23/05/2026
*******************************************
*UNTUK SIARAN MEDIA*
*KENYATAAN BERSAMA MANTAN KETUA KETUA CABANG, BEKAS PIMPINAN DI PERINGKAT NEGERI DAN CABANG, PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI JOHOR*
1. Adalah kami, mantan pimpinan di peringkat negeri dan cabang KEADILAN Johor, hari ini setelah berbincang secara panjang lebar, memerhati dan membuat penilaian dengan teliti setiap tindak tanduk kepimpinan di peringkat negeri dan pusat serta mendapatkan pandangan akar umbi di peringkat cabang dan ranting, maka kami berpandangan bahawa kami wajar memilih haluan baru dalam menentukan hala tuju politik kami di peringkat negeri Johor.
2. Keputusan ini diambil disebabkan kami hilang keyakinan terhadap prinsip ketelusan dalam proses pemilihan parti pada 2025 lepas serta sikap meminggirkan kami setelah kepimpinan parti sedia ada memenangi pemilihan yang lalu. Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima apabila parti sanggup menipu anggota dengan memanipulasi proses pemilihan sehingga menyebabkan fenomena ‘badan tanpa kepala’ berlaku di seluruh negara.
3. Proses ‘merangkul kembali’ pasca Pemilihan 2025 hanyalah mainan berterusan di bibir pimpinan. Hakikat sebenar pimpinan yang ‘dikalahkan’ terus dinafikan hak dan dipinggirkan untuk bersama dalam saf kepimpinan di peringkat cabang dan negeri yang dikuasai kelompok tertentu.
4. Oleh yang demikian, mengambil kira pandangan akar umbi di semua peringkat, maka kami dengan ini mengumumkan untuk keluar dari Parti KEADILAN Rakyat dan menyertai Parti Bersama Malaysia berkuatkuasa pada *HARI SABTU, 24hb MEI 2026* Kami juga ingin memaklumkan bahawa setakat hari ini, kami akan membawa bersama hampir 2000 anggota berdaftar KEADILAN Johor untuk keluar bersama kami dan menyertai wadah baru iaitu BERSAMA. Jumlah ini akan meningkat dari masa ke masa sehingga piliharaya umum ke 16 akan mengambil tempat kelak.
5. Kami juga sedang dalam proses membuat penilaian untuk meletakkan calon untuk bertanding di mana mana kerusi yang berpotensi dimenangi sama ada di peringkat parlimen dan DUN di negeri Johor. Sehubungan dengan itu, kami mengambil kesempatan untuk mempelawa Bangsa Johor untuk bersama mendaftar sebagai anggota BERSAMA dalam usaha memenangi pilihanraya negeri yang akan datang
S. GOPALAKRISHNAAN
Mantan Ketua Cabang Kulai / Naib Pengerusi MPN Johor
ABDUL HAMID ALI
Mantan Ketua Cabang Kluang / Setiausaha MPN Johor
HAJI ABDUL AZIZ ABD RAHIM
Mantan Ketua Cabang Sembrong / Pengarah BiPPA Johor
NAQUIB ROSELI
Mantan Ketua Cabang Sri Gading / Ketua Biro Latihan MPN Johor
NICHOLAS PAUL VINCENT
Mantan Timbalan Ketua AMK Negeri Johor
Mantan Ketua AMK Tebrau
FRANCIS SALES
Mantan Ketua Cabang Segamat
MALIK FAISHAL
Mantan Ketua Cabang Batu Pahat
HAJI ABDULLAH SAHID
Mantan Timbalan KC Muar
IBRAHIM YATIM
Mantan Timbalan KC Sembrong
MD ZURAIDI
Mantan Timbalan KC Mersing
SURESH PALIANDY
Mantan Naib KC Sri Gading
ISKANDAR MD ALIAS
Mantan Setiausaha Cabang Parit Sulong
DR LIM YAK HONG
Mantan Calon KC Tebrau
JAMARI SUNGIP
Ahli Biasa Parit Sulong
MOHD LIZAM AMAN
AJK Cabang Sri Gading
SARAVANAN SUBRAMANIAM
Mantan Naib Ketua Cabang Tebrau
N.ESWARAN
Mantan Naib KC TG PIAI