Pejabat Daerah Muar

Call Directions Contact the organization

Pejabat Daerah Muar 06-9521021
06-9522615
06-9549416
Faks 06-9528936 / 069528817

25/09/2026

24/09/2026
24/09/2026
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟒 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐀𝐑 Semakan kelayakan insentif Rayua...
23/09/2026

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟒 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐀𝐑

Semakan kelayakan insentif Rayuan Kasih Johor Fasa 4 di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah Muar kini boleh dilakukan dalam talian seperti berikut :
* RAYUAN BKJ WARGA EMAS
* RAYUAN BKJ E-KASIH
* RAYUAN BKJ BANTUAN AM (JKM)

👉 Semakan Kelayakan Rayuan BKJ : bkj.johor.gov.my
👉 Semakan Lokasi & Tarikh Agihan : www.bkjmuar.com

*𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴
Hanya penerima yang tidak mampu bergerak atau terlantar sahaja dibenarkan diwakili, manakala selain daripada itu penerima hendaklah hadir sendiri bagi urusan ini.

*𝗗𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗗𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 (𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮) :
👉 Kad Pengenalan Diri Penerima (Salinan & Asal)

*𝗗𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗗𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 (𝗦𝗲𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗪𝗮𝗸𝗶𝗹) :
👉Kad Pengenalan Diri Penerima (Salinan)
👉Kad Pengenalan Diri Wakil (Salinan & Asal)
👉Surat Pengesahan Penghulu / Ketua Kg / Ketua Masyarakat / AM

-Pejabat Daerah Muar

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK BERSEPADU PEMBANGUNAN EKONOMI KAMPUNG (PROSPEK) MUKIM JORAK PANCHOR BIL.2/2026...
22/09/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK BERSEPADU PEMBANGUNAN EKONOMI KAMPUNG (PROSPEK) MUKIM JORAK PANCHOR BIL.2/2026

22 September 2026 (Selasa) - Bilik Mesyuarat Bangunan Sultan Abu Bakar, Pejabat Daerah Muar.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ybhg Tuan Mohd Farid bin Kassim bagi membincangkan pelaksanaan serta perkembangan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di Mukim Jorak Panchor.PROSPEK yang diperkenalkan oleh KKDW ini adalah menekankan pembangunan Ekonomi Insitu yang bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung. Pelaksanaan program ini telah memberikan nilai tambah yang signifikan kepada peserta, membuka ruang strategi pembangunan ekonomi komuniti yang lebih mampan, dan berpotensi meningkatkan keberkesanan PROSPEK di Mukim Jorak Panchor. Usaha berterusan ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk setempat.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Kejora, Puan Marlina binti Amir; Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Masyarakat, Encik Muhammad Ismat bin Salleh; serta Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi, Puan Haslinda binti Abu Bakar.

Semoga dengan usaha ini dapat menaikkan lagi nilai tambah yang positif kepada daerah Muar khususnya dan amnya kepada Kerajaan Negeri Johor.



LATIHAN CPR & CHOKING BERSAMA KOMUNITI MUKIM JORAK PANCHOR19 September 2026 l Kompleks Penghulu Mukim Jorak PanchorSeram...
21/09/2026

LATIHAN CPR & CHOKING BERSAMA KOMUNITI MUKIM JORAK PANCHOR

19 September 2026 l Kompleks Penghulu Mukim Jorak Panchor

Seramai 25 orang peserta termasuk Ketua Ketua Kampung, Ketua Masyarakat dan JPKK serta Komuniti di bawah Penghulu Mukim Jorak Panchor telah menyertai Latihan CPR & Choking bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muar yang di ketuai oleh Leftanan Muda Hanina.

Program ini di anjurkan bersempena Program Kampung Siaga Peringkat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor yang akan berlangsung pada 26 September 2026 di Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Panchor, Muar.




𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 : 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋, 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒  𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐓...
21/09/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 : 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋, 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

21 September 2026 (Isnin) - Program Ziarah Kasih bagi penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi Bulan Ogos Fasa 1 dan Fasa 2 Tahun 2026 telah dilaksanakan di sekitar Mukim Bukit Kepong, Lenga dan Sungai Terap.

Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Farid Bin Kassim, Pegawai Daerah Muar. Turut hadir sama ialah Encik Muhammad Ammar Akmal bin Senan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar, Encik Muhammad Ismat Bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah Muar, serta Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

Dalam siri ziarah tersebut, penyerahan kurniaan sumbangan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah disampaikan secara terus kepada beberapa orang penerima yang berada di Mukim Bukit Kepong, Lenga dan Sungai Terap.

Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang amat menitikberatkan aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan golongan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.

Semoga dengan usaha ini dapat menaikkan lagi nilai tambah yang positif kepada daerah Muar khususnya dan amnya kepada Kerajaan Negeri Johor.




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑15 September 2026 (Selasa) - Telah berlangsung program lawatan k...
17/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑

15 September 2026 (Selasa) - Telah berlangsung program lawatan kerja oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Parit Bakar bertempat di Kompleks Penghulu Mukim Parit Bakar.

Lawatan kerja ini turut dihadiri sama oleh Yang Berbahagia Tuan Ir. Hj. Samri bin Embong (Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Muar), Yang Berusaha En Muhamad Ismat bin Salleh (Penolong Pegawai Daerah Muar Bahagian Pembangunan Masyarakat), serta wakil daripada Jabatan Saliran dan Pengairan Daerah dan Majlis Perbandaran Muar. Turut serta ialah Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta barisan JPKK dalam Mukim Parit Bakar.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat penerangan oleh Penghulu Mukim Parit Bakar mengenai perkembangan semasa mukim tersebut yang berlangsung di Kompleks Penghulu Mukim Parit Bakar.

Seterusnya, program diteruskan dengan tinjauan fizikal ke beberapa lokasi di sekitar Mukim Parit Bakar, merangkumi lawatan ke premis pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), pemantauan kawasan saliran, serta pemeriksaan keadaan jalan rosak bagi tujuan tindakan susulan dan penambahbaikan.

Pegawai Daerah Muar juga berkesempatan mengadakan lawatan ke premis Burger D’Raja dan Homestay Mas Eranza bagi menyempurnakan sesi penyerahan Plak Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Semoga dengan usaha ini dapat menaikkan lagi nilai tambah yang positif kepada daerah Muar khususnya dan amnya kepada Kerajaan Negeri Johor.



14/09/2026

Address

Bangunan Sultan Abu Bakar, Jalan Peteri
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069522615

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Muar:

Shortcuts

Share