Batalion 6 PGA

Call Directions Contact the organization

Batalion 6 PGA Official Facebook Batalion 6 PGA, Bakri, Muar. Johor

๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฎ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ท ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จBakri, 25 September 2026 โ€“ Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) terus memperkasaka...
25/09/2026

๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฎ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ท ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จ

Bakri, 25 September 2026 โ€“ Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) terus memperkasakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pasukan menerusi pelaksanaan Program Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Gelanggang Bola Tampar Batalion 6 PGA.

Program dimulakan dengan ketibaan YDH DSP Mohd Uzir bin Othman, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, bersama barisan Pegawai Kanan Batalion 6 PGA sebelum diteruskan dengan laporan kehadiran oleh Insp Mohd Puat bin Shafie.

Pengisian program kemudiannya dimeriahkan dengan aktiviti riadah melibatkan permainan bola tampar dan futsal yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, ceria dan berpasukan.

Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal warga Batalion 6 PGA, malah turut memperkukuh semangat kerjasama, disiplin serta hubungan silaturahim dalam kalangan warga pasukan.

Inisiatif seumpama ini akan terus diperkasakan sebagai sebahagian daripada usaha Batalion 6 PGA dalam melahirkan warga yang cergas, sihat, berdisiplin dan sentiasa bersedia melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

โ€œSIHAT, CERGAS, TANGKASโ€






๐‘บ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘บ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ฏ๐‘จ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จBakri, 25 September 2026 โ€“ Surau Nur Islam Batalion 6 PGA telah menganj...
25/09/2026

๐‘บ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘บ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ฏ๐‘จ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จ

Bakri, 25 September 2026 โ€“ Surau Nur Islam Batalion 6 PGA telah menganjurkan Solat Sunat Dhuha dan Taalim Hadis bertempat di Surau Nur Islam Batalion 6 PGA, bermula jam 8.30 pagi hingga selesai.

Program anjuran Cawangan CIPS dan Surau Nur Islam Batalion 6 PGA ini diisi dengan pelaksanaan Solat Sunat Dhuha, diikuti Taalim Hadis yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sofi bin Md Salleh, Cawangan BAKA Batalion 6 PGA.

Pengisian berteraskan ilmu dan kerohanian ini menjadi wadah dalam memperkukuh kefahaman serta penghayatan warga Batalion 6 PGA terhadap tuntutan agama, di samping menyemai nilai murni dan membentuk jati diri yang unggul dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai warga pasukan.

Program telah disertai seramai 75 orang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam Batalion 6 PGA.

Semoga pengisian sebegini terus menjadi platform pembinaan sahsiah dan pengukuhan kerohanian warga Batalion 6 PGA secara berterusan.








๐‘ฉ๐‘จ๐‘ช๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐’€๐‘จ๐‘บ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต, ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘จ๐‘น๐‘พ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ถ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จBakri, 24 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA mene...
24/09/2026

๐‘ฉ๐‘จ๐‘ช๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐’€๐‘จ๐‘บ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต, ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘จ๐‘น๐‘พ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ถ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จ

Bakri, 24 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA meneruskan penghayatan nilai kerohanian menerusi Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat yang berlangsung di Surau Nur Islam Bn 6.

Anjuran CIPS dan Surau Nur Islam Bn 6, majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti Bacaan Surah Yassin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat sebelum diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah serta Bacaan Surah Al-Mulk. Majlis turut diakhiri dengan jamuan dan sesi ramah mesra.

Turut hadir YDH DSP Mohd Uzir bin Othman, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, bersama 72 orang PKP, PRP dan Pegawai Awam.

Majlis ini menjadi wadah memperkukuh penghayatan rohani, menyemai ukhuwah serta memohon keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh warga Batalion 6 PGA.

โ€œKerohanian Diperkasa, Ukhuwah Disemai, Amanah Dilaksana.โ€









Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ซ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ ๐‘ผ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ซ๐‘ต๐‘ฒ๐‘จ 2026Bakri, 23 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA ...
23/09/2026

๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ซ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ ๐‘ผ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฑ๐‘ฒ๐‘ซ๐‘ต๐‘ฒ๐‘จ 2026

Bakri, 23 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA telah melaksanakan Majlis Serah Bendera Batalion 6 PGA kepada Peserta Ujian Maralasak JKDNKA Tahun 2026 bertempat di Lobi Pejabat Batalion 6 PGA.

