11/09/2026
Salam sejahtera dari Mutiara Bunut Homestay.
Kalau ada sesiapa yang belum ke tasik Loagan Bunut semasa tasik kering, kali ini saya sajikan beberapa gambar disekitar tasik pada waktu ini. Terima kasih kepada tuan Park Warden TNLB kerana sudi berjalan kaki merentasi tasik kering untuk mengambil beberapa gambar untuk kenangan.
Tahun 2019, tasik mulai kering dalam bulan Ogos sehingga minggu pertama bulan Oktober. 4 tahun kemudian iaitu 2023, tasik gergasi ini kering lagi tetapi tidak sehebat 2019 dan sekarang (2026).
Ini lah keunikan yang terdapat di Tasik Loagan Bunut.