Pemuda Padang Terap

Directions Website

Pemuda Padang Terap Dewan Pemuda PAS Padang Terap

Selamat Datang , Ahlan Wasahlan ,Page Rasmi Dewan Pemuda PAS Padang Terap.Ribuan Terima Kasih Diatas Sokongan Anda.Hidup Mulia Atau Mati Syahid !layari kami di http://dpppadangterap.blogspot.com/

04/10/2026

Pemuda cakna berkenaan isu masyarakat setempat yang dianiayai dan ditipu scammer. Soalan diajukan berkenaan fasa tangkapan scammer, adakah terhenti setakat penakapan keldai ataupun sehingga ke dalang utama, juga berapa lama tempoh siasatan diperlukan?

03/10/2026

Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Padang Terap Kali Ke-16 Sesi 2025/2026. Agenda kali ini berkisarkan perjalanan pemuda ke kampung-kampung dengan dibawakan aktivtii-aktiviti kepemudaan.

GOTONG-ROYONG SMITIAlhamdulillah, satu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan melibatkan YB Parlimen, Exco Pemuda ser...
01/10/2026

GOTONG-ROYONG SMITI

Alhamdulillah, satu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan melibatkan YB Parlimen, Exco Pemuda serta AJK JPRD PEDU bagi membersihkan ruangan di SMITI Nurul Hidayah Pekan Naka.

Terima kasih kepada semua yang turun padang dan menyumbang tenaga. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar kepada semua.

Bersama mencipta suasana pendidikan yang lebih baik.

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP30% EKUITI BUMIPUTERA DIGUGURKAN: KERAJAAN PERLU JELASKAN, JANGAN PERMAINKAN...
23/09/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP

30% EKUITI BUMIPUTERA DIGUGURKAN: KERAJAAN PERLU JELASKAN, JANGAN PERMAINKAN DASAR BUMIPUTERA

Dewan Pemuda PAS Padang Terap memandang serius keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak lagi menetapkan syarat sekurang kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan institusi pendidikan swasta di bawah KPM. Ketetapan tersebut sebelum ini dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada tahun 2006.

Persoalan besar yang perlu dijawab kerajaan ialah, mengapa satu mekanisme yang menjamin tahap minimum penyertaan Bumiputera dalam pemilikan institusi pendidikan swasta boleh digugurkan begitu sahaja?

Lebih membimbangkan, kenyataan KPM pada 21 September menyebut keputusan itu dibuat susulan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Namun sehari kemudian, MITI menjelaskan bahawa kementerian itu tidak mempunyai makluman mengenai penyelarasan berkenaan, malah menyatakan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi melalui EPU.

Ini bukan perkara kecil.

Apabila melibatkan dasar berkaitan kepentingan Bumiputera, rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas tentang siapa yang membuat keputusan, apakah asas kajiannya, kementerian mana yang mempunyai bidang kuasa dan apakah kesannya terhadap penyertaan Bumiputera dalam sektor pendidikan swasta.

Alasan bahawa penyelarasan ini bertujuan memastikan sektor pendidikan lebih terbuka kepada semua pihak sebagaimana dinyatakan KPM perlu disertai penjelasan mengapa keterbukaan tersebut memerlukan syarat minimum ekuiti Bumiputera digugurkan.

Keterbukaan sektor pendidikan dan pengukuhan penyertaan Bumiputera tidak seharusnya dianggap sebagai dua perkara yang tidak boleh bergerak bersama.

Dewan Pemuda PAS Padang Terap dengan ini mendesak Kerajaan Persekutuan memberikan penjelasan menyeluruh berhubung proses keputusan tersebut serta menjelaskan percanggahan kenyataan antara KPM dan MITI.

Kerajaan juga wajar menerangkan apakah mekanisme yang akan digunakan selepas ini bagi memastikan usahawan dan pelabur Bumiputera terus mempunyai ruang yang bermakna dalam sektor pendidikan swasta.

