Jabatan Pertanian Negeri Pahang

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Pertanian Negeri Pahang Tingkat 6&7, Kompleks Tun Razak,Bandar Indera Mahkota,25990 Kuantan,Pahang Darul Makmur.Tel : 09-5733133 Fax : 09-5733649 http://agri.pahang.gov.my/

π‰πˆπŒπ€π“ 𝐁𝐀𝐉𝐀, π‰πˆπŒπ€π“ πŠπŽπ’! Tahukah anda, penggunaan baja yang tepat mengikut kadar per pokok bukan sahaja membantu tanaman m...
07/10/2026

π‰πˆπŒπ€π“ 𝐁𝐀𝐉𝐀, π‰πˆπŒπ€π“ πŠπŽπ’!

Tahukah anda, penggunaan baja yang tepat mengikut kadar per pokok bukan sahaja membantu tanaman mendapat nutrien yang mencukupi, malah dapat mengelakkan pembaziran dan menjimatkan kos.

Contohnya, jika kadar baja ialah 100 gram bagi setiap pokok dan terdapat 20 pokok:

πŸ‘‰ 100 gram Γ— 20 pokok = 2,000 gram (2 kg) baja

Mudah kan? 😊 Dengan mengetahui jenis tanaman, umur pokok dan kadar baja yang disyorkan, kita boleh menganggarkan jumlah baja yang diperlukan dengan lebih tepat.

🌿 Baja cukup, pokok terjaga, kos pun terkawal!

πŸ“Œ Ingat β€” lebih banyak baja tidak semestinya lebih baik. Gunakan pada kadar yang betul dan sesuai dengan tanaman.






πŠπ”π‘π’π”π’ π’πŒπŽ ππˆπ‹. πŸ”/πŸ” 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”: π€π‘πŽπŒπ€π“π„π‘π€ππˆ / π„π’π’π„ππ“πˆπ€π‹ πŽπˆπ‹ ππ„π‘π€π’π€π’πŠπ€π 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀-𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐀𝐍KUANTAN, 1 Oktober 2026 – Kursus SMO...
05/10/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ π’πŒπŽ ππˆπ‹. πŸ”/πŸ” 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”:

π€π‘πŽπŒπ€π“π„π‘π€ππˆ / π„π’π’π„ππ“πˆπ€π‹ πŽπˆπ‹ ππ„π‘π€π’π€π’πŠπ€π 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀-𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐀𝐍

KUANTAN, 1 Oktober 2026 – Kursus SMO Bil. 6/6 Tahun 2026 bertajuk Aromaterapi / Essential Oil Berasaskan Bunga-Bungaan telah berlangsung dengan jayanya di Makmal Industri Asas Tani (IAT), Pusat Latihan Pertanian (PLP) Inderapura, Kuantan.

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai asas aromaterapi, penggunaan bahan mentah berasaskan bunga-bungaan serta kaedah penghasilan essential oil.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan sesi teori dan amali yang memberi peluang kepada mereka memahami dengan lebih dekat teknik serta proses penghasilan produk aromaterapi berasaskan bunga-bungaan.

Perkongsian ilmu dan tunjuk ajar telah disampaikan oleh Encik Najmi Hafizi Jin Zambri dan Puan Roshanida Hajaratul Laila binti Aini dari Kolej Komuniti Kuantan.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh, seterusnya menyumbang kepada usaha memperkasa pembangunan produk Industri Asas Tani (IAT) yang lebih inovatif, berkualiti dan mempunyai nilai tambah.

Program seumpama ini juga menjadi platform dalam meningkatkan kemahiran serta menggalakkan penghasilan produk berasaskan sumber pertanian yang berpotensi untuk dikembangkan dan dikomersialkan.




πŠπ„ππ€π‹πˆ πŠπ”π“π” 𝐃𝐀𝐔𝐍 (π€ππ‡πˆπƒ) – ππ„π‘πŽπ’π€πŠ πŠπ„π‚πˆπ‹, πŠπ„π’π€π 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑! Kutu daun atau aphid merupakan antara perosak tanaman yang sering...
05/10/2026

πŠπ„ππ€π‹πˆ πŠπ”π“π” 𝐃𝐀𝐔𝐍 (π€ππ‡πˆπƒ) – ππ„π‘πŽπ’π€πŠ πŠπ„π‚πˆπ‹, πŠπ„π’π€π 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑!

Kutu daun atau aphid merupakan antara perosak tanaman yang sering menyerang bahagian pucuk muda, bawah daun dan urat daun. Walaupun saiznya kecil, serangan yang banyak boleh menyebabkan daun kerinting, pucuk terbantut dan pertumbuhan tanaman terganggu.

