PKR Miri

Directions Website

PKR Miri Harapan Jadi Kenyataan! 让希望成真,一起来改变! PKR P 219 MIRI
Undi Lah Calon Ini Untuk Menolong Rakyat
Undi Mih Pengari Tu Awak Ka Tau Nulong Rakyat

Harga runcit petroleum tanpa subsidi meningkat bagi tempoh 20–26 Ogos 2026, seiring kenaikan harga minyak mentah dunia. ...
19/08/2026

Harga runcit petroleum tanpa subsidi meningkat bagi tempoh 20–26 Ogos 2026, seiring kenaikan harga minyak mentah dunia. ⛽📈

Harga bahan api bersubsidi kekal, manakala Kerajaan MADANI terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat serta memastikan bekalan negara mencukupi dan terjamin. 🇲🇾




Hasrat mengkritik kerajaan mungkin berbeza, tetapi ramai melihat sindiran terhadap Program Baju Sekolah NADI akhirnya tu...
10/08/2026

Hasrat mengkritik kerajaan mungkin berbeza, tetapi ramai melihat sindiran terhadap Program Baju Sekolah NADI akhirnya turut mengguris hati golongan suri rumah dan ibu tunggal yang terlibat menjayakan inisiatif itu.

Ramai hanya melihat perkataan “ansuran”, lalu terus menghukum seolah-olah kerajaan menggalakkan rakyat berhutang.

Hakikatnya, pakaian sekolah itu dijahit oleh alumni NADI Mahir Jahit yang terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal yang diberikan latihan kemahiran sebelum membuka peluang menjana pendapatan sendiri.

Malah, pilihan bayaran secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan hanyalah satu pilihan kepada ibu bapa yang memerlukan. Tiada paksaan, dan pembelian secara tunai tetap disediakan.

Sebab itu ramai netizen berpendapat, apabila program ini diperlekehkan demi menyerang kerajaan, secara tidak langsung usaha golongan wanita yang berusaha mencari rezeki melalui kemahiran sendiri turut dipandang rendah.

Mereka bukan meminta simpati. Mereka bekerja, menjahit dan mencari rezeki yang halal.

Program ini juga bukan sekadar menjual baju sekolah. Ia menghubungkan dua keperluan dalam satu inisiatif, membuka peluang pendapatan kepada penjahit, sambil memberi pilihan pembayaran yang lebih fleksibel kepada ibu bapa.

Bagi ramai, jika mahu mengkritik kerajaan, biarlah berdasarkan fakta. Jangan sampai usaha mereka yang sedang berusaha membina kehidupan sendiri turut menjadi mangsa.

KUALA LUMPUR – Pentadbiran Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum pun sepenggal m...
08/08/2026

KUALA LUMPUR – Pentadbiran Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum pun sepenggal mentadbir negara dilihat berjaya memacu ekonomi Malaysia ke landasan betul untuk muncul antara 30 ekonomi terbesar dunia.

Pautan berita di ruangan komen

📢𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐏𝐨𝐫𝐭𝐚𝐥 𝐞-𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬?Satu platform, pelbagai manfaat.𝐏𝐨𝐫𝐭𝐚𝐥 𝐞-𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 menyediakan akses ke...
08/08/2026

📢𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐏𝐨𝐫𝐭𝐚𝐥 𝐞-𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬?

Satu platform, pelbagai manfaat.

𝐏𝐨𝐫𝐭𝐚𝐥 𝐞-𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 menyediakan akses kepada maklumat, hebahan, perkhidmatan komuniti, peluang pembelajaran sepanjang hayat dan pelbagai kemudahan lain yang menyokong kesejahteraan warga emas.

Jika anda merupakan:
✅Warga emas
✅Ahli keluarga atau waris
✅ Penjaga
✅ Penyedia perkhidmatan warga emas

Daftarlah hari ini bagi mendapatkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan yang lebih menyeluruh.

📱 Imbas kod QR pada poster atau layari portal https://wargaemas.jkm.gov.my/ untuk membuat pendaftaran.

Bersama-sama kita memperluas akses maklumat dan memperkukuh kesejahteraan warga emas.

Menjunjung kasih atas perkenan menerima patik menghadap bagi menyembah maklum berhubung beberapa perkembangan penting ya...
08/08/2026

Menjunjung kasih atas perkenan menerima patik menghadap bagi menyembah maklum berhubung beberapa perkembangan penting yang menyentuh kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Titah Baginda Tuanku agar siasatan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji dilaksanakan secara menyeluruh adalah selari dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap syor dan dapatan disiasat secara tuntas tanpa sebarang kompromi.

Tabung Haji menguruskan amanah yang lahir daripada hasil keringat jutaan rakyat, termasuk petani, penjawat awam dan golongan berpendapatan sederhana serta rendah yang menabung selama bertahun-tahun demi menyahut panggilan haji. Amanah sebesar ini tidak seharusnya dikhianati. Justeru, sesiapa yang didapati menyalahgunakan kepercayaan tersebut hendaklah diheret ke muka pengadilan menurut lunas undang-undang.

