MARA Daerah Mukah

  • Home
  • MARA Daerah Mukah
Call Directions Website

MARA Daerah Mukah We are determined to be the best in Entrepreneurship & Education Development.

BERMULA DI RUMAH KEDAI, AIDAH BINTI LIBANG KINI BUKA CAWANGAN KEDUA SPA – JALIEKMukah, 26 September 2026 - YBhg.  Pn Aja...
26/09/2026

BERMULA DI RUMAH KEDAI, AIDAH BINTI LIBANG KINI BUKA CAWANGAN KEDUA SPA – JALIEK

Mukah, 26 September 2026 - YBhg. Pn Ajar @ Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA telah mengadakan lawatan ke sebuah spa milik Pn Aidah binti Limbang yang diberi nama Jaliek, bagi meninjau perkembangan perniagaan serta mendapatkan maklum balas tentang kemudahan MARA yang telah diterima oleh beliau.

Pn Aidah binti Limbang pada asalnya bermula hanya dengan membuka sebuah perniagaan spa di Rumah Kedai MARA Mukah dengan nama Ladies Beauty Spa. Kini, beliau telah berjaya membuka cawangan kedua (Jaliek) dan turut memiliki sebuah akademi kecantikan di Bintulu.

Sepanjang menjalankan perniagaan, beliau telah menerima beberapa kemudahan MARA, termasuk pembiayaan perniagaan S3P dan DanaNITA. Beliau juga pernah terpilih untuk mengikuti program pemasaran melalui geran pemasaran Digitalbiz MARA dibawah program Kamek Kitak, yang dikendalikan oleh TVS Sarawak.

Pembukaan cawangan kedua adalah merupakan antara perkembangan positif yang dapat dilihat dan keberkesanan kemudahan yang disediakan oleh MARA di bawah ekosistem keusahawanan untuk membantu usahawan Bumiputera melonjakkan perniagaan.

Perjalanan beliau daripada sebuah spa berkapasiti kecil kepada penubuhan cawangan baharu dan sebuah akademi kecantikan memperlihatkan kesungguhan beliau ditambah dengan bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh MARA. MARA berharap pengalaman ini dapat mendorong lebih ramai usahawan memanfaatkan peluang dan bimbingan yang tersedia bagi memajukan perniagaan masing-masing.








PERASMIAN ZAMA BABY SHOP – USAHAWAN MARA MUKAH MELANGKAH LEBIH MAJUMUKAH, 26 September 2026 – YBhg. Pn Ajar @ Siti Ajar ...
26/09/2026

PERASMIAN ZAMA BABY SHOP – USAHAWAN MARA MUKAH MELANGKAH LEBIH MAJU
MUKAH, 26 September 2026 –

YBhg. Pn Ajar @ Siti Ajar binti Yasin telah mengadakan lawatan ke premis perniagaan baharu, Zama Baby Shop di Mukah dan seterusnya merasmikan pembukaan kedai berkenaan.

Usahawan ini telah menerima pembiayaan perniagaan Mudah Jaya daripada MARA pada tahun ini. Pembukaan premis ini merupakan satu langkah dalam merealisasikan perancangan perniagaannya, di samping menyediakan ruang untuk beliau menawarkan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan.

Semasa lawatan, Pn Ajar meninjau operasi kedai dan mendengar sendiri perkongsian usahawan tentang persiapan pembukaan, cabaran serta perancangan untuk mengembangkan perniagaan. Lawatan turut diteruskan ke premis usahawan di sekitar Mukah bagi mendapatkan maklum balas tentang keperluan mereka.

Turut mengiringi lawatan ialah Encik Rashidi bin Hj Arabi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Sarawak dan Pn. Leedya binti Roslee, selaku wakil dari Pejabat MARA Daerah Mukah.

MARA berharap agar Zama Baby Shop dapat memanfaatkan pembiayaan yang diterima dengan sebaik-baiknya, mengurus perniagaan secara berdisiplin dan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan pada masa hadapan.








Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti 2026, Bahagian Mukah - Wanita Pemacu Keusahawanan, Pembina Masa Depan dan Komuni...
26/09/2026

Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti 2026, Bahagian Mukah - Wanita Pemacu Keusahawanan, Pembina Masa Depan dan Komuniti

MUKAH, 26 Sep 2026. — Seramai 200 usahawan, bakal usahawan dan komuniti di sekitar kawasan Mukah berhimpun dan menyertai Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti 2026 di Dewan Setia Raja, MRSM Mukah, di sini hari ini.
Program bertemakan “Wanita dan Komuniti Memperkasa Keusahawanan” ini telah dirasmikan oleh Pn Ajar @ Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA. Kehadiran Pn Ajar ke program ini telah disambut meriah dengan alunan gamelan yang dimainkan oleh pelajar-pelajar MRSM Mukah. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta serta membuka akses kepada peluang perniagaan, latihan dan pembiayaan kepada golongan wanita dan komuniti di sekitar kawasan Mukah.