Majlis disempurnakan oleh YDH Supt Shohaiami bin Ismail, Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, yang hadir diiringi YDH DSP Mohd Uzir bin Othman, Penolong Pegawai Pemerintah, Ajutan serta barisan Kompeni Komander.

Majlis dimulakan dengan laporan kehadiran oleh Pengurus Pasukan, Insp. Khairul Faizal bin Baharuddin, diikuti gimik pemberian nombor kepada peserta utama sebelum penyerahan Bendera Batalion 6 PGA sebagai simbol amanah dan semangat perjuangan pasukan.

Dalam amanatnya, YDH Pegawai Pemerintah menyeru seluruh peserta agar memberikan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi demi mengharumkan nama Batalion 6 PGA.

โ€œBawa nama Batalion 6 PGA dengan penuh kebanggaan. Berjuang bersungguh-sungguh, jangan mudah mengalah dan berikan yang terbaik hingga ke garisan penamat.โ€

Ujian Maralasak JKDNKA 2026 akan berlangsung di Batalion 9 PGA, Gong Badak, Terengganu, pada 29 hingga 30 September 2026.

Selamat berjuang buat seluruh wira Batalion 6 PGA! Kibarkan panji pasukan, junjung amanah dan harumkan nama Batalion 6 PGA!









Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฏ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฉ (๐‘ฉ๐‘จ๐‘ช๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘ฉ) ๐‘ด๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 Bakri, 21 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA telah menganjurkan Kuliah Ma...
22/09/2026

๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฏ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฉ (๐‘ฉ๐‘จ๐‘ช๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘ฉ) ๐‘ด๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6

Bakri, 21 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA telah menganjurkan Kuliah Maghrib (Bacaan Kitab) Mingguan bertempat di Surau Nur Islam Batalion 6 PGA, anjuran bersama BKKI Bn 6, CIPS dan Surau Nur Islam Bn 6.

Program dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti tazkirah oleh Ustaz Saiful Ariffin bin Mohd Sopah, Pegawai Kaunseling Agama Pejabat Kadhi Kluang, yang menyentuh petikan ayat daripada Surah Al-Israโ€™ serta perkaitannya dengan ahli fitrah.

Pengisian diteruskan dengan bacaan kitab Bimbingan Mukmin berkaitan adab dan tatatertib ketika tidur, sebelum diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah, bacaan Surah Al-Mulk, jamuan ringan serta bersurai.

Turut hadir YDH Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, bersama seramai 62 orang terdiri daripada PKP, PRP dan Pegawai Awam.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan Batalion 6 PGA dalam memperkukuh penghayatan ilmu agama, pembentukan sahsiah dan pembangunan kerohanian warga pasukan.







Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฎ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ท ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จBakri, 18 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA telah melaksanakan Program Gaya Hidup S...
18/09/2026

๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฎ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ๐‘ท ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จ

Bakri, 18 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA telah melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat bertempat di Gelanggang Bola Tampar Batalion 6 PGA, pada jam 1530 hingga 1630, melibatkan seramai 6 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 65 Pegawai Rendah Polis (PRP).

Program dimulakan dengan ketibaan YDH DSP Mohd Uzir bin Othman, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA bersama barisan Pegawai Kanan, diikuti lapor kehadiran oleh Insp Mohd Tarmizi bin Mustafa.

Program diteruskan dengan permainan bola tampar yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat kesukanan. Aktiviti ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Batalion 6 PGA.







Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

๐‘บ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘บ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ฏ๐‘จ, ๐‘บ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ป & ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จBakri, 18 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA telah melaksanakan...
18/09/2026

๐‘บ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘บ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ฏ๐‘จ, ๐‘บ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ป & ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จ

Bakri, 18 September 2026 โ€“ Batalion 6 PGA telah melaksanakan Solat Sunat Dhuha, Solat Hajat dan Taalim Hadis bertempat di Surau Nur Islam Batalion 6 PGA, pada jam 8.30 pagi.

Program anjuran Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard (CIPS) bersama Surau Nur Islam Batalion 6 PGA tersebut dipimpin oleh Ustaz Mohd Sofi bin Md Salleh, dengan pengisian kerohanian yang menekankan pembentukan jati diri, penghayatan nilai agama serta pengukuhan sahsiah warga pasukan.

