Pertubuhan Kebajikan Kasih Maharani

Directions Contact the organization

Pertubuhan Kebajikan Kasih Maharani Pertubuhan Kebajikan Kasih Maharani merupakan sebuah badan bukan Kerajaan atau NGO yang menjalankan aktiviti dan kerja-kerja kebajikan masyarakat sekitar Muar.

Disamping menerap nilai-nilai Islami dalam kehidupan bermasyarakat.

14/10/2026

Di sebalik setiap senyuman, ada harapan yang ingin terus disemai.

Kasih Maharani hadir menyampaikan sumbangan kepada adik Muhammad Syabil Samsar, seorang pelajar anak yatim yang menetap di Parit Jawa, dengan kerjasama PAPISMA Johor.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban serta menjadi penyuntik semangat buat adik Muhammad Syabil untuk terus menuntut ilmu dan mengejar cita-cita.

Kami percaya, setiap anak berhak mendapat peluang untuk membina masa depan yang lebih baik. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara adik Muhammad Syabil, mengurniakan kekuatan dan mempermudahkan setiap urusannya.

Papisma Cawangan Johor

ANDA INFAK, KAMI SAMPAIKAN 🤝Alhamdulillah NGO Kasih Maharani terus komited menyantuni masyarakat melalui penyampaian sum...
12/10/2026

ANDA INFAK, KAMI SAMPAIKAN 🤝

Alhamdulillah NGO Kasih Maharani terus komited menyantuni masyarakat melalui penyampaian sumbangan beras kepada penerima yang memerlukan, khususnya penerima beras i’tam secara bulanan

Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi NGO Kasih Maharani, Cikgu Mazaidah Jee, sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang terhadap mereka yang memerlukan.

Bagi kami, setiap sumbangan bukan sekadar bantuan berbentuk barangan, tetapi lambang bahawa masih ada insan yang mengambil berat dan sentiasa ingin berkongsi rezeki bersama.

Kepada orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang dan berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan, pihak NGO Kasih Maharani amat mengalu-alukan sumbangan anda.

Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna buat mereka yang memerlukan. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi amal jariah dan dikurniakan ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.

Kasih Maharani Menyantuni Dengan Kasih, Membantu Dengan Ikhlas. 🤲🏻

08/10/2026

Ziarah Kasih buat Keluarga Arwah Adik Irene Sofiya

Kasih Maharani berkesempatan menziarahi keluarga Arwah adik Irene Sofiya bagi menyampaikan salam takziah serta sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin dan kebersamaan bersama keluarga yang sedang melalui saat penuh dukacita.

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Namun, setiap ujian yang hadir pasti ada hikmah dan ganjaran di sisi Allah buat mereka yang sabar.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh rahmat.

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.”

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Al-Fatihah. 🤲🏻

Kasih Maharani
Prihatin, Menyantuni, Berkongsi Kasih.

11/09/2026

“Di sebalik senyuman yang kita lihat, ada hati yang sedang menahan sakit.”

Sakit bukan hanya menguji tubuh, tetapi turut menguji keluarga yang menjaga. Ada kos rawatan, keperluan harian dan pelbagai perkara yang perlu difikirkan.

Tidak perlu menunggu untuk menjadi kaya untuk bersedekah.
Kadang-kadang, RM10 yang kita hulurkan mungkin kecil bagi kita, tetapi besar nilainya buat mereka yang sedang diuji.

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab Allah meringankan kesakitan, memudahkan urusan dan menggantikan setiap kebaikan dengan pahala yang berlipat ganda.

Mari kita bantu mereka yang sedang diuji.
Kerana hari ini mereka yang memerlukan, mungkin esok giliran kita p**a.

🌿 *"ANDA INFAK, KAMI SAMPAIKAN"* 🌿*Bersama Menggapai Berkat Jumaat*Pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini, *NGO Kasi...
21/08/2026

🌿 *"ANDA INFAK, KAMI SAMPAIKAN"* 🌿
*Bersama Menggapai Berkat Jumaat*

Pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini, *NGO Kasih Maharani* membuka ruang kepada para dermawan untuk bersama-sama menghulurkan infak bagi membantu insan yang memerlukan.

Setiap bulan, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM7,000 untuk meneruskan usaha kebajikan dan memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesusahan.

Mungkin kecil nilainya bagi kita, tetapi amat besar ertinya buat mereka.

Jom, sama-sama kita membantu!

Mudah-mudahan setiap sumbangan menjadi asbab dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki dan dikurniakan keberkatan dunia serta akhirat.

*NGO Kasih Maharani*
💳 AgroBank : 1005902000002290
👉🏻 _Ref ; Infak Lot / Umum_

*Selamat berinfak dan salam Jumaat penuh barakah.*

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda.

*Cikgu Mai Jee*
*Pengerusi NGO Kasih Maharani*

Address

Muar
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Kasih Maharani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Kasih Maharani:

Shortcuts

Share

Category