31/08/2026
𝗛𝗢𝗠𝗘 𝗟𝗜𝗕𝗥𝗔𝗥𝗬 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗜𝗠𝗣𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗢𝗞𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘 📚💻
Bagi yang pernah singgah atau mengenali Little Free Library Nilai Impian, mungkin ada yang belum tahu bahawa ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada Home Library Nilai Impian
Bezanya, buku-buku di Little Free Library memang diletakkan khas untuk dikongsi bersama orang awam. Ia menjadi ruang kecil untuk komuniti mengambil, membaca dan berkongsi semula buku.
Di sebalik Little Free Library ini p**a terdapat koleksi peribadi Home Library Nilai Impian yang jauh lebih besar. Berdasarkan kiraan fizikal terkini, koleksi tersebut mempunyai sekitar 5,529 buah buku dan setakat ini 2,120 judul telah berjaya dikatalogkan.
Kini, katalog tersebut turut dibuka kepada umum melalui laman web Home Library Nilai Impian.
Pengunjung boleh meneroka koleksi yang telah dikatalogkan, membuat carian berdasarkan tajuk, penulis atau penerbit, melihat kategori buku serta membaca rating dan ulasan yang dikongsikan dari semasa ke semasa.
Jadi kalau selama ini anda mengenali kami melalui Little Free Library Nilai Impian, sekarang bolehlah juga melihat sedikit gambaran koleksi yang berada di dalam Home Library kami. 😊
🔗 https://homelibrarynilaiimpian.github.io/home-library-nilai-impian/public.html
Semoga usaha kecil ini dapat terus menghubungkan buku dengan lebih ramai pembaca, sama ada melalui perkongsian fizikal di Little Free Library ataupun melalui katalog digital Home Library Nilai Impian 📖