Pengisian program merangkumi taklimat ekosistem keusahawanan MARA oleh Pegawai MARA Daerah Sibu serta slot interaktif kenegaraan daripada Akademi Kenegaraan Malaysia dan taklimat tatacara pendaftaran perniagaan oleh Pejabat Daerah Mukah.
Pelbagai agensi kerajaan dan institusi MARA turut mengambil bahagian melalui pameran dan sesi perkongsian maklumat bagi membantu peserta memahami pelbagai peluang yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan diri, pendidikan dan perniagaan.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian surat tawaran geran Digitalbiz dan replika cek pembiayaan perniagaan keseluruhannya berjumlah RM600,650, dengan empat daripada penerima merupakan usahawan wanita.

Dalam masa yang sama GIATMARA Igan melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) menerusi perkhidmatan menukar minyak hitam kepada komuniti setempat. Program ini juga telah memberi peluang kepada usahawan Mukah untuk mempromosikan perkhidmatan mereka kepada pengunjung.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs En. Rashidi bin Arbi, Timbalan Pengarah (Keusahawanan) MARA Negeri Sarawak, YBrs. Pn. Petrone Benedict Sunggoh wakil kepada Residen Bahagian Mukah, YBrs. Puan Lihazlifah Binti Mohd Rasid, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia dan YBrs. Encik Mohammad Gahffari Bin Hamdan, Pengetua MRSM Mukah.








24/09/2026

𝑺𝒆𝒌𝒂𝒍𝒖𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂𝒂𝒏 & 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂

Warga MARA Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA.

Terima kasih atas segala kepimpinan, jasa, bakti dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang menerajui MARA. Segala ilmu, pengalaman dan memori bersama akan terus terpahat dalam sanubari warga MARA.

Semoga fasa baharu kehidupan ini dipenuhi dengan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan keberkatan bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara, YBhg. Dato’ Seri. Jasa dan bakti tetap dikenang. 🌹

Ikhlas daripada:
Pengurusan serta Warga Kerja MARA Negeri Sarawak








JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PEMERKASAAN WANITA & KOMUNITI 2026🌟📢 Orang ramai khususnya wanita dan komuniti di Bahagian Mu...
23/09/2026

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PEMERKASAAN WANITA & KOMUNITI 2026🌟

📢 Orang ramai khususnya wanita dan komuniti di Bahagian Mukah dijemput menyertai Program Pemerkasaan Wanita & Komuniti 2026 anjuran MARA.

📅Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Setia Raja MRSM Mukah.

✨ Pelbagai pengisian menarik berkaitan:
✅ Keusahawanan & pembangunan perniagaan
✅ Pembangunan kemahiran
✅ Peluang bantuan dan pembiayaan MARA
🌸 Peluang Pembiayaan DANANITA – Khas untuk Usahawan Wanita
✅ Perkhidmatan dan pameran agensi berkaitan
🏍️ Servis Motosikal PERCUMA

📝 Daftar sekarang melalui pautan berikut:

🔗https://forms.cloud.microsoft/r/4Aiw4Rj7qu

📌 Penyertaan adalah terhad kepada 200 peserta sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, memperluas jaringan dan memperkasa diri serta komuniti. 💪🌺

22/09/2026

📦 KURSUS PENGURUSAN INVENTORI & LOGISTIK VDP 🚚

Adakah anda ingin memantapkan lagi sistem pengurusan stok dan kelancaran pengedaran perniagaan anda? Sertai Kursus Pengurusan Inventori dan Logistik VDP yang dirancang khas untuk membantu usahawan mengoptimumkan operasi harian perniagaan!

Butiran kursus adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 6 hingga 8 Oktober 2026
📍 Tempat: Hotel Premier, Sibu
💰 Yuran: RM200 sahaja (Kemudahan penginapan, makan, dan minum disediakan sepanjang program)
🔗 Pendaftaran: https://forms.cloud.microsoft/r/ZEVvdrA3K2

Tempat adalah Terhad! Sila imbas kod QR pada poster untuk daftar atau hubungi kami jika mempunyai sebarang pertanyaan:
📞 Pejabat MARA Daerah Kapit: 084 798 827
📞 Encik Dunstan: 014 591 8110
📞 Encik Muhammad Zaki: 012 878 2910

22/09/2026
10/09/2026

Address

Jalan Green

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084871049

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARA Daerah Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share