ROTU Airforce USM

Directions

ROTU Airforce USM Universiti Sains Malaysia
"Nothing is impossible"

Hi Freshie USM Engineering! 🎓✈️Mesti ada dalam kalangan korang yang tertanya-tanya tentang PALAPES Udara USM, kan?Untuk ...
23/09/2026

Hi Freshie USM Engineering! 🎓✈️

Mesti ada dalam kalangan korang yang tertanya-tanya tentang PALAPES Udara USM, kan?

Untuk membantu korang dapatkan gambaran yang lebih jelas, kami telah menyediakan QNA (Question And Answer) tentang PALAPES Udara sebagai rujukan sebelum korang membuat keputusan untuk menyertai PALAPES Udara USM.

“Sentiasa di Angkasa Raya” ✈️

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas!🌟Sekalung tahniah diucapkan kepada Lt.M Emir Zariff bin Saiffulsam PSSTUDM atas kejay...
21/09/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas!🌟

Sekalung tahniah diucapkan kepada Lt.M Emir Zariff bin Saiffulsam PSSTUDM atas kejayaan meraih pengiktirafan sebagai Pegawai Kadet Terbaik PALAPES Udara USM!

Pencapaian ini membuktikan kepimpinan unggul, disiplin tinggi, semangat juang serta komitmen luar biasa yang ditunjukkan sepanjang menjalani latihan PALAPES. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga PALAPES untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk melakar lebih banyak pencapaian pada masa hadapan serta terus berbakti dengan penuh dedikasi demi agama, bangsa dan negara.

📢 PENGAMBILAN PEGAWAI KADET PALAPES UDARA PSSTUDM SIRI 23 SESI 26/27 TELAH DIBUKA! 📢Geng USM! Masa untuk anda buktikan "...
19/09/2026

📢 PENGAMBILAN PEGAWAI KADET PALAPES UDARA PSSTUDM SIRI 23
SESI 26/27 TELAH DIBUKA! 📢

Geng USM! Masa untuk anda buktikan "KUASA UDARA YANG UNGGUL" 💪🇲🇾
Jadilah sebahagian daripada ROTU AIRFORCE USM

✨ KELEBIHAN MENYERTAI:
✅ Tauliah Diraja LT M PSSTUDM
✅ Elaun Latihan
✅ Kemudahan Desasiswa
✅ Kelengkapan Pakaian Seragam PERCUMA
✅ Sajian disediakan sepanjang latihan

Jangan tunggu lagi! Scan QR atau hubungi kami sekarang 👇
📞 017-572 4152 (KHAUSAR)
📞 011-3085 0482 (NAJIHAH)
📸 IG : rotu_usm
📹 TikTok : palapesudarausm

D-DAY🔥Setelah tiga tahun ditempa dengan disiplin, ketabahan dan pengorbanan, hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. S...
12/09/2026

D-DAY🔥

Setelah tiga tahun ditempa dengan disiplin, ketabahan dan pengorbanan, hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Segala jerih perih, setiap titis keringat dan setiap langkah yang diambil kini menemukan maknanya pada hari bersejarah ini. Hari ini, para kadet melangkah bukan sekadar untuk sebuah perbarisan, tetapi untuk menyempurnakan amanah yang telah dipikul dengan penuh dedikasi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam atas kejayaan menempuh perjalanan ini. Semoga pentauliahan yang diterima menjadi lambang kebanggaan, sekaligus menjadi titik tolak untuk terus berbakti dan menabur jasa kepada agama, bangsa dan negara.

📅 12 September 2026
📍 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau/Pauh, Perlis


1 HARI LAGI! 🔥Tiga tahun perjuangan, jerih perih dan air mata kini hanya berbaki satu malam. Malam ini, setiap butang pa...
11/09/2026

1 HARI LAGI! 🔥

Tiga tahun perjuangan, jerih perih dan air mata kini hanya berbaki satu malam. Malam ini, setiap butang pada pakaian istiadat digilap dengan penuh teliti, diiringi rasa bangga serta debaran yang sukar diungkapkan. Setiap langkah yang sekian lama dilatih dan tersemat dalam ingatan bakal diuji apabila fajar menyinsing.

Segala penat lelah, setiap teguran dan pengorbanan akhirnya membawa kita ke sebuah detik yang bakal terpahat dalam ingatan. Esok bukan sekadar sebuah perbarisan, tetapi hari untuk membuktikan bahawa setiap usaha yang dicurahkan selama ini tidak pernah sia-sia.