Baginda Tuanku turut menyentuh perkembangan berkaitan FELDA, dan saya telah menyembah maklum mengenai kemajuan siasatan serta laporan Pasukan Petugas Khas yang sedang diperhalusi Kerajaan agar segala penemuan diteliti secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil menurut lunas undang-undang.

Kerajaan MADANI terus berpegang teguh kepada prinsip tatakelola baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban, dengan memastikan keadilan ditegakkan serta setiap pengkhianatan terhadap amanah rakyat dikenakan tindakan tegas tanpa mengira kedudukan atau pangkat.

Kerajaan MADANI juga akan terus memperkukuh kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara melalui penguatkuasaan yang berkesan, pemantauan berterusan serta kerjasama erat antara agensi bagi membendung jenayah rentas sempadan, sekali gus memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.

Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan akan sentiasa menjunjung titah Baginda Tuanku demi memperkukuh tadbir urus, penguatkuasaan dan keselamatan negara, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

𝐊𝐨𝐧𝐠𝐫𝐞𝐬 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐞-𝟏𝟗 bakal menghimpunkan warga perjuangan dari seluruh negara.Kongres ini bukan sekad...
06/08/2026

𝐊𝐨𝐧𝐠𝐫𝐞𝐬 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐞-𝟏𝟗 bakal menghimpunkan warga perjuangan dari seluruh negara.

Kongres ini bukan sekadar memenuhi agenda organisasi, tetapi menjadi ruang untuk kita memperkukuh tekad, menyatukan fikrah dan memperbaharui iltizam dalam meneruskan perjuangan demi rakyat dan negara.

Saya mengalu-alukan kehadiran seluruh perwakilan dan anggota KEADILAN ke Melaka bagi bersama-sama menjayakan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Ke-19, seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14–16 Ogos 2026
Tempat: Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Insya-Allah, kita jumpa di Melaka nanti.



Malaysia mungkin akan tercatat dalam sejarah politik dunia sebagai sebuah negara yang menjatuhkan kerajaan ketika ekonom...
21/07/2026

Malaysia mungkin akan tercatat dalam sejarah politik dunia sebagai sebuah negara yang menjatuhkan kerajaan ketika ekonominya berada pada landasan yang kukuh.

Kita sering melihat kerajaan tumbang apabila ekonomi merudum, pengangguran meningkat, pelaburan lari keluar dan kos sara hidup tidak terkawal. Itu lumrah dalam banyak negara. Rakyat menghukum kerajaan kerana kegagalan mengurus ekonomi.

Namun Malaysia hari ini memperlihatkan gambaran yang berbeza.

Dalam tempoh pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, negara mencatat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, kadar pengangguran menurun ke paras terendah dalam tempoh sedekad, pelaburan asing terus meningkat, nilai ringgit menunjukkan pemulihan berbanding beberapa tahun lalu dan kedudukan daya saing Malaysia turut bertambah baik di peringkat antarabangsa.

Sudah tentu masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Masih ada rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup, harga rumah, gaji dan pelbagai cabaran harian. Tiada kerajaan yang sempurna.

Namun jika diukur pada petunjuk makroekonomi, sukar untuk menafikan bahawa prestasi ekonomi Malaysia berada pada kedudukan yang jauh lebih baik berbanding beberapa tahun lalu.

Jika sebuah kerajaan dengan rekod ekonomi seperti ini akhirnya tetap ditolak, ia akan menjadi satu fenomena yang menarik untuk dikaji.

Ia membuktikan bahawa dalam politik moden, pengundi tidak lagi membuat keputusan berdasarkan ekonomi semata-mata. Persepsi, media sosial, sentimen identiti, naratif politik, emosi, isu tempatan dan percaturan gabungan parti kini mempunyai pengaruh yang sama besar, malah kadangkala lebih kuat daripada angka-angka ekonomi.

Mungkin inilah realiti demokrasi hari ini. Sebuah kerajaan boleh berjaya memulihkan ekonomi, tetapi masih gagal memenangi hati sebahagian rakyat. Dan sebuah pembangkang p**a boleh meraih sokongan walaupun tanpa menawarkan rekod pentadbiran yang setanding.

Jika itu benar-benar berlaku, Malaysia bukan sekadar mencipta sejarah politik tempatan. Malaysia akan menjadi satu kajian penting tentang bagaimana demokrasi abad ke-21 berfungsi — bahawa prestasi ekonomi yang baik tidak lagi menjamin kelangsungan kuasa, apabila persepsi politik bergerak lebih pantas daripada angka ekonomi.

Kerajaan terus memperkukuh pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memastikan bantuan bersasar sampai kepada golon...
21/07/2026

Kerajaan terus memperkukuh pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memastikan bantuan bersasar sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Ketika menjawab pertanyaan di Dewan Negara hari ini, YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan, memaklumkan bahawa peruntukan STR dan SARA telah meningkat daripada RM10 bilion pada tahun 2024 kepada RM15 bilion pada tahun 2026, di samping memperluas manfaat SARA melalui penambahan bilangan Rakan Niaga SARA kepada lebih 13,700 premis, lebih 140,000 produk yang boleh dibeli menggunakan MyKad, serta peluasan akses termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan bantuan sampai kepada lebih ramai rakyat dan membantu meringankan kos sara hidup.




Address

Miri

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKR Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share