Kutu daun juga menghasilkan honeydew, iaitu cecair manis dan melekit yang boleh menarik kehadiran semut serta menggalakkan pertumbuhan kulat jelaga hitam (sooty mould). Lebih membimbangkan, sesetengah kutu daun juga boleh menjadi pembawa virus penyakit tanaman.

βœ… Periksa tanaman secara berkala
βœ… Buang bahagian yang diserang teruk
βœ… Sembur air untuk menjatuhkan kutu daun
βœ… Gunakan kaedah kawalan yang sesuai mengikut tahap serangan
βœ… Kawal kehadiran semut
βœ… Jika perlu, gunakan racun perosak berdaftar dan mengikut arahan label

🌿 Kenal pasti awal, kawal segera. Jangan tunggu sehingga populasi perosak meningkat!





02/10/2026
🌷 SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN 🌷 Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepadaYAB DATO’ SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL...
01/10/2026

🌷 SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN 🌷

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada

YAB DATO’ SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
MENTERI BESAR PAHANG

Semoga Allah SWT mengurniakan YAB Dato’ Sri Diraja kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam menerajui Negeri Pahang Darul Makmur ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga
Jabatan Pertanian Negeri Pahang 🌾🌱




πŸ“’  5 HARI LAGI! PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN 2027 AKAN DITUTUP 🌱Jangan lepaskan peluang untuk memohon Projek Pertanian Ta...
25/09/2026

πŸ“’ 5 HARI LAGI! PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN 2027 AKAN DITUTUP 🌱

Jangan lepaskan peluang untuk memohon Projek Pertanian Tahun 2027 di bawah Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

πŸ“… Tarikh tutup permohonan: 30 September 2026

Pemohon yang berminat dan memenuhi syarat digalakkan mengemukakan permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup.

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan borang permohonan.

LinkπŸ‘‡

https://drive.google.com/drive/folders/10m60_3V1XbLnXKKfwwMJRp4McdCWOXIs

☎️ Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah masing-masing atau Jabatan Pertanian Negeri Pahang:

09-573 3133
πŸ“§ [email protected]




πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ„π‚π€π‡π€π πŠπŽπ‹πŽππˆ πŠπ„π‹π”π‹π”π“  π’πŒπŽ π™πŽπ π“πˆπŒπ”π‘ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘π“π€ππˆπ€π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆24 September 2026, Kuantan – Jabatan Perta...
24/09/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ„π‚π€π‡π€π πŠπŽπ‹πŽππˆ πŠπ„π‹π”π‹π”π“ π’πŒπŽ π™πŽπ π“πˆπŒπ”π‘ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘π“π€ππˆπ€π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

24 September 2026, Kuantan – Jabatan Pertanian Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Pemecahan Koloni Kelulut Tahun 2026 bagi SMO Zon Timur bertempat di Pusat Latihan Pertanian Inderapura, Kuantan, Pahang.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Jonathan Chong Ket Zin dan Encik Hisham bin Ahmad daripada Pusat Apiari Nasional, Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam pengurusan serta pemeliharaan koloni kelulut, khususnya berkaitan kaedah pemecahan koloni secara teratur dan berkesan.

Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan dengan aspek-aspek penting dalam teknik pemecahan koloni kelulut, termasuk pengurusan koloni, kaedah pembiakan dan penjagaan koloni bagi memastikan kelulut dapat diternak dalam keadaan yang baik dan produktif.



πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π πŒπ„ππ†π†π”ππ€πŠπ€π π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ π€πˆ (π™πŽπ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇)Nak tingkatkan kemahiran pemasaran produk dengan teknologi AI? Ini...
21/09/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π πŒπ„ππ†π†π”ππ€πŠπ€π π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ π€πˆ (π™πŽπ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇)

Nak tingkatkan kemahiran pemasaran produk dengan teknologi AI? Inilah peluang untuk usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Pahang mempelajari teknik pemasaran yang lebih kreatif, moden dan berkesan dengan memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI)!

Jom sertai kursus yang bakal menampilkan perkongsian pengalaman daripada usahawan berjaya!

🎀 Penceramah / Perkongsian Pengalaman:
πŸ”Ή Kapten Saiful Adli bin Ishak
Founder kepada Nazzqi Food Industries
πŸ”Ή Mohd Anwar bin Mohd Rafi
Usahawan Pekan
πŸ”Ή Suhanim binti Sahbudin
Usahawan Bera

πŸ“… Tarikh: 6 – 7 Oktober 2026 (Selasa – Rabu)
πŸ“ Tempat: Akademi Usahawan Tani (AUT), Kg Awah, Maran
⏰ Tarikh Tutup Permohonan: 2 Oktober 2026

πŸ“² Jangan lepaskan peluang ini! Imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan dan dapatkan ilmu pemasaran menggunakan teknologi AI bagi membantu mengembangkan perniagaan anda.



