Klinik Pergigian Nilai

Call Directions

Klinik Pergigian Nilai Sila hubungi klinik di talian 06-7948334 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian Nilai

https://www.facebook.com/share/1H5nPRhuK4/?mibextid=wwXIfr
25/09/2026

https://www.facebook.com/share/1H5nPRhuK4/?mibextid=wwXIfr

Gigi geraham ada rekahan dan alur yang dalam? Bakteria & sisa makanan boleh mudah “bersembunyi” di situ. 👀

💡 Sealan fisur membantu menutup rekahan tersebut supaya permukaan gigi lebih mudah dibersihkan dan risiko kerosakan gigi dapat dikurangkan.

👧🏻🧒🏻 Sesuai dipertimbangkan terutama untuk gigi geraham yang baru tumbuh, fisur dalam atau kanak-kanak yang sukar menjaga kebersihan mulut.

15/09/2026

🦷💊 CABUT GIGI TAK SEMESTINYA KENA HENTI UBAT CAIR DARAH!

Ambil ubat cair darah? Nak cabut gigi? Jangan buat keputusan sendiri ya! 😬

Ada sesetengah ubat pencair darah yang tidak perlu dihentikan sebelum cabutan gigi, tetapi semuanya bergantung pada jenis ubat dan keadaan kesihatan anda.

👉 Jangan berhenti ubat sendiri.
👉 Bawa buku kesihatan & maklumkan semua ubat yang sedang diambil.
👉 Ikut nasihat pegawai pergigian dan doktor.

07/09/2026
07/09/2026
07/09/2026

🫁Asma merupakan penyakit yang melibatkan penyempitan saluran pernafasan apabila pesakit asma terdedah dengan pencetus serangan asma.

Antara pencetus asma adalah udara tercemar, habuk dan sebagainya. Pendedahan terhadap faktor tersebut boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti sesak nafas, nafas berbunyi dan kesukaran bernafas.

Oleh itu, penghidap asma perlu menjauhi pencetus asma agar dapat bernafas dengan baik dan dapat mengelakkan gejala asma.

07/09/2026

🦷❤️ GUSI SIHAT, JANTUNG PUN SIHAT!

Tahukah anda? Kesihatan gusi bukan sekadar tentang gigi dan mulut, malah ia turut berkait dengan kesihatan tubuh secara keseluruhan. 🫀✨

Gusi yang tidak sihat boleh menyebabkan keradangan dan memberi kesan kepada kesihatan kita.

Jadi, jom sama-sama:
🪥 Berus & flos gigi
🚭 Elakkan merokok
🏃‍♀️ Kekal aktif & kerap bersenam
🦷 Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala

Jangan tunggu sakit baru nak jaga!
Mulakan penjagaan gusi hari ini untuk senyuman yang lebih sihat dan kehidupan yang lebih berkualiti. 💕

Cegah penyakit gusi, jaga kesihatan jantung! ❤️🦷

31/08/2026

🇲🇾 Merdekakan dirimu daripada penyakit pergigian! 🦷

Senyuman yang sihat bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil penjagaan setiap hari.

4 langkah mudah untuk senyuman yang kekal sihat! 😁

31/08/2026

🦷✨ MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA GIGI BERLUBANG! 🇲🇾

Gigi berlubang bukan sekadar “lubang kecil” kalau dibiarkan, boleh jadi makin besar dan mengganggu makan, tidur dan senyuman kita. 😬

Jom bebaskan gigi daripada karies dengan 5 langkah mudah! 💪🏻

31/08/2026

🦷 Gigi Sensitif? Jangan Biarkan Senyuman Anda Terjejas! ✨

Pernah rasa ngilu bila minum air sejuk, makan makanan manis atau panas? 🥶🍦☕️
Jangan abaikan tanda-tanda gigi sensitif!

💡 Amalkan 4 langkah mudah ini:
1️⃣ Berus gigi dengan teknik yang betul
2️⃣ Elakkan makanan & minuman berasid
3️⃣ Gunakan berus gigi berbulu lembut
4️⃣ Pilih ubat gigi khas untuk gigi sensitif

🦷✨ Jaga gigi hari ini, supaya senyuman kekal sihat dan yakin setiap hari!

📌 Kalau gigi selalu ngilu, jangan tahan, terus jumpa doktor gigi!

31/08/2026

🦷 MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA PENYAKIT GUSI! 🇲🇾❤️

Gusi merah, mudah berdarah atau nampak bengkak? 🚨
Jangan anggap perkara biasa! Itu mungkin tanda gusi anda sedang bermasalah.

✨ Gusi sihat = senyuman lebih yakin!
Jom merdekakan diri daripada penyakit gusi dengan amalan mudah:

🪥 Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
🧵 Floss gigi sekurang-kurangnya sekali sehari
🦷 Lakukan scaling gigi secara berkala mengikut keperluan

Jaga gusi, jaga senyuman, jaga kesihatan! ❤️

Address

Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067948334

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share