Bahagian PK KDN Pahang

Call Directions Website

Bahagian PK KDN Pahang BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
NEGERI PAHANG
(PK KDN PAHANG) Seksyen Regulatori Penerbitan
ii. Seksyen Regulatori Al-Quran
iii.

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK), Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Mac 2018 dengan menggabungkan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran (PQ), Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkusaan (KF) dan sebahagian anggota penguatkuasa daripada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KK). Seksyen-seksyen di Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) adalah:


i. Seksyen Regulatori Hadith
iv. Seksyen Penguatkuasaan Dan Pematuhan
v. Seksyen Pengurusan Strategik
vi. Seksyen Khidmat Pengurusan

Akta-Akta yang dikawalselia:
i. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
ii. Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986

Akta-Akta yang dikuatkuasakan:
i. Akta Penapisan Filem 2002
ii. Akta Agensi Persendirian 1971

📢 JOM EXCHANGE AL-QUR’AN (JEQ) 2026  DAN , BENTONG PAHANG  Moh Warga Kuantan! Warga Mempaga, Bentong!Dijemput hadir bera...
22/10/2026

📢 JOM EXCHANGE AL-QUR’AN (JEQ) 2026 DAN , BENTONG PAHANG

Moh Warga Kuantan! Warga Mempaga, Bentong!

Dijemput hadir beramai-ramai ke Pameran dan Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) sempena Program Madani Kita (PMK) yang akan berlangsung seperti berikut:

📍 Mempaga, Bentong
đź“… 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.30 pagi – 4.30 petang
📌 Dataran Feldajaya Mempaga, Bentong

📍 Pantai Anak Air, Kuantan
đź“… 25 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📌 Pantai Anak Air, Kuantan

📖 Orang ramai yang hadir berpeluang menukarkan Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN, rosak atau lusuh kepada naskhah Al-Qur’an baharu yang mempunyai perakuan KDN secara percuma, tertakluk kepada terma dan syarat program.

Moh kiter manfaatkan peluang ini dan sebarkan hebahan kepada keluarga serta sahabat handai!

Jom hadir beramai-ramai! Jumpa anda di sana! đź’šđź“–

Jom Exchange Al-Qur’an — bersama membudayakan kesedaran, memelihara kesucian Al-Qur’an.

Like, Follow & Share https://www.facebook.com/BPKKPahang

PROGRAM MADANI KITA: PAMERAN DAN JOM EXCHANGE AL-QUR’AN (JEQ)  PAHANG   Program Pameran dan Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ)...
19/10/2026

PROGRAM MADANI KITA: PAMERAN DAN JOM EXCHANGE AL-QUR’AN (JEQ) PAHANG

Program Pameran dan Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) sempena Program MADANI KITA (PMK) Bersama Komuniti TRAS,Raub Pahang 2026 telah selesai dilaksanakan pada 18 Oktober 2026 dengan jayanya.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ini dirasmikan oleh YB Puan Leong Yu Man, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan masyarakat setempat.

Melalui inisiatif JEQ, orang ramai di sekitar Raub khususnya berpeluang menyerahkan Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN, rosak atau lusuh dan ditukarkan dengan naskhah Al-Qur’an baharu yang mempunyai perakuan KDN.

Program ini turut menjadi medium penting dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan memiliki serta menggunakan Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN, di samping memelihara kesucian dan kehormatan Al-Qur’an.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional , komuniti setempat serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Jom Exchange Al-Qur’an — bersama membudayakan kesedaran, memelihara kesucian Al-Qur’an.

Like, Follow & Share https://www.facebook.com/BPKKPahang








16/10/2026
📢 PROGRAM MADANI KITA (PMK) 2026  PAHANG! PK KDN Pahang menjemput orang ramai sekitar Raub dan kawasan berhampiran untuk...
14/10/2026

📢 PROGRAM MADANI KITA (PMK) 2026 PAHANG!

PK KDN Pahang menjemput orang ramai sekitar Raub dan kawasan berhampiran untuk memeriahkan Pameran dan Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) sempena Program Madani Kita (PMK) Bersama Komuniti TRAS Raub, Pahang 2026.

