04/10/2026
PROGRAM MADANI KITA DI MUKIM PARIT BAKAR DAN TAKLIMAT KESELAMATAN KOMUNITI – APLIKASI VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP) ANJURAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI JOHOR
MUAR, 04 Oktober 2026 (Ahad) – Telah berlangsung Program MADANI Kita di Mukim Parit Bakar dan Taklimat Keselamatan Komuniti – Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor bertempat di Dewan Serbaguna Parit Haji Ali, Parit Bakar Muar.
Program ini turut disertai oleh YDH ACP Mohamad Ra’ayim bin Haji Jemakir, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor bersama Pegawai Kanan Polis dan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Muar serta Pasukan Sukarelawan Polis (PVR).
Turut hadir Puan Rohaizah binti Ahmad, Pengarah Operasi Negeri Johor, Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Negeri Johor, Puan Norazarina binti Ramli, Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, Encik Muhazam Syah bin Hambar, Penghulu Mukim Parit Bakar, Tuan Haji Mustapha bin Haji Mubari, Ketua Kampung serta komuniti setempat.
Taklimat yang disampaikan memberi pendedahan kepada komuniti mengenai fungsi, kaedah penggunaan dan kelebihan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM sebagai medium kerjasama strategik antara masyarakat dan pihak polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah, gejala sosial, gangguan ketenteraman awam serta isu keselamatan setempat.
"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"