📅 12 September 2026
📍 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau/Pauh, Perlis


2 HARI LAGI! 🔥Dua hari sahaja lagi sebelum tibanya detik yang penuh makna dan kebanggaan. Segala persiapan yang dilakuka...
10/09/2026

2 HARI LAGI! 🔥

Dua hari sahaja lagi sebelum tibanya detik yang penuh makna dan kebanggaan. Segala persiapan yang dilakukan hampir tiba ke penghujungnya, menanti saat para kadet melangkah ke pentas sejarah sebagai insan yang telah ditempa dengan keteguhan jiwa dan jati diri.

Setiap langkah yang diatur bukan sekadar pergerakan, tetapi lambang kesungguhan, ketabahan dan tekad yang telah dibina sepanjang perjalanan. Kini, debaran kian terasa dan penantian semakin singkat.

📅 12 September 2026
📍 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau/Pauh, Perlis


3 HARI LAGI! 🔥Perjuangan, disiplin dan pengorbanan selama ini bakal terukir dalam sebuah detik penuh kebanggaan. Setiap ...
09/09/2026

3 HARI LAGI! 🔥

Perjuangan, disiplin dan pengorbanan selama ini bakal terukir dalam sebuah detik penuh kebanggaan. Setiap langkah yang ditempuhi, setiap cabaran yang dilalui, menjadi saksi kepada perjalanan menuju hari yang dinanti-nantikan.✨

Langkah semakin tegap, semangat semakin berkobar — hari bersejarah hampir tiba!

📅 12 September 2026
📍 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau/Pauh, Perlis


ISTIADAT PERBARISAN PENTAULIAHAN DIRAJA DAN PENGURNIAAN WATIKAH TAULIAH PEGAWAI KADET PALAPES UNIVERSITI AWAM KE-44 4 HA...
08/09/2026

ISTIADAT PERBARISAN PENTAULIAHAN DIRAJA DAN PENGURNIAAN WATIKAH TAULIAH PEGAWAI KADET PALAPES UNIVERSITI AWAM KE-44

4 HARI LAGI ! 🔥⏳

Setiap titik peluh di padang kawad dan medan latihan adalah demi membanggakan anda semua serta berkhidmat untuk tanah air.

📆 12 September 2026
📍 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau/Pauh, Perlis

ISTIADAT PERBARISAN PENTAULIAHAN DIRAJA DAN PENGURNIAAN WATIKAH TAULIAH PEGAWAI KADET PALAPES UNIVERSITI AWAM KE-44Hanya...
07/09/2026

ISTIADAT PERBARISAN PENTAULIAHAN DIRAJA DAN PENGURNIAAN WATIKAH TAULIAH PEGAWAI KADET PALAPES UNIVERSITI AWAM KE-44

Hanya 5 HARI LAGI menuju detik bersejarah ! 🎓🎖️

Segala pengorbanan, titik peluh, dan disiplin kental para Pegawai Kadet bakal dimahkotakan dalam Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-44.

📆 12 September 2026
📍Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau/Pauh, Perlis

🛩️ *|SERTAI PALAPES UDARA USM – CABAR DIRI ANDA|*🛩️Adakah anda 🫵 seorang pelajar yang ingin mengembangkan bakat kepimpin...
09/09/2024

🛩️ *|SERTAI PALAPES UDARA USM – CABAR DIRI ANDA|*🛩️

Adakah anda 🫵 seorang pelajar yang ingin mengembangkan bakat kepimpinan🫡, fizikal💪, dan mental🧠 anda? PALAPES Udara USM menawarkan anda peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan elit yang berdisiplin tinggi dan serba boleh.

Dengan menyertai PALAPES Udara, anda akan berpeluang:
✅ *Menerima latihan ketenteraan profesional*
✅ *Elaun yang lumayan*
✅ *Membina daya ketahanan fizikal dan mental*
✅ *Melibatkan diri dalam aktiviti lasak dan menarik*
✅ *Berpeluang menjadi pegawai kadet yang diiktiraf selepas tamat pengajian*

*LINK PENYERTAAN*
https://forms.gle/pX9E7TEymrbDnkde8

Terbang helang di ufuk perwira, ✈️
Langit luas setia menanti, ☁️
Ayuh bersama gagah di angkasa, 🌌
Mendaulat negara, jiwa diberkati. 🇲🇾

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi kami di :
📞+601139081884 (Emir)
📞+60176271152 (Aisyah)
atau di Instagram rasmi *"rotu_usm"*.






Address

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan
Nibong Tebal
14300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ROTU Airforce USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share