Agensi Antidadah Daerah MUAR

Call Directions

Agensi Antidadah Daerah MUAR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Agensi Antidadah Daerah MUAR, Government Organization, JKR 209 Jalan TIMBALAN,, MUAR, Muar.

AADK MUAR MELAKSANAKAN PROGRAM RPP(RAWATAN, PERUBATAN&PEMULIHAN), PENCEGAHAN SERTA PENGUATKUASAAN/KESELAMATAN DALAM USAHA MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH DI SELURUH KAWASAN MUAR

20/10/2026
20/10/2026
20/10/2026

Luar negara boleh, kenapa Malaysia tak boleh? 🚩

Isu g***a bukan sekadar 'trend'. Tapi, melibatkan perlembagaan dan keselamatan negara. Jadi tak peliklah kenapa Malaysia masih tak benarkan untuk penggunaan dadah secara berleluasa. Jadi, jangan sesekali terpedaya untuk mencuba, walaupun sekadar s**a-s**a. Kesan penyesalannya tak berbaloi dengan rasa ingin tahu itu. Jaga diri, jaga masa depan kita. ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



20/10/2026

Tengah rancak semua orang bercakap dan bermain Pickleball sekarang ni, atau ada yang menggelarnya β€˜Bola Jeruk’ kerana namanya yang unik! 🎾✨
Tapi, tahukah anda dari mana datangnya s**an ini?

Sebenarnya, Pickleball telah diperkenalkan pada tahun 1965 di Bainbridge Island, Washington, Amerika Syarikat. Permainan ini diasaskan oleh Joel Pritchard, Bill Bell dan Barney McCallum apabila mereka cuba mencipta aktiviti baharu untuk mengisi masa lapang keluarga menggunakan peralatan yang tersedia.

Lebih menarik, nama β€˜Pickleball’ dipercayai berasal daripada istilah β€˜pickle boat’ dalam s**an mendayung, merujuk kepada gabungan pendayung daripada kumpulan lain. Terdapat juga cerita popular yang mengaitkan nama tersebut dengan anjing keluarga bernama Pickles. Namun, menurut penyelidikan USA Pickleball, anjing itu hanya dilahirkan pada tahun 1968, selepas permainan ini dicipta pada tahun 1965.

Sumber: USA Pickleball – How Pickleball Got Its Name

Apa yang menarik, s**an ni bukan saja seronok, tapi ia tentang bagaimana kita kekal fokus dan ketangkasan. Dalam hidup, kita perlukan minda yang cerdas untuk buat keputusan yang betul. Kalau badan kita sentiasa dijaga dengan baik tanpa gangguan perkara yang merosakkan, barulah kita boleh bertindak dengan pantas dalam apa jua situasi.

Ketenangan dan kegembiraan yang sebenar datang daripada gaya hidup yang aktif. Tak perlu cari 'keseronokan' luar yang membinasakan, cukup sekadar luangkan masa dengan aktiviti yang membina macam ni. Bila badan segar dan otak tajam, barulah kita boleh cipta sejarah peribadi yang hebat macam asal-usul Pickleball ni.

Jadi, bila kali terakhir anda cuba s**an baru untuk 'refresh' minda? Jom kita jadikan hidup sihat sebagai identiti kita!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



20/10/2026
20/10/2026

🧠 5 TEKNIK PSIKOLOGI APABILA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG TIDAK MENGHORMATI KITA

Dalam kehidupan seharian, kita mungkin berdepan dengan individu yang s**a memperlekehkan, menyindir atau menguji kesabaran kita. Namun, kita sentiasa mempunyai pilihan untuk menentukan bagaimana kita bertindak balas. πŸ’ͺ

✨ Amalkan 5 teknik ini:
1️⃣ Kawal reaksi dan emosi.
2️⃣ Pandang dengan tenang dan yakin.
3️⃣ Tanya semula soalan.
4️⃣ Ulang kata-kata mereka.
5️⃣ Rendahkan nada suara dan kekal sopan.

Ingat, kita tidak perlu menjerit atau bersikap kasar untuk mempertahankan maruah diri. Ketenangan, keyakinan dan kebijaksanaan mengawal emosi juga mencerminkan kekuatan diri.

πŸ’™ Kadangkala, cara kita mengawal reaksi sendiri lebih berkesan daripada membalas penghinaan dengan penghinaan.

Jadilah remaja yang bijak mengawal emosi, berani mempertahankan prinsip dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata negatif.

Pilih tindakan yang bijak. Hargai diri. Bina masa depan tanpa dadah. ✨

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ“’ Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau komuniti memerlukan bantuan, khidmat nasihat, maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

πŸ“ž Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK)
πŸ“± WhatsApp Pertanyaan & Aduan: 019-626 2233
🌐 Portal Rasmi AADK: aadk.gov.my

Bersama-sama kita memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni, komuniti yang sejahtera dan negara yang bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“² Ikuti media sosial rasmi AADK Negeri Johor untuk mendapatkan info, aktiviti dan hebahan semasa:

Facebook AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

TikTok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

πŸ‘ LIKE | πŸ’¬ COMMENT | πŸ”„ SHARE

Sebarkan mesej pencegahan, tingkatkan kesedaran dan jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas dadah.





20/10/2026

Address

JKR 209 Jalan TIMBALAN,, MUAR
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069535062

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Antidadah Daerah MUAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share