MARA Daerah Mukah

  • Home
  • MARA Daerah Mukah
Call Directions Website

MARA Daerah Mukah We are determined to be the best in Entrepreneurship & Education Development.

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM@KKDW 2026 TAJAAN YAYASAN AXIATA DI MRSM MUKAHMUKAH, SARAWAK| 24 Oktober 2026...
24/10/2026

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM@KKDW 2026 TAJAAN YAYASAN AXIATA DI MRSM MUKAH

MUKAH, SARAWAK| 24 Oktober 2026 – Yayasan Pelajaran MARA (YPM), dengan sokongan Yayasan Axiata, terus komited memperkasa pendidikan menerusi Program Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2026 berpusat di MRSM Mukah. Program telah melibatkan seramai 107 orang pelajar Tingkatan 5 dari 3 buah sekolah bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Puan Sabrina binti Ahmad (Eksekutif Kanan, Bahagian Kerjasama Korporat dan Industri YPM) diiringi Encik Muhammad Gahffari bin Hamdan (Pengetua MRSM Mukah); Encik Mohd Taufiq bin Ismail (Timbalan Pengetua MRSM Mukah); Puan Leedya binti Roslee (Penolong Pegawai MARA Daerah Mukah yang mewakili Pengarah MARA Negeri Sarawak); Cik Farah Yasmin binti Zulkepli (Eksekutif Bahagian Kerjasama Korporat dan Industri, YPM) serta Puan Naziela (Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM).
Hadir sama ialah Encik Halim bin Saree, Penyelaras Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2026, penyelaras program YPM dari SMK Mukah, SMK St. Patrick dan SMK Three Rivers, barisan tenaga pengajar, ahli jawatankuasa YPM serta para pelajar.

Program ini menyediakan bimbingan akademik secara berfokus selama 10 minggu bagi meningkatkan penguasaan mata pelajaran, membina keyakinan diri dan membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

YPM merakamkan penghargaan kepada Yayasan Axiata atas tajaan serta MRSM Mukah dan semua pihak yang terlibat atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini terus membuka peluang pendidikan yang lebih baik kepada para pelajar.






21/10/2026
12/10/2026

📢 PROGRAM PEACE OF MIND (POM) 2026 – NEGERI SARAWAK

Ke Arah Pengurusan Kredit yang Lebih Baik!

MARA Negeri Sarawak menjemput semua penerima kemudahan MARA untuk menyertai Program Peace of Mind (POM) 2026, sebagai platform untuk berbincang dan berunding bagi mencari penyelesaian terbaik berkaitan komitmen bayaran balik kepada MARA.

Antara perkhidmatan runding cara yang disediakan ialah:

✅ Pengurangan, penangguhan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

✅ Penjadualan atau penstrukturan semula bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA.

✅ Semakan status kredit kemudahan pinjaman atau pembiayaan MARA.

✅ Semakan pelepasan senarai hitam MARA.

✅ Khidmat nasihat berkaitan kaedah pembayaran melalui MARAeps, potongan gaji atau KWSP.

📅 Tarikh: 15–16 Oktober 2026 (Pejabat MARA Daerah)
16–17 Oktober 2026 (Dewan Suarah Kota Samarahan)

⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

📍 Lokasi: Pejabat MARA Daerah seluruh Sarawak dan Dewan Suarah Kota Samarahan.

Jangan lepaskan peluang ini! Ambillah langkah proaktif untuk berbincang, mencari penyelesaian dan mengurus komitmen bayaran balik dengan lebih baik.








𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐌𝐈𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀✨ Skim Pembiayaan DanaNITA 💰 Pembiayaan sehingga RM150,000.00📈 Untuk ...
06/10/2026

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐌𝐈𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀

✨ Skim Pembiayaan DanaNITA
💰 Pembiayaan sehingga RM150,000.00
📈 Untuk modal pusingan, pembelian mesin & peralatan
📅 Tempoh bayaran sehingga 10 tahun
💗 Khas untuk usahawan wanita Bumiputera

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian
084-871049 (Pejabat MARA Daerah Mukah) atau hadir ke Pejabat MARA Daerah yang berhampiran.

https://myusahawan.mara.gov.my/







29/09/2026
29/09/2026
BERMULA DI RUMAH KEDAI, AIDAH BINTI LIBANG KINI BUKA CAWANGAN KEDUA SPA – JALIEKMukah, 26 September 2026 - YBhg.  Pn Aja...
26/09/2026

BERMULA DI RUMAH KEDAI, AIDAH BINTI LIBANG KINI BUKA CAWANGAN KEDUA SPA – JALIEK

Mukah, 26 September 2026 - YBhg. Pn Ajar @ Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA telah mengadakan lawatan ke sebuah spa milik Pn Aidah binti Limbang yang diberi nama Jaliek, bagi meninjau perkembangan perniagaan serta mendapatkan maklum balas tentang kemudahan MARA yang telah diterima oleh beliau.

Pn Aidah binti Limbang pada asalnya bermula hanya dengan membuka sebuah perniagaan spa di Rumah Kedai MARA Mukah dengan nama Ladies Beauty Spa. Kini, beliau telah berjaya membuka cawangan kedua (Jaliek) dan turut memiliki sebuah akademi kecantikan di Bintulu.

Sepanjang menjalankan perniagaan, beliau telah menerima beberapa kemudahan MARA, termasuk pembiayaan perniagaan S3P dan DanaNITA. Beliau juga pernah terpilih untuk mengikuti program pemasaran melalui geran pemasaran Digitalbiz MARA dibawah program Kamek Kitak, yang dikendalikan oleh TVS Sarawak.

