28/08/2026
SEMINAR PENDIDIKAN DAN KESEDARAN BERKAITAN PENYALAHGUNAAN DADAH DAN BAHAN DALAM PELAKSANAAN PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD)
27 Ogos 2026 | Padang Besar
MAQIS Negeri Perlis telah menyambut baik pelawaan menjalinkan kerjasama strategik bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis bagi pelaksanaan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) ke arah membina persekitaran kerja yang sihat, produktif serta bebas daripada ancaman penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.
Sebagai salah satu langkah dalam pelaksanaan Program TEKAD, sesi pendidikan dan kesedaran kepada pekerja ini telah diadakan dengan memfokuskan kepada pencegahan penyalahgunaan dadah dan bahan di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat ke arah peningkatan produktiviti.
Sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Muhammad Ashraf bin Aziz, Ketua Unit Pencegahan, AADK Perlis Utara telah dihadiri oleh seramai 25 orang kakitangan MAQIS Negeri Perlis dan MAQIS Negeri Kedah.
Penganjuran seminar ini diharapkan dapat memperkukuh komitmen MAQIS Negeri Perlis dalam menyokong pelaksanaan Program TEKAD, di samping memastikan warga kerja mempunyai kesedaran dan kefahaman yang tinggi mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang di tempat kerja.