JKR Negeri Pahang

Call Directions Website Contact the organization

JKR Negeri Pahang JKR Negeri Pahang merupakan salah satu cawangan JKR Malaysia yang mana mengurus, memantau dan member

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐏𝐓𝐍 𝐅𝐔𝐍 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah...
21/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐏𝐓𝐍 𝐅𝐔𝐍 𝐖𝐀𝐋𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah menganjurkan Program Fun Walk dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026 pada 17 Oktober 2026 yang lalu bertempat di Pantai Anak Air, Kuantan dengan penyertaan seramai 150 orang dari warga JKR Negeri Pahang.

Program ini turut diserikan dengan ucapan oleh YH Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, DIMP, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang yang turut disertai oleh Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan Jurutera Daerah Kuantan, Pekan dan Maran.

Selain menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat, program ini turut diserikan dengan pelaksanaan aktiviti CSR menerusi gotong-royong mengutip sampah di sepanjang Pantai Anak Air.

Penganjuran ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan serta mengeratkan silaturahim dan semangat berpasukan dalam kalangan warga JKR.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Hari Profesion Teknikal Negara
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

NOTIS PEMAKLUMAN ❗‼️❗𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔-𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗖𝟭𝟰𝟰 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗞𝗦𝗬𝗘𝗡 𝟮.𝟬𝟬 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 ...
19/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN ❗‼️❗
𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔-𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗖𝟭𝟰𝟰 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗞𝗦𝗬𝗘𝗡 𝟮.𝟬𝟬 𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟯.𝟮𝟬, 𝗥𝗔𝗨𝗕, 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG: PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N1Peluang kerjaya terbuka kepada Warganegara Malaysia (keutamaan dibe...
16/10/2026

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG: PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N1

Peluang kerjaya terbuka kepada Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM).

Jawatan: Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1
Taraf Jawatan: Tetap
Kekosongan: 1 (Satu) kekosongan
Jadual Gaji: RM1,500.00 – RM4,680.00 (Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00)

📋 Syarat Kelayakan Ringkas:
Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Memiliki kelayakan SPM / SVM / SPM bersama SKM Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Memenuhi syarat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta subjek lain mengikut syarat kelayakan.

📌 Cara Permohonan:
Muat turun borang permohonan PSDM/BK/01/2025 melalui Laman Sesawang rasmi PSDM Pahang di https://psdm.gov.my atau imbas kod QR pada iklan.

Lengkapkan dokumen yang disyaratkan termasuk salinan sijil, keputusan peperiksaan, sijil kelahiran, kad pengenalan (depan & belakang) yang disahkan, gambar berukuran pasport, serta sampul surat beralamat sendiri berserta setem.

Hantar permohonan lengkap anda kepada alamat berikut:

PENGURUS
PERBADANAN STADIUM DARUL MAKMUR, PAHANG
TINGKAT 1, STADIUM DARUL MAKMUR
JALAN DATO' LIM HOE LEK
25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG: PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 📢Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia (keutamaan d...
16/10/2026

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG:
PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 📢

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM).

📋 Maklumat Jawatan:
Jawatan: Pembantu Khidmat Am (Gred H1)
Taraf Jawatan: Tetap (1 Kekosongan)
Jadual Gaji: RM1,500.00 - RM4,680.00 (Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00)

📌 Syarat Kelayakan Utama:
Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), atau SPM berserta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2/3 dalam bidang berkaitan.

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau SVM.
Memiliki lesen memandu yang sah (Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I kecuali Lesen Memandu Percubaan 'P') serta berkebolehan memandu dan mengendali kenderaan.
Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki SKM atau berkemahiran untuk kerja-kerja asas pertukangan.

📅 Tarikh Tutup Permohonan:
27 Oktober 2026

✉️ Cara Memohon:
Muat turun borang permohonan PSDM/BK/01/2025 melalui laman sesawang rasmi https://psdm.gov.my.

Sertakan salinan dokumen yang disahkan (sijil/keputusan peperiksaan, sijil kelahiran, kad pengenalan depan & belakang), sekeping gambar berukuran pasport, serta sampul surat berserta setem yang beralamat pemohon.

Hantarkan permohonan lengkap kepada alamat berikut:

PENGURUS
PERBADANAN STADIUM DARUL MAKMUR, PAHANG
TINGKAT 1, STADIUM DARUL MAKMUR
JALAN DATO' LIM HOE LEK
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

📌 NOTIS SEBUT HARGANo. Sebut Harga : B : 55/10-26 (F)Tajuk Kerja : PEMBINAAN TABIKA ORANG ASLI KAMPUNG KUALA TERBOL, TEM...
15/10/2026

📌 NOTIS SEBUT HARGA

No. Sebut Harga : B : 55/10-26 (F)

Tajuk Kerja : PEMBINAAN TABIKA ORANG ASLI KAMPUNG KUALA TERBOL, TEMERLOH, PAHANG.