Pembukaan cawangan kedua adalah merupakan antara perkembangan positif yang dapat dilihat dan keberkesanan kemudahan yang disediakan oleh MARA di bawah ekosistem keusahawanan untuk membantu usahawan Bumiputera melonjakkan perniagaan.

Perjalanan beliau daripada sebuah spa berkapasiti kecil kepada penubuhan cawangan baharu dan sebuah akademi kecantikan memperlihatkan kesungguhan beliau ditambah dengan bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh MARA. MARA berharap pengalaman ini dapat mendorong lebih ramai usahawan memanfaatkan peluang dan bimbingan yang tersedia bagi memajukan perniagaan masing-masing.








PERASMIAN ZAMA BABY SHOP – USAHAWAN MARA MUKAH MELANGKAH LEBIH MAJUMUKAH, 26 September 2026 – YBhg. Pn Ajar @ Siti Ajar ...
26/09/2026

PERASMIAN ZAMA BABY SHOP – USAHAWAN MARA MUKAH MELANGKAH LEBIH MAJU
MUKAH, 26 September 2026 –

YBhg. Pn Ajar @ Siti Ajar binti Yasin telah mengadakan lawatan ke premis perniagaan baharu, Zama Baby Shop di Mukah dan seterusnya merasmikan pembukaan kedai berkenaan.

Usahawan ini telah menerima pembiayaan perniagaan Mudah Jaya daripada MARA pada tahun ini. Pembukaan premis ini merupakan satu langkah dalam merealisasikan perancangan perniagaannya, di samping menyediakan ruang untuk beliau menawarkan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan.

Semasa lawatan, Pn Ajar meninjau operasi kedai dan mendengar sendiri perkongsian usahawan tentang persiapan pembukaan, cabaran serta perancangan untuk mengembangkan perniagaan. Lawatan turut diteruskan ke premis usahawan di sekitar Mukah bagi mendapatkan maklum balas tentang keperluan mereka.

Turut mengiringi lawatan ialah Encik Rashidi bin Hj Arabi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Sarawak dan Pn. Leedya binti Roslee, selaku wakil dari Pejabat MARA Daerah Mukah.

MARA berharap agar Zama Baby Shop dapat memanfaatkan pembiayaan yang diterima dengan sebaik-baiknya, mengurus perniagaan secara berdisiplin dan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan pada masa hadapan.








Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti 2026, Bahagian Mukah - Wanita Pemacu Keusahawanan, Pembina Masa Depan dan Komuni...
26/09/2026

Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti 2026, Bahagian Mukah - Wanita Pemacu Keusahawanan, Pembina Masa Depan dan Komuniti

MUKAH, 26 Sep 2026. — Seramai 200 usahawan, bakal usahawan dan komuniti di sekitar kawasan Mukah berhimpun dan menyertai Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti 2026 di Dewan Setia Raja, MRSM Mukah, di sini hari ini.
Program bertemakan “Wanita dan Komuniti Memperkasa Keusahawanan” ini telah dirasmikan oleh Pn Ajar @ Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA. Kehadiran Pn Ajar ke program ini telah disambut meriah dengan alunan gamelan yang dimainkan oleh pelajar-pelajar MRSM Mukah. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta serta membuka akses kepada peluang perniagaan, latihan dan pembiayaan kepada golongan wanita dan komuniti di sekitar kawasan Mukah.

Pengisian program merangkumi taklimat ekosistem keusahawanan MARA oleh Pegawai MARA Daerah Sibu serta slot interaktif kenegaraan daripada Akademi Kenegaraan Malaysia dan taklimat tatacara pendaftaran perniagaan oleh Pejabat Daerah Mukah.
Pelbagai agensi kerajaan dan institusi MARA turut mengambil bahagian melalui pameran dan sesi perkongsian maklumat bagi membantu peserta memahami pelbagai peluang yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan diri, pendidikan dan perniagaan.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian surat tawaran geran Digitalbiz dan replika cek pembiayaan perniagaan keseluruhannya berjumlah RM600,650, dengan empat daripada penerima merupakan usahawan wanita.

Dalam masa yang sama GIATMARA Igan melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) menerusi perkhidmatan menukar minyak hitam kepada komuniti setempat. Program ini juga telah memberi peluang kepada usahawan Mukah untuk mempromosikan perkhidmatan mereka kepada pengunjung.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs En. Rashidi bin Arbi, Timbalan Pengarah (Keusahawanan) MARA Negeri Sarawak, YBrs. Pn. Petrone Benedict Sunggoh wakil kepada Residen Bahagian Mukah, YBrs. Puan Lihazlifah Binti Mohd Rasid, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia dan YBrs. Encik Mohammad Gahffari Bin Hamdan, Pengetua MRSM Mukah.








24/09/2026

𝑺𝒆𝒌𝒂𝒍𝒖𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂𝒂𝒏 & 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂

Warga MARA Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA.

Terima kasih atas segala kepimpinan, jasa, bakti dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang menerajui MARA. Segala ilmu, pengalaman dan memori bersama akan terus terpahat dalam sanubari warga MARA.

Semoga fasa baharu kehidupan ini dipenuhi dengan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan keberkatan bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara, YBhg. Dato’ Seri. Jasa dan bakti tetap dikenang. 🌹

Ikhlas daripada:
Pengurusan serta Warga Kerja MARA Negeri Sarawak








Address

Jalan Green

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084871049

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARA Daerah Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share