25/09/2026
Salam Maju Johor, Salam Malaysia MADANI.
PROGRAM BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA SAMBUTAN HARI PENJARA KE-236
π
24 September 2026
π Surau Al-Huda, Kuarters Pusat Koreksional Muar
Pusat Koreksional Muar telah mengadakan Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena Sambutan Hari Penjara Ke-236 yang melibatkan warga kerja Pusat Koreksional Muar.
Pelaksanaan pengisian ini menjadi wadah untuk memanjatkan doa dan memohon ke hadrat Allah SWT agar seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia, prospek serta organisasi sentiasa dikurniakan perlindungan, kesejahteraan, keberkatan dan rahmat-Nya. Semoga seluruh warga juga diberikan kekuatan, ketabahan dan kecekalan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul demi kepentingan perkhidmatan dan negara.
Semoga program yang dilaksanakan ini dapat menyemarakkan lagi nilai kerohanian serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja Pusat Koreksional Muar.
-236