KURSUS SMO PENGHASILAN ANEKA SOS PERKASA KEMAHIRAN PEGAWAI INDUSTRI ASAS TANI PAHANGKUANTAN, 17 September 2026 – Bahagia...
18/09/2026

KURSUS SMO PENGHASILAN ANEKA SOS PERKASA KEMAHIRAN PEGAWAI INDUSTRI ASAS TANI PAHANG

KUANTAN, 17 September 2026 – Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Pahang melalui Seksyen Pembangunan Dan Teknologi Produk, telah menganjurkan Kursus SMO Bil 5/6: Penghasilan Aneka Sos bertempat di Makmal Pemprosesan, Pusat Latihan Pertanian Inderapura, Kuantan.

Kursus ini dikendalikan oleh Ketua Seksyen Pembangunan Produk, Puan Najah Hanani binti Mohamed Ali, dengan dibantu oleh Pegawai Pembangunan Produk, Encik Mohd Faisal bin Mokhtar. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Industri Asas Tani Daerah (APIAT) dan pegawai berkaitan telah menyertai kursus tersebut.

Kursus penghasilan aneka sos telah disampaikan oleh Encik Noor Azam bin Azmi, Pensyarah Kanan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Peserta didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah penghasilan sos, pemilihan bahan mentah, proses penyediaan dan pemprosesan serta aspek kawalan kualiti dalam menghasilkan produk sos yang berkualiti dan selamat.

Penganjuran kursus ini merupakan salah satu usaha berterusan Bahagian Industri Asas Tani dalam meningkatkan kompetensi dan kemahiran teknikal pegawai, khususnya dalam bidang pembangunan produk makanan. Pengetahuan yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan oleh pegawai dalam melaksanakan khidmat bimbingan, khidmat nasihat serta pemindahan teknologi kepada usahawan Industri Asas Tani di daerah masing-masing.

Kemahiran yang dimiliki oleh pegawai juga amat penting bagi membantu usahawan meningkatkan kualiti produk, menambah nilai hasil pertanian serta meneroka peluang menghasilkan produk makanan yang mempunyai nilai komersial. Secara tidak langsung, usaha ini dapat menyokong perkembangan industri asas tani dan memberikan impak positif kepada komuniti serta meningkatkan potensi ekonomi setempat.

Melalui pelaksanaan kursus seperti ini, Jabatan Pertanian Negeri Pahang terus komited dalam memperkukuh keupayaan pegawai sebagai agen pembangunan yang berperanan membantu usahawan serta komuniti tani ke arah penghasilan produk yang lebih berkualiti, berdaya saing dan mempunyai potensi pasaran.




πŸ₯‘ HARI AVOKADO PAHANG 2026 πŸ₯‘RAUB, 17 September 2026 – Hari Avokado Pahang 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Perka...
17/09/2026

πŸ₯‘ HARI AVOKADO PAHANG 2026 πŸ₯‘

RAUB, 17 September 2026 – Hari Avokado Pahang 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Perkarangan Pejabat Pertanian Daerah Raub, menghimpunkan peserta serta penggiat industri dalam usaha memperluas pengetahuan dan potensi tanaman avokado di Negeri Pahang.

Program ini menjadi platform perkongsian ilmu yang merangkumi teknologi pembangunan asas dan kaedah penanaman avokado, demonstrasi cantuman, perkongsian mengenai perkembangan industri avokado serta kisah kejayaan pengusaha ladang avokado organik. Peserta turut didedahkan kepada potensi nilai tambah melalui variasi resipi berasaskan avokado dan demonstrasi penyediaan jus avokado.

Lebih bermakna, program ini telah dirasmikan oleh Puan Sumarni binti Matnur, Wakil Pengarah Pertanian Negeri Pahang merangkap Kuasausaha Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Pahang.

Penganjuran Hari Avokado Pahang 2026 diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kepada petani dan usahawan untuk meneroka avokado sebagai tanaman yang berpotensi dikembangkan, di samping menggalakkan perkongsian teknologi, pengalaman dan jaringan kerjasama dalam industri pertanian.

πŸ₯‘ Daripada anak pokok yang ditanam hari ini, lahir peluang dan inspirasi untuk pertanian masa hadapan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua penceramah, pengusaha, urus setia serta peserta yang telah bersama-sama menjayakan Hari Avokado Pahang 2026.

Avokado: Peluang Masa Depan Pertanian Kita! 🌱πŸ₯‘




Address

Pahang Tua

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095733133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pertanian Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pertanian Negeri Pahang:

Shortcuts

Share