Dasar melibatkan kepentingan rakyat perlu dibuat secara telus, tersusun dan mempunyai pertanggungjawaban yang jelas.

Jangan sampai rakyat tertanya tanya, kementerian mana sebenarnya yang membuat keputusan dan siapa yang bertanggungjawab terhadap dasar sebesar ini.

USTAZ MUHAMMAD ALIF BIN YAHAYA
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PADANG TERAP
23 SEPTEMBER 2026

23/09/2026

Perkembangan terkini SMITI Tahfiz Sains Nurul Hidayah, Naka.

29/08/2026

Semoga adik-adik terus bersemangat di setiap perlawanan bola sepak disamping terus menumpukan pembelajaran di Madrasah Solihiyah Bukit Nyamuk.

Malam tadi pakat kena nasihat suruh briskwalk. Mana taknya BBQ tengah malam.Takpa YB Ustaz Nurul Amin Hamid, kami sahut ...
28/08/2026

Malam tadi pakat kena nasihat suruh briskwalk. Mana taknya BBQ tengah malam.

Takpa YB Ustaz Nurul Amin Hamid, kami sahut cabaran, kami buat briswalk pekan nat.🀣

28/08/2026

Serahan Bola Sepak Raga Tuju di Kampung Nai Teh Kuala Nerang bagi merancakkan lagi aktiviti sihat anak muda.

Penentangan terhadap usaha kerajaan negeri ini dalam membanteras isu judi membawa tanda tanya, adakah Kerajaan Madani se...
27/08/2026

Penentangan terhadap usaha kerajaan negeri ini dalam membanteras isu judi membawa tanda tanya, adakah Kerajaan Madani sedang melawan arus menegakkan hukum Islam?

Makin menjadi tanda tanya, mengapa Akta Rumah Judi Terbuka 1953 masih lagi diamalkan sedangkan PAN berada dalam kerajaan dan PH sendiri ada keahlian sebagai Menteri Agama.

Tatkala DAP menganggotai kerajaan, adakah pusat-pusat judi ini didokong dengan kuasa politik sehingga tercabar dasar sifar judi di Kedah?

Penjelasan ini semuanya tertumpu kepada Menteri Kewangan sekaligus memegang jawatan terpenting dalam negara yang mempunyai kuasa menegakkan hukum Islam berteraskan Al-Quran.

[ πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πƒππππŠ ]

πŠπ„π’ π‰π”πƒπˆ πƒπˆ πŠπ„πƒπ€π‡: π“πˆπ†π€ ππ„π‘π’πŽπ€π‹π€π π”ππ“π”πŠ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π πŒπ€πƒπ€ππˆ

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) ingin mengajukan tiga persoalan utama kepada Kerajaan Madani dalam pertikaian kes judi di Kedah.

Pertama, apa justifikasi Menteri Kewangan yang masih melangsungkan pemberian lesen judi di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 meskipun selepas Kerajaan Negeri Kedah memohon pertimbangan untuk menghentikan pemberian lesen tersebut berkuatkuasa 1 Januari 2023?

Kedua, apa justifikasi pemimpin DAP yang menganggotai Kerajaan Madani memberi sokongan dan dukungan kepada pihak syarikat loteri dan judi sehingga mereka sanggup untuk mencabar dasar sifar judi di Kedah?

Ketiga, apa pendirian pemimpin Melayu-Islam dalam Kerajaan Madani berikutan ada pihak yang secara terbuka menentang langkah Kerajaan Negeri menghentikan lesen premis perjudian di Kedah sekaligus menyokong aktiviti tersebut berlaku di Kedah?

DPPNK menegaskan bahawa kes judi ini menyedarkan rakyat Kedah untuk menghumbankan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tidak ada lagi pertimbangan kedua. Kedah bukan sahaja aman tanpa DAP, termasuk juga tanpa PKR dan PAN!

Address

Padang Terap

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Padang Terap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share