IROSH USIM

Call Directions Website

IROSH USIM Pusat Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Penambahbaikan pengurusan risiko di IPT memerlukan strategi yang berstruktur dan menyeluruh agar organisasi lebih terjam...
30/09/2026

Penambahbaikan pengurusan risiko di IPT memerlukan strategi yang berstruktur dan menyeluruh agar organisasi lebih terjamin.

Pengurusan risiko yang kukuh, institusi lebih bersedia.

28/09/2026

PROGRAM PENDIDIKAN I-ROSH

"Apa Perlu Buat Bila Jumpa Monyet/Beruk di Kampus?"

4 Elemen dalam Pengurusan Risiko yang SihatSetiap elemen memainkan peranan penting untuk menyokong persekitaran kerja ya...
23/09/2026

4 Elemen dalam Pengurusan Risiko yang Sihat

Setiap elemen memainkan peranan penting untuk menyokong persekitaran kerja yang selamat dan teratur melalui pengurusan risiko yang berkesan.

Bersama membina budaya pengurusan risiko yang sihat di IPT.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September 2026Pusat Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan K...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September 2026

Pusat Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (I-ROSH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh warga USIM dan rakyat Malaysia.

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat cintakan negara. Marilah kita terus memelihara keharmonian, menghargai kepelbagaian serta berganding bahu membina Malaysia yang lebih sejahtera dan maju.

🤝 Teguh Bersama, Malaysia Madani
🛡️ Utamakan Keselamatan
❤️ Jaga Kesihatan
🇲🇾 Perkukuh Perpaduan
🌱 Bangun Bersama

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita dalam melaksanakan amanah dengan penuh integriti, tanggungjawab dan kecemerlangan demi universiti, masyarakat dan negara.

“Mematuhi Syariah, Mengurus Risiko, Menjamin Keselamatan”

Ikhlas,
Seluruh warga kerja I-ROSH USIM

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69! 🇲🇾Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiMarilah kita bersama-sama menyema...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69! 🇲🇾

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini. Semoga Malaysia terus aman, sejahtera dan harmoni, serta rakyatnya terus bersatu dalam membina negara yang lebih maju dan bermartabat.

✨ Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat Merdeka!
🇲🇾 Malaysia Tanah Airku, terus maju dan gemilang!

Ikhlas,
Seluruh warga kerja I-ROSH USIM

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ✨🌙Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang me...
24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ✨🌙

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi qudwah dan teladan sepanjang zaman. 🤍

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW dalam membentuk kehidupan yang penuh dengan nilai amanah, kasih sayang, kesederhanaan dan tanggungjawab.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan akhlak mulia dan menjadi pedoman dalam melaksanakan amanah sebagai warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ikhlas,
Seluruh warga kerja I-ROSH USIM

Salam Maal Hijrah 1448HSemoga kedatangan 1 Muharram menjadi titik muhasabah dan pembaharuan buat seluruh warga USIM. Mar...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Semoga kedatangan 1 Muharram menjadi titik muhasabah dan pembaharuan buat seluruh warga USIM. Marilah kita memperkukuh iltizam, mempertingkatkan integriti, dan terus menyumbang dengan penuh amanah demi kecemerlangan universiti serta kemaslahatan ummah.

Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam 1448H. Semoga setiap langkah penghijrahan membawa keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Ikhlas,
Seluruh warga kerja I-ROSH USIM

Salam Aidiladha 1447HSempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, Pusat Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko, ...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, Pusat Pematuhan Syariah, Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (I-ROSH), USIM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga USIM dan masyarakat Islam umumnya.

Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul. Semoga semangat ibadah korban terus menyatukan ukhuwah, memperkukuh integriti dan membentuk persekitaran kerja yang selamat, harmoni serta diberkati.

“Semoga Allah menerima segala amalan ibadah dan pengorbanan kita.”

Salam Aidiladha dan Maaf Zahir Batin

Sambutan Minggu I-ROSH 2026LTI : Lost Time Injury
15/05/2026

Sambutan Minggu I-ROSH 2026

LTI : Lost Time Injury




Sambutan Minggu I-ROSH 2026Keselamatan Penggunaan Lif
14/05/2026

Sambutan Minggu I-ROSH 2026

Keselamatan Penggunaan Lif




Address

Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 02:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067988054

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IROSH USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share