Sila rujuk iklan sebutharga untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

📌 NOTIS SEBUT HARGANo. Sebut Harga : JKR/CKMNP/04/M01/2026/41Tajuk Kerja : SISTEM PENYAMAN UDARA DAN PENGUDARAAN MEKANIK...
13/10/2026

📌 NOTIS SEBUT HARGA

No. Sebut Harga : JKR/CKMNP/04/M01/2026/41

Tajuk Kerja : SISTEM PENYAMAN UDARA DAN PENGUDARAAN MEKANIKAL BAGI MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN PUSPEN SUNGAI RUAN, PAHANG

Sila rujuk iklan sebutharga untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

📌 NOTIS SEBUT HARGANo. Sebut Harga : JKR/CKMNP/04/M02/2026/40Tajuk Kerja : SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DAN PAM BAGI MEROBO...
13/10/2026

📌 NOTIS SEBUT HARGA

No. Sebut Harga : JKR/CKMNP/04/M02/2026/40

Tajuk Kerja : SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DAN PAM BAGI MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN PUSPEN SUNGAI RUAN, PAHANG

Sila rujuk iklan sebutharga untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

📌 NOTIS SEBUT HARGANo. Sebut Harga : JKR/CKMNP/05/M22/2026/33Tajuk Kerja : KERJA-KERJA PEMASANGAN SISTEM PAM PENGGALAK D...
13/10/2026

📌 NOTIS SEBUT HARGA

No. Sebut Harga : JKR/CKMNP/05/M22/2026/33

Tajuk Kerja : KERJA-KERJA PEMASANGAN SISTEM PAM PENGGALAK DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KANDANG BUKIT JANIN, INSTITUT BIODIVERSITI VETERINAR KEBANGSAAN (IBVK) JERANTUT PAHANG.

Sila rujuk iklan sebutharga untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

‼️PEMBERITAHUAN‼️🚧🚦NOTIS PENUTUPAN LAMPU ISYARAT DAN PUSINGAN-U DI PERSIMPANGAN JALAN PANCHING🚧  Dengan ini dimaklumkan ...
05/10/2026

‼️PEMBERITAHUAN‼️
🚧🚦NOTIS PENUTUPAN LAMPU ISYARAT DAN PUSINGAN-U DI PERSIMPANGAN JALAN PANCHING
🚧
Dengan ini dimaklumkan bahawa Pasukan Projek Membina Persimpangan Bertingkat Panching, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan (FT02) akan membuat penutupan Lampu Isyarat di Persimpangan Jalan Kuantan – Kuala Lumpur (FT02) ke Sg. Panching Utara (FT1490) serta Penutupan Pusingan-U bagi menjalankan kerja kerja pembinaan jambatan bertingkat panching.berkuatkuasa pada :-
📆 Tarikh Mula : 4hb Oktober 2026 (11.59 malam)
📆 Tarikh Tamat : 12hb Januari 2029 (11.59 malam)
Sehubungan dengan itu, mohon pengguna jalan raya:-
🚫 Mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan.
⚠️ Sila memperlahankan kenderaaan apabila melalui lokasi ini sepanjang tempoh kerja dilaksanakan.
✅ Pengguna jalan raya dari Bandar Kuantan adalah dinasihatkan menggunakan Pusingan-U di Batu 11 untuk menghala ke Jalan Panching
✅ Pengguna dari Jalan Panching dinasihatkan menggunakan Pusingan-U di hadapan TUDM Kuantan untuk menghala ke Gambang.
Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan.

Sumber : JKR Daerah Kuantan.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

📌 NOTIS SEBUT HARGANo. Sebut Harga : PPN/PHG/SH/02/26Tajuk Kerja : MEMBINA LONGKANG SALURAN AIR TEPI JALAN DAN MENAMBAHB...
01/10/2026

📌 NOTIS SEBUT HARGA

No. Sebut Harga : PPN/PHG/SH/02/26
Tajuk Kerja : MEMBINA LONGKANG SALURAN AIR TEPI JALAN DAN MENAMBAHBAIK JALAN LORONG DI PERUMAHAN LORONG CENDERAWASIH PERDANA 5 DAN PERDANA 4 SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN

Sila rujuk iklan sebutharga untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Address

Pahang Tua

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095717000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Negeri Pahang:

Shortcuts

Share