APM PADANG BESAR

Call Directions Contact the organization

APM PADANG BESAR SERTAILAH SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DENGAN MENDAFTAR MELALUI PAUTAN http://aspa.civildefence.gov.my/

29/09/2026
28/09/2026

28/09/2026-Isnin] Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Encik Nizam telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3.30 petang tadi.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan, serta semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah. 🀲

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













  KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM DAN LANJUTAN PISPA TVET MARAπŸ“… 24 – 25 September 2026  πŸ“ TVET MARA Beseri, PerlisAngkatan P...
26/09/2026



KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM DAN LANJUTAN PISPA TVET MARA

πŸ“… 24 – 25 September 2026
πŸ“ TVET MARA Beseri, Perlis

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah melaksanakan Latihan Kursus Asas Pertahanan Awam dan Lanjutan PISPA TVET MARA selama 2 hari bertempat di TVET MARA Beseri.

Latihan ini melibatkan seramai 204 orang peserta daripada TVET MARA dan dilaksanakan mengikut tahap peserta, iaitu Semester 1 (Asas) dan Semester 2 (Lanjutan).

πŸ‘¨β€πŸš’ PESERTA SEMESTER 1 – KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM

Antara pengisian latihan yang diberikan adalah:

πŸ”Ή Pengenalan APM dan Akta Pertahanan Awam
πŸ”Ή CPR & Choking
πŸ”Ή Asas Kawad Kaki
πŸ”Ή Ikatan Asas
πŸ”Ή Melawan Kebakaran

πŸ•οΈ PESERTA SEMESTER 2 – KURSUS LANJUTAN

Bagi peserta Semester 2, latihan lanjutan turut melibatkan bermalam selama 2 hari 1 malam di TVET MARA dan merangkumi:

πŸ”Ή Pengurusan Bencana
πŸ”Ή Girn
πŸ”Ή Peta dan Kompas
πŸ”Ή Masakan Medan

Pelaksanaan latihan ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Selain itu, latihan ini turut membentuk peserta yang lebih berdisiplin, berkemahiran, cekap dan bersedia membantu masyarakat ketika berhadapan dengan situasi kecemasan.

πŸ’ͺ Ilmu dipelajari, kemahiran diperkasa, kesiapsiagaan dipertingkat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
APM Kangar
APM Arau, Perlis
APM Kuala Perlis









πŸ‡²πŸ‡Ύ PAMERAN DAN DEMONSTRASI SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN, KOKURIKULUM, KERJAYA DAN KOPERASI (HARI 4K) SMK RAJA PUA...
25/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PAMERAN DAN DEMONSTRASI SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN, KOKURIKULUM, KERJAYA DAN KOPERASI (HARI 4K) SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH TAHUN 2026

πŸ“… Tarikh: 24 September 2026
πŸ“ Lokasi: Dataran Budi, SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Besar telah menyertai program sempena Hari Anugerah Kecemerlangan, Kokurikulum, Kerjaya dan Koperasi (Hari 4K) SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah Tahun 2026 melalui pengisian pameran serta demonstrasi rawatan awal (balutan) kepada para pengunjung.

Pengisian pameran dan demonstrasi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga sekolah serta para pengunjung mengenai kepentingan pengetahuan dan kemahiran asas pertolongan cemas, khususnya dalam menghadapi situasi kecemasan.

Melalui demonstrasi yang dijalankan, peserta turut didedahkan kepada kaedah rawatan awal dan teknik balutan yang betul bagi membantu mangsa sebelum menerima rawatan lanjut daripada pasukan penyelamat atau petugas perubatan.

Program sebegini turut menjadi platform kepada APM dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesiapsiagaan, keselamatan diri serta tindakan awal ketika berhadapan situasi kecemasan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
APM Arau, Perlis
APM Kuala Perlis
APM Kangar











πŸ‡²πŸ‡Ύ PAMERAN DAN DEMOTRASI SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN , HARI KOKURIKULUM , HARI KOPERASI , HARI KERJAYA DAN STEM ...
24/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PAMERAN DAN DEMOTRASI SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN , HARI KOKURIKULUM , HARI KOPERASI , HARI KERJAYA DAN STEM ( 4K@STEM DAY )SMK DATUK JAAFAR HASSAN 2026

πŸ“… Tarikh: 23 September 2026
πŸ“ Lokasi: Dewan Seri Jerneh, SMK Jaafar Hassan

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Besar telah menyertai Program sempena hari Anugerah Kecemerlangan , Hari Kokurikulum , Hari Kerjaya dan STEM ( 4K@STEM ) melalui pengisian pameran serta demonstrasi CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) dan bantuan tercekik (choking) kepada para pengunjung.

