Polis Daerah Padang Besar

Call Directions Website

Polis Daerah Padang Besar Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar FACEBOOK PAGE : IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR

📢 MAKLUMAN KEPADA ORANG RAMAILATIH AMAL FIELD TRAINING EXERSICE (FTX) PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM SEMPE...
21/10/2026

📢 MAKLUMAN KEPADA ORANG RAMAI

LATIH AMAL FIELD TRAINING EXERSICE (FTX) PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM SEMPENA PERSIAPAN PILIHAN RAYA UMUM NEGERI PERLIS TAHUN 2026

Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan Latih Amal Tabletop Exercise (FTX) bagi pengurusan keselamatan dan ketenteraman awam sempena persiapan Pilihan Raya Umum Negeri Perlis Tahun 2026.

📅 Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
🕘 Masa: 9.00 malam
📍 Lokasi: Dewan K3, Bukit Keteri

Sehubungan itu, orang ramai yang melalui kawasan berkenaan dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta memastikan kelancaran pergerakan sepanjang latihan dijalankan.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak membuat, mempercayai atau menyebarkan sebarang spekulasi, khabar angin atau maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Dapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan bertanggungjawab dalam setiap perkongsian di media sosial.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai bagi memastikan latihan ini berjalan lancar serta memelihara keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam. Bersama-sama kita menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.







𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐏𝐃 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔PADANG BESAR, 21 Oktober 2026 (Rabu) – Ibu Pejaba...
21/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐏𝐃 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

PADANG BESAR, 21 Oktober 2026 (Rabu) – Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat Mingguan melalui aktiviti senamrobik yang berlangsung di Dataran Kawad IPD Padang Besar, pagi ini.

Program anjuran Balai Polis Padang Besar ini diketuai oleh Pegawai Baris, Insp Mohd Faizal bin Mohd Ali, dengan dibantu oleh SM Che Sakri bin Che Hussin selaku SM Baris. Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh Puan Asyikin, jurulatih jemputan daripada Jabatan Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Supt Sarih bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar. Program ini melibatkan seramai 95 orang warga IPD Padang Besar, terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam Polis (PAP).

Program ini bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mengekalkan kesihatan mental dalam kalangan warga PDRM. Kecergasan dan kesejahteraan warga kerja amat penting bagi memastikan setiap anggota sentiasa bersedia menjalankan tugas serta memberikan perkhidmatan kepolisan yang cekap, berkesan dan berkualiti kepada masyarakat.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

BUNGKUSAN ATAU OBJEK MENCURIGAKAN? INI TINDAKAN ANDA
20/10/2026

BUNGKUSAN ATAU OBJEK MENCURIGAKAN? INI TINDAKAN ANDA



BUNGKUSAN ATAU OBJEK MENCURIGAKAN? INI TINDAKAN ANDA

Jangan pandang remeh sebarang bungkusan atau objek yang menimbulkan keraguan. Sikap peka dan berwaspada amat penting bagi mengelakkan risiko yang boleh mengancam keselamatan diri serta orang di sekeliling.

Jika ragu-ragu, jangan ambil risiko! Utamakan keselamatan dan ikuti panduan yang dikongsikan bagi memastikan tindakan yang diambil adalah tepat serta tidak membahayakan diri anda.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#18102026

KALAU SAYANG, KENAPA PUKUL?
20/10/2026

KALAU SAYANG, KENAPA PUKUL?



KALAU SAYANG, KENAPA PUKUL?

Keganasan rumah tangga bukan perkara yang boleh dipandang ringan atau didiamkan begitu sahaja kerana setiap individu berhak hidup dalam persekitaran yang selamat, bebas daripada ketakutan dan penderaan.

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan sebagai panduan sekiranya anda atau individu terdekat berdepan keganasan rumah tangga agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil demi keselamatan diri dan keluarga.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#19102026

ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAH DI ALAM MAYA?
20/10/2026

ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAH DI ALAM MAYA?



ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAH DI ALAM MAYA?

Keselamatan anak bukan hanya perlu diberi perhatian ketika berada di luar rumah, malah turut merangkumi aktiviti mereka di alam maya.

Bimbing anak-anak menggunakan teknologi secara bijak dan selamat. Pantau, lindungi dan didik kerana keselamatan mereka di alam maya juga tanggungjawab kita bersama.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#20102026

LEMPAR BATU SATU KESALAHAN JENAYAH
20/10/2026

LEMPAR BATU SATU KESALAHAN JENAYAH



LEMPAR BATU SATU KESALAHAN JENAYAH

Jangan sesekali menganggap perbuatan membaling batu ke arah kenderaan sebagai gurauan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan cermin kenderaan pecah, hilang kawalan, kemalangan serius sehingga boleh mengancam nyawa pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Ingat, perbuatan khianat yang mengakibatkan kerosakan harta benda atau membahayakan orang lain merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.

Fikirkan akibat sebelum bertindak kerana satu lemparan boleh membawa penyesalan sepanjang hayat.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#20102026

KEMANUSIAAN DAN UNDANG-UNDANG, KEDUA-DUANYA PERLU DIHORMATI
20/10/2026

KEMANUSIAAN DAN UNDANG-UNDANG, KEDUA-DUANYA PERLU DIHORMATI



KEMANUSIAAN DAN UNDANG-UNDANG, KEDUA-DUANYA PERLU DIHORMATI

Dalam menangani isu warga asing dan pelarian, aspek kemanusiaan perlu seiring dengan pematuhan undang-undang, keselamatan dan ketenteraman awam.

Sebarang kebimbangan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa melalui saluran yang betul tanpa mengambil tindakan sendiri. Hormati undang-undang, pelihara kemanusiaan, kekalkan keharmonian.





#20102026

𝟳𝟮 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗗𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔! 𝟭.𝟳 𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦, 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟴𝟭.𝟳𝟲 𝗝𝗨𝗧𝗔!
20/10/2026

𝟳𝟮 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗗𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔! 𝟭.𝟳 𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦, 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟴𝟭.𝟳𝟲 𝗝𝗨𝗧𝗔!

𝟳𝟮 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗗𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔! 𝟭.𝟳 𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦, 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟴𝟭.𝟳𝟲 𝗝𝗨𝗧𝗔!

Bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Oktober 2026, sebanyak 48 kes melibatkan 72 warga Malaysia, terdiri daripada 57 lelaki dan 15 wanita, direkodkan atas kesalahan berkaitan dadah di luar negara.

Sebanyak 1,704 kilogram dadah bernilai RM81.76 juta turut dirampas, melibatkan pelbagai jenis dadah.

Saranan JSJN - Jangan mudah terpedaya dengan tawaran lumayan sehingga sanggup menjadi keldai dadah. Sekali terjerat, masa depan tergadai dan keluarga turut menerima akibatnya.

JSJN PERANGI DADAH, LINDUNGI GENERASI.




゚

FAHAMI PROSES HORMATI KEADILAN
20/10/2026

FAHAMI PROSES HORMATI KEADILAN



FAHAMI PROSES HORMATI KEADILAN

Setiap proses undang-undang mempunyai tatacara yang perlu dipatuhi bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan secara telus dan saksama.

Fahami proses perundangan, elakkan membuat spekulasi atau kesimpulan awal dan hormati proses keadilan yang sedang berlangsung.





#20102026

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN JALAN RAYA
19/10/2026

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Address

Padang Besar
02100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Padang Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share