18/10/2026
🚔 RONDAAN CEGAH JENAYAH BERSAMA RAKAN KOLABORASI KRT PETANAK SERI, MUKAH
MUKAH, 18 OKTOBER 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah telah melaksanakan Program Rondaan Cegah Jenayah bersama rakan kolaborasi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Petanak Seri, Mukah pada 18 Oktober 2026, bermula jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Program ini melibatkan dua orang anggota polis, iaitu Konstabel Mirwan dan Konstabel Mohamad Syaful Syafiq, bersama lima orang anggota KRT Petanak Seri. Rondaan dijalankan di sekitar kawasan kampung bagi meningkatkan tahap keselamatan serta mencegah berlakunya kegiatan jenayah dan gejala sosial dalam kalangan masyarakat setempat.
Selain aktiviti rondaan, program ini turut memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai jenayah penipuan dalam talian. Penduduk turut digalakkan untuk menyebarkan maklumat dan peringatan kepada ahli keluarga, saudara-mara serta komuniti setempat agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah menjadi mangsa penipuan.
Pelaksanaan program ini bertujuan menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam usaha pencegahan jenayah, di samping memperkukuh kerjasama antara PDRM dengan masyarakat. KRT juga berperanan sebagai mata dan telinga pihak polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan serta sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan masing-masing.
Secara keseluruhannya, rondaan bersama ini telah berjalan dengan lancar dan teratur. Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan sepanjang aktiviti berlangsung, manakala keadaan persekitaran adalah baik dan terkawal.
IPD Mukah merakamkan penghargaan kepada KRT Petanak Seri atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan usaha pencegahan jenayah. Kerjasama berterusan antara pihak polis dan komuniti amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan sejahtera.
Bersama Membanteras Jenayah, Tanggungjawab Kita Bersama.
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.