đź“… Tarikh: 18 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Terbuka Dataran Raub, Pahang

📖 Bawa Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN, rosak atau lusuh untuk ditukarkan kepada naskhah baharu yang mempunyai perakuan KDN, tertakluk kepada terma dan syarat.

Jom meriahkan program ini! Jumpa anda di sana! 🤝

Like, Follow & Share https://www.facebook.com/BPKKPahang

SELAMAT DATANG SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE PK KDN PAHANGBahagia...
14/10/2026

SELAMAT DATANG SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE PK KDN PAHANG

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Pahang telah menerima lawatan kerja daripada YBrs. Tuan Ismainur Hadi bin Amat Bakeron, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 13 Oktober 2026. Turut hadir dalam lawatan kerja ini Ustazah Siti Rahmaniah binti Bachok , Ketua Seksyen SRQH dan Ustazah Mastura binti Mohamed Tahir (PSU), pegawai kanan Unit SRQH ibupejabat.

Lawatan kerja ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama, menyelaras pelaksanaan tugas serta meningkatkan keberkesanan fungsi penguatkuasaan dan kawalan di samping memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berkualiti.

Semoga lawatan kerja ini dapat memberikan manfaat serta menyuntik semangat kepada seluruh warga PK KDN Pahang untuk terus komited dalam menjalankan tugas masing-masing.

Like, Follow & Share https://www.facebook.com/BPKKPahang

02/10/2026
PROGRAM PELUPUSAN ABU TEKS AL-QURAN KE LAUT BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP) DAN TLDM Tarikh : 1 Oktober 2026Te...
02/10/2026

PROGRAM PELUPUSAN ABU TEKS AL-QURAN KE LAUT BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP) DAN TLDM

Tarikh : 1 Oktober 2026
Tempat : Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menjayakan Program Pelupusan Abu Teks Al-Quran ke Laut Tahun 2026 yang berlangsung di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang.

Program telah dirasmikan oleh YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah JAIP. Turut hadir dalam program ini YBhg Laksamana Pertama Gan Chin Keat, Timbalan Panglima Wilayah Laut 1 TLDM, Timbalan Pengarah PK KDN Pahang Pn Rosniza binti Hassan serta Ketua Unit Regulatori Al-Quran PK KDN Pahang, Ustazah Zuraidah binti Abdul Hamid.

Dalam program tersebut, sebanyak 7,325 kilogram abu teks Al-Quran telah dilupuskan di sekitar perairan Kuantan dengan tertib dan penuh penghormatan, mengikut kaedah yang ditetapkan berdasarkan hukum syarak.

Proses pelupusan telah dilaksanakan kira-kira 1.5 batu nautika dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, dengan sokongan aset TLDM termasuk KD Terengganu serta bantuan staf daripada Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Kuantan.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan bahan-bahan berkaitan teks Al-Quran yang tidak lagi digunakan dapat diurus dan dilupuskan dengan kaedah yang sewajarnya, disamping memelihara kesucian serta kehormatan Kitab Suci Al-Quran.

Like, Follow & Share https://www.facebook.com/BPKKPahang

KUNJUNGAN HORMAT PIKM MALAYSIA NEGERI PAHANGđź“… 25 September 2026 (Jumaat)Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) KDN Pah...
28/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT PIKM MALAYSIA NEGERI PAHANG

đź“… 25 September 2026 (Jumaat)

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) KDN Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Negeri Pahang yang diketuai oleh Pengerusi PIKM Negeri Pahang, Mejar (K) Muhammad Syafiq bin Datuk Hj Ishak. Turut hadir dalam kunjungan ini, Naib Presiden PIKM, Mejar (K) Habibullah bin Dato' Haji Ahmad, Pengurus Besar PIKM, Encik Jeff Nor Jettey serta ahli-ahli jawatankuasa PIKM Negeri Pahang.

Pertemuan ini menjadi platform bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengawal keselamatan serta cadangan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan kawalan keselamatan, khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

Semoga kunjungan dan pertemuan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara PK KDN Pahang dan PIKM Negeri Pahang, di samping menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam mempertingkatkan standard serta kualiti perkhidmatan industri keselamatan di Malaysia khususnya di negeri Pahang.

Address

Pahang Tua

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095734466

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian PK KDN Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share