Turut hadir YDH DSP Mohd Uzir bin Othman, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, bersama seramai 57 orang terdiri daripada PKP, PRP dan Pegawai Awam.

Semoga pengisian kerohanian ini terus menjadi wadah dalam memperkukuh keimanan, membentuk sahsiah terpuji serta menyemarakkan budaya kerja yang berintegriti dalam kalangan warga Batalion 6 PGA.

โ€œBERKHIDMAT DENGAN INTEGRITI, BERBAKTI DENGAN SEPENUH HATIโ€










Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

๐‘ฉ๐‘จ๐‘ช๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐’€๐‘จ๐‘บ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต, ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘จ๐‘น๐‘พ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ถ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จBakri, 17 September 2026 โ€“ Surau Nur Islam, Batalion 6 P...
18/09/2026

๐‘ฉ๐‘จ๐‘ช๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐’€๐‘จ๐‘บ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต, ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘จ๐‘น๐‘พ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ถ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 6 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จ

Bakri, 17 September 2026 โ€“ Surau Nur Islam, Batalion 6 PGA telah menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat yang berlangsung selepas Solat Maghrib hingga Solat Isyak.

Majlis dihadiri oleh YDH DSP Mohd Uzir bin Othman, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA bersama seramai 67 orang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Kakitangan Awam (KTA).

Program ini bertujuan memperkukuhkan penghayatan nilai-nilai Islam, mengeratkan ukhuwah serta memohon keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh warga Batalion 6 PGA.






๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ, ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘พ๐‘จ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ, ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฏ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘จโ€16 ๐‘บ๐’†๐’‘๐’•๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’“ 2026 | ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚Hari M...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ, ๐‘ฑ๐‘ฐ๐‘พ๐‘จ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ, ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฏ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘จโ€

16 ๐‘บ๐’†๐’‘๐’•๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’“ 2026 | ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚

Hari Malaysia menjadi lambang penyatuan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat, harmoni dan berdaya maju. Perbezaan bukanlah penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang menyatukan kita untuk terus melangkah bersama dalam mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kesejahteraan Malaysia.

Marilah kita menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara demi membina sebuah Malaysia yang terus aman, makmur dan disegani.

Bersama kita teguh, bersatu kita maju.
Malaysia milik kita, tanggungjawab kita bersama.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada:
YDH Supt Shohaiami bin Ismail
Pegawai Pemerintah
Batalion 6 PGA










Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

๐’๐‘ฐ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐’๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ด๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 8 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จBakri, 15 September 2026 โ€“ Dalam menzahirkan nilai kep...
15/09/2026

๐’๐‘ฐ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐’๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ด๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต 8 ๐‘ท๐‘ฎ๐‘จ

Bakri, 15 September 2026 โ€“ Dalam menzahirkan nilai keprihatinan, kebersamaan dan semangat setiakawan yang sentiasa menjadi tunjang warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Batalion 6 PGA hadir menyantuni keluarga Allahyarham Shahdan bin Sipon, 75 tahun, bapa kandung kepada Mohd Izwan bin Shahdan, Pegawai Bekalan, Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Kunjungan yang diketuai oleh YDH DSP Mohd Uzir bin Othman, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, bersama barisan pegawai kanan, warga Batalion 6 PGA serta wakil IPD Muar, menjadi lambang solidariti dan keprihatinan warga pasukan dalam mengiringi keluarga menghadapi saat kehilangan insan tersayang.

Jenazah Allahyarham telah disolatkan di Surau As-Syakirin, Taman Sri Temenggong, Muar, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Al-Raudhah, Batu 6, Bakri, Muar, Johor untuk disemadikan. Urusan pengkebumian berjalan lancar dan selesai kira-kira jam 1035 hrs.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

โ€œAllahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.โ€

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa, melapangkan serta menerangi kuburnya, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman serta beroleh syafaat dan rahmat-Nya.

Semoga Mohd Izwan bin Shahdan sekeluarga dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.

Perginya seorang ayah meninggalkan kesan yang mendalam, namun kasih sayang, kenangan dan doa daripada insan yang ditinggalkan akan terus menjadi jambatan yang menghubungkan hati buat selamanya.

Al-Fatihah.










Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

Address

Jalan PGA Batalion 6
Muar
84200

Telephone

+6069866121

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 6 PGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Batalion 6 PGA:

Shortcuts

Share