04/10/2026
๐ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM MUAR (PKAYIM) 2026 ๐
MUAR, 4 Oktober 2026 โ Telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar (PKAYIM) bertempat di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Asrama Putera PKAYIM Muar, Johor.
Majlis yang bermula pada jam 0800 hrs ini telah dihadiri oleh YDP PKAYIM, Tn. Hj. Othman Bin Taib, Pengerusi Biro Agama PKAYIM, Tn. Hj. Ibrahim Bin Ab Samad, KPB Muar, Insp Jeffri Bin Joni, PPD Muar, Pn. Hjh Kalsom Binti Tumpang, serta AJK dan ahli-ahli PKAYIM.
Antara pengisian majlis ialah perarakan Maulidur Rasul, bacaan doa, ucapan aluan, ucapan utama, ceramah Maulidur Rasul, penyampaian cenderahati, sesi bergambar serta jamuan.
Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Hafizul Izani Bin Lutfi Amir, yang turut menyampaikan pengisian berkaitan penghayatan sirah dan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Majlis yang dihadiri kira-kira 70 orang ini berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan, keharmonian dan ukhuwah. Sepanjang program berlangsung, keadaan adalah aman dan terkawal serta tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.
Semoga penganjuran majlis seumpama ini dapat terus menyemarakkan semangat ukhuwah, kecintaan kepada Rasulullah SAW serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara PKAYIM, PDRM dan komuniti setempat.
โSelawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.โ ๏ทบ