Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹
Sekitar suasana hari keempat Sarawak Literature Festival 2026 di Stadium Tertutup, Miri pada semalam πŸ₯³πŸ“

Pasukan Hospital Miri tidak lepaskan peluang untuk turut serta dalam membawakan Pameran Kesihatan khas buat pengunjung yang hadir.

Semalam, pameran kami terdiri daripada:
🌸 Jabatan Farmasi
🌸 Team Penyusuan Susu Ibu (Breastfeeding)

Antara tarikan utama festival yang boleh anda terokai:

πŸ“š Buku & Sastera: Jualan pelbagai koleksi buku menarik
ℹ️ Informasi: Booth pameran interaktif kesihatan & agensi
🎨 Seni: Barangan kraf tempatan hasil kreativiti anak Sarawak
🧩 Aktiviti: Pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur
πŸ’‘ Inspirasi: Ruang santai ilmu untuk para pengunjung

πŸ“ Lokasi: Stadium Tertutup, Miri
πŸ“… Tarikh: 23 – 27 September 2026

Jom singgah ke booth pameran kami di Khemah Putih sambil meraikan keindahan sastera, budaya, dan kreativiti Sarawak πŸ“š Bawa ahli keluarga dan rakan-rakan anda bersama πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸ€




πŸŽ‰ TAHNIAH: PASUKAN SPETAR MIRI A JULANG JUARAπŸ₯‡KEJOHANAN MIRI CORPORATE PICKLEBALL CLASH 2026Kejohanan Miri Corporate Pic...
26/09/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH: PASUKAN SPETAR MIRI A JULANG JUARAπŸ₯‡KEJOHANAN MIRI CORPORATE PICKLEBALL CLASH 2026

Kejohanan Miri Corporate Pickleball Clash 2026 yang berlangsung di Paragon Pickleball Centre, Senadin pada 20 September lalu menyaksikan kejayaan cemerlang pasukan Spetar Miri A yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan, membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta pingat kejuaraan.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Bank Rakyat Cawangan Miri dengan kerjasama Northern Seahorse Pickleball Club (NSPC).

Kejohanan ini mengetengahkan format berpasukan yang unik. Setiap pasukan terdiri daripada lima hingga enam pemain dengan syarat sekurang-kurangnya seorang pemain wanita dalam setiap pasukan. Peraturan ini bukan sahaja mencabar strategi pasukan, malah menggalakkan penyertaan inklusif dalam sukan ini.

Keputusan Kejohanan melibatkan penyertaan Pasukan Hospital Miri:

πŸ₯‡Juara: Spetar Miri A
πŸ₯ˆNaib Juara: Spetar Miri C

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang πŸŽ‰




πŸ† TAHNIAH DR. JACK WONG RAIH NAIB JUARA ACARA REGU LELAKI VETEREN: KEJOHANAN PICKLEBALL MAKSAK SARAWAK 2026Setinggi-ting...
26/09/2026

πŸ† TAHNIAH DR. JACK WONG RAIH NAIB JUARA ACARA REGU LELAKI VETEREN: KEJOHANAN PICKLEBALL MAKSAK SARAWAK 2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri atas pencapaian cemerlang mewakili MAKSAK Miri dalam Kejohanan Pickleball MAKSAK Sarawak 2026.

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 19 hingga 20 September 2026 bertempat di Kenyalang Pickleball Centre, Bintulu.

πŸ₯ˆ Keputusan Pertandingan:
Naib Juara (Tempat Kedua) bagi Acara Regu Lelaki Veteran 45+

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Miri untuk terus bergiat aktif dalam arena sukan.

Syabas dan tahniah sekali lagi πŸ’ͺπŸ”₯




[DAY 3] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹ Sekitar suasana hari k...
25/09/2026

[DAY 3] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨

Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹
Sekitar suasana hari ketiga Sarawak Literature Festival 2026 di Stadium Tertutup, Miri hari ini. πŸ₯³πŸ“

Pasukan Hospital Miri tidak lepaskan peluang untuk turut serta dalam membawakan Pameran Kesihatan khas buat pengunjung yang hadir.

Hari ini, pameran kami terdiri daripada:
🌸 Team Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
🌸 Team Penyusuan Susu Ibu (Breastfeeding)

Antara tarikan utama festival yang boleh anda terokai:

πŸ“š Buku & Sastera: Jualan pelbagai koleksi buku menarik
ℹ️ Informasi: Booth pameran interaktif kesihatan & agensi
🎨 Seni: Barangan kraf tempatan hasil kreativiti anak Sarawak
🧩 Aktiviti: Pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur
πŸ’‘ Inspirasi: Ruang santai ilmu untuk para pengunjung

πŸ“ Lokasi: Stadium Tertutup, Miri
πŸ“… Tarikh: 23 – 27 September 2026

Jom singgah ke booth pameran kami di Khemah Putih sambil meraikan keindahan sastera, budaya, dan kreativiti Sarawak πŸ“š Bawa ahli keluarga dan rakan-rakan anda bersama πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸ€




KURSUS LATIHAN MODUL 2 PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN TAHUN 2026Hospital Miri telah menganjurkan Kursus Latihan Modul 2 Pe...
25/09/2026

KURSUS LATIHAN MODUL 2 PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN TAHUN 2026

Hospital Miri telah menganjurkan Kursus Latihan Modul 2 Pembantu Perawatan Kesihatan bagi tahun 2026 pada 14 dan 15 September 2026, bertempat di Nurses Home, Hospital Miri.

