17/03/2026
Jadual Perjalanan Hiking Bengoh Dam
❣️Rm57 bayaran masuk seorang(min 6 paxs). Harga termasuk Tourist guide & tambang bot ulang alik.
☎️ Enquiries/ Booking (Mr.Jripin)
https://wa.link/tu4a5t
https://wa.link/tu4a5t
https://wa.link/tu4a5t
📍Jom ke Hidden Gems Sarawak - Kampung Sting & Jurassic Park (Susung & Curtain Waterfall) di Bengoh Dam, Padawan♥️♥️
✅Dari bandar Kuching ke Bengoh Dam, mengambil masa dalam 45 minit
✅Di pintu masuk Bengoh Dam, perlu mendaftar di pagar masuk, pastikan anda telah membuat tempahan bot dengan tourist guide anda (dia juga lah boat driver anda nanti).
✅Setelah masuk dari pagar, tempat letak kerta terletak dalam seminit perjalanan
✅No walk in untuk bot, semuanya perlu mendaftar awal..
Jurassic Park of Sarawak
=====================
✅Dari Bengoh Dam, kene naik bot dalam 20minit. Permandangan cantik giler!
✅Di sini, ada 3 waterfall, air terjun Daen(Udang) yg pertama, kedua adalah air terjun Pean (Curtain) dan yang terakhir adalah air terjun Susung
✅Air terjun pertama, ramai yang tak singgah
✅Selalunya akan ke Susun waterfall terlebih dahulu, paling jauh (60minit ke 90 minit trekking)
✅Di Susung waterfall, ada dahan signature yang viral untuk bergambar
✅Tak mandi di sini sebab selalunya mandi di Curatin Waterfall
✅Dalam perjalanan balik, baru singgah mandi di air terjun yang kedua iaitu Pean / Curtain Waterfall. Di sini ada 4 air terjun.. seronok giler!! Ada pondok berhenti di sini.
✅trekking adalah easy
✅ada satu jambatan kayu gantung
✅Semua route jalan ada dan proper.
Kampung Sting
=============
✅Setelah penat hiking waterfall, balik ke jeti, untuk ke Kampung Sting, perjalanan bot dalam 5 minit sahaja.
✅Naik ke sini kene naik ke atas 600 meter, jalan ke atas 45darjah, 15minit sampai ke atas
✅Guide perlu yer.. dia jugak adalah bot driver anda nanti..
✅silalah menjaga kebersihan, jangan membuang sampah merata2.. please everyone🙏
✅Selalunya tour akan ke Waterfall terlebih dahulu selepas tu Kampung Sting.