IMITS Paka

Call Directions Contact the organization

IMITS Paka Kini segala maklumat berkaitan Negeri Terengganu dan Dun Paka akan disalurkan kepada anda. Jangan ket

06/10/2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas buat seluruh kontinjen Malaysia mengharumkan nama negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Dengan 9 pingat emas, 7 perak dan 16 gangsa, keseluruhannya 32 pingat, pencapaian ini memperlihatkan keupayaan atlet negara untuk terus bersaing dan mencipta kejayaan di pentas Asia. Lebih membanggakan, kutipan 9 emas ini menyamai pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penyertaan di Sukan Asia yang turut dicatat pada edisi Guangzhou 2010.

Tahniah buat anak-anak Terengganu yang memperoleh pingat di pentas Sukan Asia ini :
1. Dato’ Mohd Azizulhasni Awang, emas dalam acara keirin lelaki dan gangsa dalam acara pecut lelaki.
2. Muhammad Zulkifli bin Abd Razak, emas dalam acara sepak takraw berpasukan regu lelaki dan perak dalam acara regu lelaki.
3. Faizal Saari, Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Mohd Fitri bin Saari, Muhammad Hafizuddin bin Othman, Nik Muhammad Aiman bin Nik Rozemi, Zaimi bin Mad Deris dan Che Nur Aqil Rullah, perak bersama pasukan hoki lelaki negara.
4. Muhammad Haqqullah bin Ahmad Shahrul, gangsa dalam acara e-sukan Mobile Legends: Bang Bang.
5. Muhammad Adam Aierell bin Mohd Azizol dan Nor Izniey Humaira binti Mohd Azri, gangsa dalam sukan pelayaran.

Penghargaan juga kepada seluruh atlet anak Terengganu yang mewakili Malaysia. Terpilih menyarung jersi negara merupakan satu penghormatan besar. Usaha, disiplin dan semangat juang anda semua tetap menjadi kebanggaan kita.

Terima kasih kepada seluruh atlet, jurulatih dan pasukan sokongan yang telah memberikan yang terbaik demi Jalur Gemilang. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi untuk kita melangkah lebih jauh dan mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.

06/10/2026

3 BULAN BINA KEMAHIRAN, BUKA PELUANG KERJAYA!

Anak Terengganu yang berminat dalam bidang teknikal, jangan lepaskan peluang ini! Pengambilan Latihan Kemahiran Pra-Pekerjaan dan Penempatan Kerjaya kini dibuka bagi tiga bidang:

✅ Mechanical Fitter
✅ Gas Pipe Fitter
✅ Scaffolding Er****on (Level 1)

Tempoh latihan 3 bulan, dengan tawaran biasiswa 50% Yayasan Terengganu, elaun sara hidup, pakaian dan kasut latihan serta makan, minum dan penginapan disediakan.

Terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18–40 tahun, sihat tubuh badan serta rakyat Terengganu yang menetap di negeri ini.

📅 6 Oktober 2026 (Selasa)
🕙 10.00 pagi
📍 Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang

📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

Kongsikan dengan anak-anak, ahli keluarga dan sahabat yang sedang mencari peluang membina kerjaya.

Mana tahu, perkongsian kita menjadi pembuka jalan rezeki mereka!

Sungai Nerus dilihat berpotensi menjadi lokasi penganjuran Festival Perahu Panjang Tradisional peringkat nasional dengan...
06/10/2026

Sungai Nerus dilihat berpotensi menjadi lokasi penganjuran Festival Perahu Panjang Tradisional peringkat nasional dengan penyertaan pasukan dari seluruh negara.

Sungai Nerus dilihat berpotensi menjadi lokasi penganjuran Festival Perahu Panjang Tradisional peringkat nasional dengan penyertaan pasukan dari seluruh negara.

Baca berita penuh 👇

Terengganu menyasarkan 2027 sebagai Tahun Usahawan Digital Terengganu menerusi pelaksanaan siri Jelajah Usahawan ‘Go Dig...
06/10/2026

Terengganu menyasarkan 2027 sebagai Tahun Usahawan Digital Terengganu menerusi pelaksanaan siri Jelajah Usahawan ‘Go Digital’ ke setiap daerah bermula tahun hadapan.

Terengganu menyasarkan 2027 sebagai Tahun Usahawan Digital Terengganu menerusi pelaksanaan siri Jelajah Usahawan ‘Go Digital’ ke setiap daerah bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato' Ariffin Deraman berkata, inisiatif menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) itu bertujuan memastikan usahawan negeri berkenaan tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi.

Baca berita selanjutnya 👇

06/10/2026
05/10/2026

Kerajaan Terengganu mendengar penjelasan rasmi daripada pengurusan CJ Bio Malaysia Sdn Bhd berhubung dakwaan penutupan operasi kilang bioteknologi itu di Taman Biopolimer Kerteh, Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pihaknya bertemu pihak syarikat itu hari ini bagi mendapatkan maklumat rasmi termasuk mengenai tarikh penutupan operasi.

Baca artikel di bawah 👇

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melonjak ke kelompok 801–1000 universiti terbaik dunia dalam Times Higher Educa...
05/10/2026

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melonjak ke kelompok 801–1000 universiti terbaik dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings (WUR) 2027 berbanding kelompok 1001–1200 pada tahun sebelumnya.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melonjak ke kelompok 801–1000 universiti terbaik dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings (WUR) 2027 berbanding kelompok 1001–1200 pada tahun sebelumnya.

Peningkatan itu menjadi pencapaian penting UniSZA apabila universiti berkenaan buat pertama kali berada dalam kelompok 1,000 terbaik dunia, sekali gus memperlihatkan perkembangan positif dalam prestasi institusi di peringkat antarabangsa.

https://www.trdi.my/unisza-tembus-1000-terbaik-dunia

04/10/2026

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu mengeluarkan tujuh kompaun terhadap individu yang melakukan pembakaran terbuka di seluruh negeri dengan jumlah denda RM10,800 sepanjang Januari hingga September 2026.

Baca berita penuh 👇

01/10/2026
01/10/2026

Address

PT 20459 KAMPUNG TEBING TEMBAH
Paka
23100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098277707

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMITS Paka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IMITS Paka:

Shortcuts

Share