04/10/2026
Unity Johor
❤️🌹 PROGRAM GO RED FOR WOMEN 2026 🌹❤️
“SIHAT WANITA, MAJU NEGARA”
📅 3 OKTOBER 2026 (SABTU)
⏰ 7.30 PAGI – 2.00 PETANG
📍 Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Program Go Red For Women sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2026 bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar. ❤️
Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Senam Harmoni, saringan kesihatan, pertandingan X-Break HePiLI, pertandingan mewarna, sukaneka, kuiz kesihatan, cabutan bertuah, demonstrasi pertolongan cemas serta sesi perkongsian dan ceramah kesihatan. 💪❤️
🎤 Ceramah Kesihatan 1
“Gaya Hidup Sihat: Pengurusan Diet dalam Kehidupan Moden”
Disampaikan oleh Puan Zahirah Amin binti Mohd Zamri.
❤️ Ceramah Kesihatan 2
“Kenali Tanda Penyakit Jantung”
Disampaikan oleh Dr. Rowina Lynne Murray binti Jeffery Murray.
🎙️ Sesi Perkongsian “Anda Tidak Terkecuali”
Disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sulaiman bin Osman,
Naib Presiden Yayasan Jantung Malaysia.
🌹 Turut hadir Puan Hajah Nurul Akmalina binti Haji Shamsuddin, Pengarah JPNIN Johor, yang turut memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan wanita.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ selaku perasmi, para penceramah, urus setia, agensi terlibat, para peserta serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. ❤️
Semoga program sebegini terus menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih prihatin terhadap kesihatan wanita, kesihatan jantung dan amalan gaya hidup sihat.
❤️ WANITA SIHAT, KELUARGA SEJAHTERA, NEGARA MAJU! ❤️