Batalion Pertama Perubatan

Directions

Batalion Pertama Perubatan Batalion Pertama Perubatan ditubuhkan pada 6 Ogos 1972 di Kem Ria, Kuching. Pegawai Memerintah terkini ialah Lt Kol (Dr) Mohd Hamzi bin Mohd Yatim

Pasukan ini berpindah ke Kem Sentosa pada 1975 dan seterusnya ke Kem Muara Tuang, Kota Samarahan pada 2012.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS AJUTAN BATALION PERTAMA PERUBATANKOTA SAMARAHAN, 8 APR 2026: Majlis serah terima tugas Ajutan ...
09/04/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS AJUTAN BATALION PERTAMA PERUBATAN

KOTA SAMARAHAN, 8 APR 2026: Majlis serah terima tugas Ajutan telah dilaksanakan di Bilik CME pasukan yang disaksikan oleh YBhg Lt Kol (Dr) Mohd Hamzi bin Mohd Yatim, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Perubatan.

Acara dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah dan seterusnya upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Ajutan Batalion Pertama Perubatan di antara Lt Nurdiyana Izzati binti Mohd Jaffry yang akan bertukar keluar ke 94 HAT dengan Lt M Azri Azmeerun bin Mat Sari.

Seluruh Warga Batalion Pertama Perubatan mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Ajutan atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Batalion Pertama Perubatan. Semoga terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi serta sentiasa diberkati dan dilindungi.


LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA VETERAN KOR KESIHATAN DIRAJA.KOTA SAMARAHAN, 1 APR 26 - Pasukan ini telah meluangkan masa meny...
02/04/2026

LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA VETERAN KOR KESIHATAN DIRAJA.

KOTA SAMARAHAN, 1 APR 26 - Pasukan ini telah meluangkan masa menyantuni 1090952 PW II (B) Teni Anak Nari merupakan veteran Kor Kesihatan Diraja yang beralamat di Lorong 17C, Taman Samarindah, 94300 Kota Samarahan.

Lawatan ini diketuai oleh Lt Kol (Dr) Mohd Hamzi bin Mohd Yatim, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Perubatan. Turut hadir pegawai-pegawai, SMR serta PTTK dari Batalion Pertama Perubatan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan warga veteran.

Veteran berkenaan kini menghidapi kanser paru-paru yang telah merebak (metastasis) ke tulang, sekali gus mengakibatkan kelumpuhan separuh badan bahagian bawah.

Dalam lawatan tersebut, Pegawai Memerintah telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral kepada beliau serta keluarga.


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANGGOTA BUJANG BERSAMA PEGAWAI MEMERINTAH BATALION PERTAMA PERUBATAN DAN PENYAMPAIAN SUMBA...
24/03/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANGGOTA BUJANG BERSAMA PEGAWAI MEMERINTAH BATALION PERTAMA PERUBATAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANGGOTA YANG BERTUGAS

KOTA SAMARAHAN, 21 MAC 2026 : Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota bujang dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah bersama keluarga ke dewan makan, disambut dengan penuh hormat dan kemesraan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan Pegawai dan SMR Batalion Pertama Perubatan.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, malah mencerminkan semangat kekeluargaan yang utuh dalam kalangan warga batalion. Suasana penuh ceria dengan juadah Hari Raya menambahkan lagi kemeriahan sambutan.

Semoga sambutan seperti ini terus memperkukuh hubungan dan semangat kebersamaan dalam menjalankan tugas serta amanah yang dipikul.

Turut diadakan ialah acara penyampaian sumbangan kepada anggota yang bertugas pada Hari Raya sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tugas demi memastikan kesiapsiagaan sentiasa terpelihara.


21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


20/03/2026
20/03/2026

Ucapan Selamat Hari Raya, Batalion Pertama Perubatan 2026

PEMERIKSAAN KENDERAAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRIKOTA SAMARAHAN, 12 MAC 2026 – Batalion Pertama Perubatan telah melaksa...
14/03/2026

PEMERIKSAAN KENDERAAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

KOTA SAMARAHAN, 12 MAC 2026 – Batalion Pertama Perubatan telah melaksanakan Pemeriksaan Kenderaan bagi pegawai dan anggota 1 Bn Ubat yang akan pulang beraya. Program ini diadakan di Padang Kawad Batalion Pertama Perubatan dan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Perubatan, Lt Kol (Dr) Mohd Hamzi bin Mohd Yatim.

Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap kenderaan berada dalam keadaan selamat dan bersedia untuk perjalanan jauh, sekaligus mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Program dimulakan dengan taklimat keselamatan jalan raya, diikuti dengan pemeriksaan dokumen serta pemeriksaan fizikal kenderaan bagi memastikan kenderaan menepati piawaian keselamatan.

Dua aspek utama yang diberi penekanan dalam pemeriksaan ini ialah pemeriksaan dokumen dan pemeriksaan fizikal. Pemeriksaan dokumen merangkumi MyTentera, lesen memandu, dan cukai jalan, manakala pemeriksaan fizikal melibatkan keadaan tayar, lampu kecemasan, sistem brek, dan enjin bagi memastikan kenderaan berfungsi dengan baik.

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Perubatan, Lt Kol (Dr) Mohd Hamzi bin Mohd Yatim, menegaskan bahawa pemeriksaan ini adalah langkah proaktif bagi memastikan keselamatan anggota sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, sekaligus mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Dalam kesempatan ini, beliau turut menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota yang bertugas agar memastikan keselamatan kem sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang musim perayaan, bagi menjamin kelancaran operasi serta kesejahteraan warga batalion.

Sehubungan itu, semua anggota diingatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga serta sentiasa memandu kenderaan dengan berhemah.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMAIE BATALION PERTAMA PERUBATANSAMARAHAN 11 Mac 26 : Batalion Pertama Perubatan telah...
11/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMAIE BATALION PERTAMA PERUBATAN

SAMARAHAN 11 Mac 26 : Batalion Pertama Perubatan telah mengadakan Majlis Khatam Al - Quran dan Iftar Jamaie bertempat di Surau Al-Hidayah.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah, Lt Kol (Dr) Mohd Hamzi bin Mohd Yatim yang disambut Pegawai dan PTTK. Majlis dimulai dengan khatam Al-Quran, Tazkirah ringkas, berbuka puasa yang melibatkan semua peringkat muslim dan non muslin dan seterusnya solat maghrib secara berjemaah.

Majlis diteruskan dengan solat isya, taraweh dan ucapan pegawai memerintah. Majlis diakhiri dengan moreh. Turut hadir, Pegawai Staf 1 Agama Markas 1 Div , Lt Kol Sazali bin Mat Nayan dan Guru Besar SRITI Tahfiz Raudhatul ILMi Kota Samarahan, Encik Mohd Safwan bin Sayuti.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja memperkukuh ukhuwah dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga 1 Bn Ubat, malah menjadi wadah mempertingkatkan penghayatan nilai-nilai murni di bulan Ramadan.


PERBARISAN IKRAR BEBAS RASUAHBATALION PERTAMA PERUBATANKOTA SAMARAHAN, 25 FEBRUARI 2026 – Pasukan ini telah mengadakan P...
26/02/2026

PERBARISAN IKRAR BEBAS RASUAH
BATALION PERTAMA PERUBATAN

KOTA SAMARAHAN, 25 FEBRUARI 2026 – Pasukan ini telah mengadakan Perbarisan Ikrar Bebas Rasuah bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama Perubatan dengan penglibatan seluruh pegawai dan anggota pasukan.

Perbarisan ini telah dipimpin oleh Lt Kol (Dr) Mohd Hamzi bin Mohd Yatim, Pegawai Memerintah Batalion Pertama Perubatan yang seterusnya mengetuai sendiri bacaan Ikrar Bebas Rasuah sebagai simbol komitmen jitu warga batalion dalam menolak sebarang bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pelaksanaan ikrar ini adalah selaras dengan hasrat dan penekanan dalam Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-24, yang menegaskan kepentingan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus terbaik sebagai asas kekuatan serta kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia.

Perbarisan ini menjadi manifestasi kesungguhan Batalion Pertama Perubatan dalam memperkukuhkan budaya kerja yang telus dan berintegriti demi memastikan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik.


Address

Kem Muara Tuang, Jalan Datuk Mohd Musa
Muara Tuang
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Pertama Perubatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services