Demonstrasi yang dijalankan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tindakan awal yang boleh diambil ketika berhadapan situasi kecemasan, khususnya mangsa yang mengalami henti jantung dan tercekik, di samping meningkatkan pengetahuan serta keyakinan orang awam dalam memberikan bantuan awal sebelum ketibaan pasukan penyelamat atau bantuan perubatan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
APM Arau, Perlis
APM Kuala Perlis
APM Kangar











19/09/2026

Latihan Asas Renang APM Padang Besar

πŸŠβ€β™‚οΈ LATIHAN ASAS RENANG APM PADANG BESARπŸ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)  ⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ...
19/09/2026

πŸŠβ€β™‚οΈ LATIHAN ASAS RENANG APM PADANG BESAR

πŸ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Taman Eko Rimba Bukit Air

Latihan asas renang ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan, kemahiran, keyakinan serta kesiapsiagaan anggota APM, khususnya dalam menghadapi situasi kecemasan dan operasi menyelamat melibatkan air.

Latihan ini turut memberi pendedahan kepada anggota mengenai teknik asas renang, keselamatan di air serta kemahiran yang diperlukan ketika melaksanakan tugasan menyelamat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
APM Kuala Perlis
APM Kangar
APM Arau, Perlis













πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026Hari Malaysia menjadi simbol penyatuan seluruh rakyat Malaysia dalam se...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September 2026

Hari Malaysia menjadi simbol penyatuan seluruh rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang berdaulat, aman dan harmoni.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara.

Semoga semangat Keluarga Malaysia terus mekar dalam diri setiap rakyat demi Malaysia yang lebih sejahtera, kukuh dan bersatu.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ PAMERAN SEMPENA PROGRAM MALAYSIAKU MERDEKA TAHUN 2026 PERINGKAT PARLIMEN PADANG BESAR πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“… Tarikh: 15 September 2026  ...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PAMERAN SEMPENA PROGRAM MALAYSIAKU MERDEKA TAHUN 2026 PERINGKAT PARLIMEN PADANG BESAR πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… Tarikh: 15 September 2026
πŸ“ Lokasi: Dewan FELDA Rimba Mas, Padang Besar Utara

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Besar telah menyertai Program Malaysiaku Merdeka Tahun 2026 Peringkat Parlimen Padang Besar melalui pengisian pameran serta demonstrasi CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) dan bantuan tercekik (choking) kepada para pengunjung.

Demonstrasi yang dijalankan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tindakan awal yang boleh diambil ketika berhadapan situasi kecemasan, khususnya mangsa yang mengalami henti jantung dan tercekik, di samping meningkatkan pengetahuan serta keyakinan orang awam dalam memberikan bantuan awal sebelum ketibaan pasukan penyelamat atau bantuan perubatan.

Selain demonstrasi, APM turut mengadakan pameran aset dan peralatan kecemasan serta memberikan penerangan berkaitan peranan dan fungsi APM dalam pengurusan kecemasan dan bencana.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
APM Arau, Perlis
APM Kuala Perlis
APM Kangar











πŸ“’ PENGAMBILAN BAHARU ANGGOTA SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA OPERASI ( MYASPA - O ) DAERAH PADANG BESAR TA...
09/09/2026

πŸ“’ PENGAMBILAN BAHARU ANGGOTA SUKARELAWAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA OPERASI ( MYASPA - O ) DAERAH PADANG BESAR TAHUN 2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ Sertai kami dalam membantu masyarakat dan negara ketika menghadapi kecemasan serta bencana. Jadilah sebahagian daripada keluarga APM!
Syarat Kelayakan:
βœ… Warganegara Malaysia
βœ… Berumur 18 - 45 tahun ke atas
βœ… Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
βœ… Kelulusan minimum SRP/PT3/PMR/SPM dan keatas.
βœ… Tidak menganggotai mana-mana badan beruniform yang lain
Jom sertai kami!
Bersama menjadi wira masyarakat dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana.
Pendaftaran:
Klik pautan berikut untuk mendaftar:
https://docs.google.com/forms/d/1zjeNgnK8Sp5QqaLLsX9oQkV2W_jHwFrFzWyBlTM01Yk/edit
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
πŸ“ž 04-9490451 (PDPA Padang Besar)
πŸ“ž 013-9669476 (Lt. M (PA) Akmal Hafizi)
πŸ“ž 013-4155484 (Pbt (PA) Haifa Hazwani) See

Address

Lot 1444, Pejabat Daerah Pertahanan Awam Padang Besar
Padang Besar
02100

Telephone

+6049462113

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM PADANG BESAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM PADANG BESAR:

Shortcuts

Share