Angkatan Pertahanan Awam - APM Daerah Muar

Call Directions Website Contact the organization

Angkatan Pertahanan Awam - APM Daerah Muar APM DAERAH MUAR Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Moto JPAM ialah "Sedia Pantas Berintegriti".

PENGENALAN

Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini. Fungsi JPAM adalah:

Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam. Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut. Mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) pertahanan awam mengikut keadaan yang terbahagi kepada dua keadaan iaitu samada keadaan aman atau keadaan peperangan. Semasa peperangan
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh. Semasa aman
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

πŸ“’ *AYUH RAMAI-RAMAI!* JOM MERIAHKAN *KAMPUNG SIAGA 221!* 🏘️🚨ANJURAN:  *ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI JOHOR*πŸ§‘πŸ’™...
22/09/2026

πŸ“’ *AYUH RAMAI-RAMAI!* JOM MERIAHKAN *KAMPUNG SIAGA 221!* 🏘️🚨

ANJURAN: *ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI JOHOR*πŸ§‘πŸ’™

Pelbagai aktiviti menarik, cabutan bertuah dan program untuk seisi keluarga menanti anda! πŸŽπŸŽ‰

πŸ”₯ Simulasi kebakaran
❀️ CPR Dance
πŸ§‘β€πŸš’ Flying Fox
πŸƒ Sukan rakyat
🦷 Pemeriksaan gigi
🩺 Pemeriksaan kesihatan
πŸ›οΈ Gerai jualan
πŸ₯€ Air Milo percuma
πŸ‘¨β€πŸš’ Pameran agensi-agensi

πŸ“… 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“ SK Kota Raja, Panchor, Muar

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Bawa keluarga, ajak jiran dan kawan-kawan!
Banyak aktiviti menarik menanti anda, malah cabutan bertuah juga disediakan! 🎁

*JOM HADIR BERSAMA KAMI!*
πŸ‡²πŸ‡Ύ Kampung Siaga, Komuniti Berdaya Tahan Bencana! πŸ’ͺ🚨

©️2026 UNIT PRO APM DAERAH MUAR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri













π™‡π˜Όπ™π™„π™ƒπ˜Όπ™‰ π˜½π™€π™π™Žπ˜Όπ™ˆπ˜Ό π™†π™Šπ™ˆπ™π™‰π™„π™π™„ π™ˆπ™π™†π™„π™ˆ π™‹π˜Όπ™‰π˜Ύπ™ƒπ™Šπ™  π˜Ύπ™‹π™ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π˜Ύπ™ƒπ™Šπ™†π™„π™‰π™‚MUAR, [19 September 2026] – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (AP...
19/09/2026

π™‡π˜Όπ™π™„π™ƒπ˜Όπ™‰ π˜½π™€π™π™Žπ˜Όπ™ˆπ˜Ό π™†π™Šπ™ˆπ™π™‰π™„π™π™„ π™ˆπ™π™†π™„π™ˆ π™‹π˜Όπ™‰π˜Ύπ™ƒπ™Šπ™ π˜Ύπ™‹π™ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π˜Ύπ™ƒπ™Šπ™†π™„π™‰π™‚

MUAR, [19 September 2026] – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muar telah melaksanakan Latihan Bersama Komuniti Mukim Panchor yang melibatkan seramai 30 orang peserta.

Latihan ini memberi penekanan kepada silibus Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan Choking, bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran komuniti dalam memberikan bantuan kecemasan awal sebelum ketibaan pasukan penyelamat atau petugas perubatan.

Latihan telah dikendalikan oleh 2 orang pegawai dan 3 orang anggota APM, merangkumi penerangan teori serta latihan amali bagi memastikan peserta dapat memahami dan melaksanakan tindakan yang betul ketika berdepan situasi kecemasan.

Program seperti ini diharap dapat memperkasakan komuniti dengan ilmu dan kemahiran asas pertolongan cemas, sekali gus mewujudkan komuniti yang lebih bersedia, prihatin dan tangkas dalam menghadapi situasi kecemasan.

β€œSIAP, SEDIA, PANTAS”

©️2026 UNIT PRO APM DAERAH MUAR

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri













18/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

16 September 2026

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Sempena sambutan Hari Malaysia, YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor serta seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat Hari Malaysia dengan memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, serta kekal teguh sebagai sebuah negara yang bersatu padu dan berdaya tahan.

β€œMalaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.”

©️ Media APM Johor














18/09/2026
πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 ππ€π’πˆπ‚ π…πˆπ‘π’π“ π€πˆπƒ π“π‘π€πˆππˆππ†Muar - 8 September 2026 | Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)Unit Latihan A...
08/09/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 ππ€π’πˆπ‚ π…πˆπ‘π’π“ π€πˆπƒ π“π‘π€πˆππˆππ†

Muar - 8 September 2026 | Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)

Unit Latihan Angkatan Pertahanan Awam Muar telah memenuhi jemputan pihak Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) bagi melaksanakan Kursus Asas Basic First Aid Training sempena Program Latihan PLKN 3.0 Fasa 2B.

Kursus ini telah disampaikan oleh Mej. (PA) Jamilah Binti Jamaluddin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Muar, dengan penglibatan seramai 206 orang peserta.

Para peserta telah diberikan penerangan dan latihan berkaitan asas pertolongan cemas serta tindakan awal yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kecemasan.

Semoga ilmu dan kemahiran yang dikongsikan dapat memberi manfaat serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan para peserta dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

©️2026 UNIT PRO APM DAERAH MUAR

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri













08/09/2026
SELAMAT HARI LAHIR πŸŽ‚Pihak pengurusan dan warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Daerah Muar merakamkan ucapan Selamat Hari...
04/09/2026

SELAMAT HARI LAHIR πŸŽ‚

Pihak pengurusan dan warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Daerah Muar merakamkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Puan Rasyidah Binti Ab Rahim.

Semoga hari yang istimewa ini membawa kegembiraan dan keberkatan dalam hidup encik. Teruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan!"

Ikhlas daripada:
Warga APM Daerah Muar

©️2026 UNIT PRO APM DAERAH MUAR

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri













01/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 TAHUN 2026

Seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 tahun kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi. Semangat cintakan negara hendaklah terus disemai demi membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

πŸ‡²πŸ‡Ύ Negaraku, Tanah Airku. Malaysia Sejahtera!

©️ Media APM Johor















Address

JKR 205, Jalan Timbalan
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam - APM Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam - APM Daerah Muar:

Shortcuts

Share