DOSM Muar, Johor

Directions Website

DOSM Muar, Johor Statistik Nadi Kehidupan

02/09/2026

RANGKUMAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus disemarakkan dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Johor yang berlangsung penuh meriah dan bersemangat.

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor (DOSM Johor) turut memeriahkan sambutan dengan menghantar kontinjen seramai 33 orang yang diketuai oleh En. Ismail bin Roslan, Ketua Pejabat Perangkaan Daerah Muar.

Turut hadir menyaksikan kemeriahan sambutan ialah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap, serta barisan kepimpinan negeri dan daerah.

Sementara itu, En. Liang Hung Shan, Timbalan Pengarah DOSM Johor, turut hadir di Pentas Lintas Hormat, sebagai tanda sokongan terhadap penyertaan DOSM Johor dalam sambutan penuh bermakna ini.

TAHNIAH PEJABAT PERANGKAAN DAERAH MUAR!

Lebih membanggakan, Pejabat Perangkaan Daerah Muar (PPDM) berjaya merangkul JOHAN dalam Pertandingan Sepanduk bagi Kategori Pejabat Kerajaan & Pihak Berkuasa Tempatan.

Kejayaan ini membuktikan semangat kerjasama, kreativiti dan komitmen warga PPDM dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Terima kasih kepada seluruh warga PPDM atas komitmen, semangat serta kerjasama yang diberikan.

Demi Malaysia yang sejahtera, kita terus melangkah bersama.









31/08/2026
22/07/2026

𝐀𝐋 π…π€π“πˆπ‡π€π‡

HARI HOL HARI MEMPERINGATI KEMANGKATAN
π€π‹πŒπ€π‘π‡π”πŒ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘ 𝐈𝐁𝐍𝐈 π€π‹πŒπ€π‘π‡π”πŒ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆπ’πŒπ€πˆπ‹

21 JULAI BERSAMAAN 6 SAFAR 1448H

Ikhlas Daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor

22/07/2026
22/07/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran pada 16 Julai 2026 bersamaan 1 Safar 1448H.

Semoga Allah SWT merahmati usia Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota.

22/07/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEKALUNG TAHNIAH

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Encik Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd Najuri atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Perangkawan Program Ekonomi, berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh Program Ekonomi dalam menghasilkan statistik ekonomi yang berkualiti, tepat pada masanya dan diyakini. Semoga kepimpinan beliau terus memperkasakan penggunaan data rasmi sebagai asas kepada perancangan, penggubalan dasar dan pembangunan ekonomi negara yang mampan.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor

22/07/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Norhayati binti Jantan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Perangkawan Program Sosial dan Pembangunan Teknikal, berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh Program Sosial dan Pembangunan Teknikal dalam menghasilkan statistik rasmi yang berkualiti, relevan dan diyakini, sekali gus menyokong penggubalan dasar berasaskan data ke arah kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang mampan.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor

22/07/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEKALUNG TAHNIAH

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Siti Asiah Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Perangkawan Malaysia, berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Semoga dengan amanah yang diberikan, beliau terus menerajui Jabatan Perangkaan Malaysia ke arah kecemerlangan, memperkukuh sistem statistik rasmi negara serta memacu penyampaian statistik yang berkualiti, berintegriti dan diyakini demi kemakmuran Malaysia.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor

Jumaat | 17 Julai 2026πŸ“Pejabat Perangkaan Daerah Muar (PPDM)Telah berlangsungnya Majlis Perpisahan bagi Cik Siti Haira B...
18/07/2026

Jumaat | 17 Julai 2026
πŸ“Pejabat Perangkaan Daerah Muar (PPDM)

Telah berlangsungnya Majlis Perpisahan bagi Cik Siti Haira Binti Musa, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah berjaya menamatkan sesi latihan industri di Pejabat Perangkaan Daerah Muar.

Sepanjang menjalani latihan industri, beliau telah menunjukkan komitmen, disiplin serta kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Semoga segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang berada di PPD Muar menjadi bekalan yang berharga untuk melangkah ke alam pekerjaan dan mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Seluruh warga Pejabat Perangkaan Daerah Muar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan industri.

Selamat maju jaya, Cik Siti Haira Binti Musa. Semoga terus cemerlang dalam setiap langkah dan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.

Terima kasih dan semoga bertemu lagi.







Jumaat | 17 Julai 2026πŸ“Pejabat Perangkaan Daerah Muar (PPDM)Telah berlangsungnya Program Bulanan Bacaan Yasin Peringkat ...
18/07/2026

Jumaat | 17 Julai 2026
πŸ“Pejabat Perangkaan Daerah Muar (PPDM)

Telah berlangsungnya Program Bulanan Bacaan Yasin Peringkat Pejabat Perangkaan Daerah Muar (PPDM) yang disertai oleh seluruh warga kerja PPDM.

Program ini diadakan sebagai salah satu pengisian rohani bagi memperkukuhkan nilai-nilai murni, memupuk ukhuwah serta memohon keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh warga kerja, organisasi serta keluarga masing-masing.

Semoga amalan yang dilaksanakan ini diterima oleh Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus diberikan kekuatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Terima kasih kepada semua warga PPDM yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini.

"Semoga setiap langkah yang diiringi doa dan keikhlasan membawa keberkatan dalam kehidupan serta pekerjaan."





Address

No 19-4, Tingkat 2 , Wisma Tiam Lock, Taman Sungai Abong, Sungai Abong
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSM Muar, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share