Kursus ini melibatkan seramai 62 orang peserta daripada Kluster Zon Utara yang merangkumi Miri, Limbang, Lawas dan Marudi, khususnya Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah menjalani dan memiliki sijil Tahap 2 dan Tahap 3.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penyelia Hospital, Encik Micheal Standy Jorin. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan penguasaan ilmu, kemahiran serta sikap profesional dalam memastikan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan selamat kepada pesakit.

Sepanjang dua hari kursus, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi teori dan praktikal yang merangkumi aspek pengambilan dan pemerhatian tanda-tanda vital, penilaian Pain Score, Dextrostix, Elektrokardiogram (ECG) serta sesi praktikal dan penilaian kemahiran melalui Objective Structured Clinical Examination (OSCE).

Pengisian ini bertujuan memperkukuh kompetensi, kemahiran praktikal dan keyakinan peserta dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan.

Majlis penutupan kursus turut dihadiri oleh tetamu kehormat, Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sarawak, Encik Samsuri bin Md Isa. Beliau turut berkesempatan mengadakan sesi β€œTown Hall” bersama para peserta, yang menjadi platform interaksi dua hala bagi berkongsi pandangan, pengalaman, isu semasa serta aspirasi dalam memperkukuh peranan dan perkhidmatan kesihatan.

Kursus ini bukan sahaja menjadi medan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, malah turut memperkukuhkan nilai kompeten, prihatin, profesional dan cekap dalam kalangan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta, penceramah, fasilitator serta urus setia yang telah bersama-sama menjayakan Kursus Latihan Modul 2 Pembantu Perawatan Kesihatan bagi tahun 2026

Bersama Membina Penjagaan Kesihatan Berkemahiran & Berjiwa Prihatin.

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan
Hospital Miri




[DAY 2] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹ Sekitar suasana hari k...
25/09/2026

[DAY 2] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨

Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹
Sekitar suasana hari kedua Sarawak Literature Festival 2026 di Indoor Stadium, Miri semalam. πŸ₯³πŸ“

Pasukan Hospital Miri tidak lepaskan peluang untuk turut serta dalam membawakan Pameran Kesihatan khas buat pengunjung yang hadir.

Semalam, pameran kami adalah daripada:
🌸 Team Jabatan Patologi
🌸 Team Unit Terapi Cara Kerja
🌸 Team Persatuan Sokongan Kanser Payudara Miri (PERSOPAM)

Antara tarikan utama festival yang boleh anda terokai:

πŸ“š Buku & Sastera: Jualan pelbagai koleksi buku menarik
ℹ️ Informasi: Booth pameran interaktif kesihatan & agensi
🎨 Seni: Barangan kraf tempatan hasil kreativiti anak Sarawak
🧩 Aktiviti: Pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur
πŸ’‘ Inspirasi: Ruang santai ilmu untuk para pengunjung

πŸ“ Lokasi: Indoor Stadium, Miri
πŸ“… Tarikh: 23 – 27 September 2026

Jom singgah ke booth pameran kami di Khemah Putih sambil meraikan keindahan sastera, budaya, dan kreativiti Sarawak πŸ“š Bawa ahli keluarga dan rakan-rakan anda bersama πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸ€




[DAY 1] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹ Sekitar suasana hari p...
24/09/2026

[DAY 1] PENYERTAAN HOSPITAL MIRI DI SARAWAK LITERATURE FESTIVAL 2026 ✨

Salam sejahtera warga MiriπŸ‘‹ Sekitar suasana hari pertama Sarawak Literature Festival 2026 di Indoor Stadium, Miri semalam. πŸ₯³πŸ“

Pasukan Hospital Miri tidak lepaskan peluang untuk turut serta dalam membawakan Pameran Kesihatan khas buat pengunjung yang hadir. Semalam, pameran kami adalah dari Team Persatuan Sokongan Kanser Payudara Miri (PERSOPAM) bagi meningkatkan kesedaran kesihatan komuniti. πŸŽ€πŸ©Ί

Antara tarikan utama festival yang boleh anda terokai:

πŸ“š Buku & Sastera: Jualan pelbagai koleksi buku menarik
ℹ️ Informasi: Booth pameran interaktif kesihatan & agensi
🎨 Seni: Barangan kraf tempatan hasil kreativiti anak Sarawak
🧩 Aktiviti: Pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur
πŸ’‘ Inspirasi: Ruang santai ilmu untuk para pengunjung

πŸ“ Lokasi: Indoor Stadium, Miri
πŸ“… Tarikh: 23 – 27 September 2026

Jom singgah ke booth pameran kami di Khemah Putih sambil meraikan keindahan sastera, budaya, dan kreativiti Sarawak πŸ“šπŸŒΈ Bawa ahli keluarga dan rakan-rakan anda bersama πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸ€




Address

Jalan Cahaya
Miri
98000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Miri Hospital - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Miri Hospital - Official:

Shortcuts

Share