Pemuda Padang Serai

Call Directions

Pemuda Padang Serai Page rasmi Pemuda Padang Serai
“Pemuda Terus Memimpin”

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai atau singkatannya DPPKPS merupakan salah satu sayap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi Kawasan Padang Serai, Kedah Darul Aman.

01/11/2026
01/11/2026
29/10/2026
SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDukacita dimaklumkan, kami daripada Sektor Tanggungjawab Sosial...
29/10/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan, kami daripada Sektor Tanggungjawab Sosial dan Kemasyarakatan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nur Mash*tah binti Mohamed Akbar, anak kepada Mamu Akbar ARC Padang Serai.

Lebih menyedihkan, arwah baru sahaja pulang dari tempat kerja untuk mencari rezeki demi menyara keluarga. Namun, siapa sangka perjalanan pulang itu menjadi perjalanan terakhir buat arwah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu keluarga yang menanggung kehilangan ini. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang cukup berat ini.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, merahmati rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Solat Jenazah Allahyarhamah Selepas Solat Asar Di Masjid Muhammadi Taman Mahsuri Padang Serai

Salam takziah daripada kami, Sektor Tanggungjawab Sosial dan Kemasyarakatan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai.

KEHADIRAN AHLI PARLIMEN PASAlhamdulillah, kehadiran ahli parlimen yang mewakili parti PAS yang terbaik. Semoga terus cem...
29/10/2026

KEHADIRAN AHLI PARLIMEN PAS

Alhamdulillah, kehadiran ahli parlimen yang mewakili parti PAS yang terbaik. Semoga terus cemerlang memberi khidmat pd ummah.

21/10/2026

KENYATAAN MEDIA

PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL

1. PAS mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) melalui suatu notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 20 Oktober 2026.

2. ⁠PAS kesal dengan tindakan ini yang dilihat mendahului keputusan mahkamah, menghadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan, sekaligus memperlihatkan ketakutan yang sedang memuncak di pihak kerajaan.

3. ⁠Dalam hal ini, PAS mengesahkan segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur dan mengikut perlembagaan parti, manakala keharmonian dalam kalangan parti anggota amat utuh, kecuali satu pihak yang telah menyisihkan diri dan berpaling arah.

4. ⁠Segala langkah seterusnya, termasuk persiapan menghadapi PRN Melaka dan tindakan di mahkamah bagi mencabar keputusan ini akan diambil secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan.

5. ⁠PAS menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara, serta menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang dan lunas demokrasi.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 10 Jamadilawal 1448 / 21 Oktober 2026

Address

Padang Serai

Telephone

+60135539677

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Padang Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services