Majlis Daerah Papar

Directions Website

Majlis Daerah Papar Majlis Daerah Papar. Peti Surat 177 89608 Papar, Sabah.

Menimba inspirasi demi kelestarian daerah. Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar, Tuan Nor Isham bin Narawi, bersama bar...
18/10/2026

Menimba inspirasi demi kelestarian daerah. Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar, Tuan Nor Isham bin Narawi, bersama barisan kakitangan hadir sebagai tetamu jemputan dalam majlis berprestij Sabah Landscape Architecture Awards (SLAA) yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) ,Kota Kinabalu pada 16 Oktober 2026 .

Kehadiran ini menjadi platform penting bagi warga kerja MDP untuk menyaksikan penanda aras baharu serta mengumpul idea seni bina landskap inovatif yang boleh diadaptasikan dalam agenda menghijaukan daerah Papar pada masa hadapan.

"Bersama Berkhidmat"
"Sampah Kita, Tanggungjawab Kita".
"Bersama Membina Masa Depan Lestari"

#๐’๐š๐›๐š๐ก๐Œ๐š๐ฃ๐ฎ๐‰๐š๐ฒ๐š

Salam sejahtera dan salam hormat kepada para pelanggan yang dihargai,Bagi memastikan segala urusan, pertanyaan, dan makl...
15/10/2026

Salam sejahtera dan salam hormat kepada para pelanggan yang dihargai,

Bagi memastikan segala urusan, pertanyaan, dan maklum balas anda dapat disampaikan tanpa sebarang gangguan, Majlis Daerah Papar kini menyediakan senarai nombor telefon alternatif untuk dihubungi.๐Ÿ˜Š

Sebarang kesulitan amat kami kesali. Sila Like dan Share kiriman ini untuk manfaat bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain! Terima kasih.

Sila simpan (save) senarai nombor berikut untuk rujukan perhubungan terus:

"Bersama Berkhidmat"
"Sampah Kita, Tanggungjawab Kita".
"Bersama Membina Masa Depan Lestari"

HEBAHANMakluman kepada Pemohon Pasar Malam Sedcovest Papar SILA RUJUK POSTER YANG DISERTAKAN Segala perhatian dan kerjas...
14/10/2026

HEBAHAN

Makluman kepada Pemohon Pasar Malam Sedcovest Papar

SILA RUJUK POSTER YANG DISERTAKAN

Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

05/10/2026
Assalamualaikum dan selamat pagi ๐ŸŒฟPerkongsian pagi ini, warga kerja Majlis meneruskan kerja-kerja pembersihan di lokasi ...
04/10/2026

Assalamualaikum dan selamat pagi ๐ŸŒฟ

Perkongsian pagi ini, warga kerja Majlis meneruskan kerja-kerja pembersihan di lokasi yang dikenal pasti kelmarin. Sedikit demi sedikit kita kemaskan, supaya kawasan ini lebih bersih dan selesa untuk semua.

Sama-sama kita jaga kebersihan. Yang bersih kita kekalkan, yang kurang bisai kita sama-sama perbaiki. ๐Ÿค

Bersama Berkhidmat
"Sampah Kita, Tanggungjawab Kita".
"Bersama Membina Masa Depan Lestari"

#๐’๐š๐›๐š๐ก๐Œ๐š๐ฃ๐ฎ๐‰๐š๐ฒ๐š

Majlis Daerah Papar memandang serius isu pembuangan sampah berhampiran Dewan Kinarut. Pemantauan mendapati lokasi terseb...
03/10/2026

Majlis Daerah Papar memandang serius isu pembuangan sampah berhampiran Dewan Kinarut. Pemantauan mendapati lokasi tersebut turut menerima sampah dari kawasan sekitar, termasuk kawasan di luar laluan kutipan biasa Majlis. Kerja pembersihan dan pemantauan terus dilaksanakan bagi memastikan kawasan berkenaan terkawal.

Sebagai langkah penyelesaian, Bin Center akan dibina pada tahun ini di lokasi yang bersesuaian bagi memudahkan pengurusan dan pembuangan sampah. Kebersihan merupakan tanggungjawab bersama; masyarakat diminta menggunakan kemudahan yang disediakan dan tidak membuang sampah sesuka hati.

*"Bersama Berkhidmat"*
*"Sampah Kita, Tanggungjawab Kita"*
*"Bersama Membina Masa Depan Lestari"*

WALKABOUT DI TAMAN DAN KAMPUNG SUANGON, KINARUTYB Tuan Shah Alfie Yahya bersama Tuan Nor Isham bin Narawi , Pegawai Ekse...
02/10/2026

WALKABOUT DI TAMAN DAN KAMPUNG SUANGON, KINARUT

YB Tuan Shah Alfie Yahya bersama Tuan Nor Isham bin Narawi , Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar serta kakitangan UPPM N.24 Tanjung Keramat telah mengadakan walkabout di sekitar Taman dan Kampung Suangon, Kinarut.

Program ini bertujuan untuk turun padang dan melihat secara langsung keadaan serta keperluan masyarakat setempat, di samping memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti.

Semoga usaha turun padang seperti ini dapat terus dilaksanakan demi kesejahteraan dan kepentingan masyarakat setempat.

Tarikh: 01 Oktober 2026
Tempat berkumpul : Taman Sungai Wang

"Sampah Kita, Tanggungjawab Kita"
"Bersama Membina Masa Depan Lestari"

Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan,Kos Sara Hidup dan Pertanian Dewan Rakyat ,Par...
30/09/2026

Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan,Kos Sara Hidup dan Pertanian Dewan Rakyat ,Parlimen Kelima Belas ke Sabah pada 26 hingga 30 September 2026

28/09/2026
*TAWARAN PERMOHONAN TAPAK PASAR MALAM SEDCOVEST, PEKAN PAPAR*Majlis Daerah Papar dengan ini membuka **Tawaran Permohonan...
28/09/2026

*TAWARAN PERMOHONAN TAPAK PASAR MALAM SEDCOVEST, PEKAN PAPAR*

Majlis Daerah Papar dengan ini membuka **Tawaran Permohonan Tapak Pasar Malam SEDCOVEST, Pekan Papar** kepada individu yang berminat untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

**Butiran Tawaran:**

๐Ÿ“ Lokasi:Tapak SEDCOVEST, Pekan Papar
๐Ÿ“… Hari:Isnin hingga Ahad
๐Ÿ•’ *Masa:* 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam
๐Ÿ“Œ Tarikh Permohonan dibuka :12 Oktober 2026

Permohonan hendaklah dibuat mengikut syarat dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Papar.

Orang ramai yang berminat adalah dipelawa untuk mengambil peluang ini dan borang permohonan boleh didapatkan di kaunter Majlis Daerah Papar

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 016-734 0094

MAJLIS DAERAH PAPAR
"Bersama Berkhidmat"

"Sampah Kita, Tanggungjawab Kita".
"Bersama Membina Masa Depan Lestari"

Address

Peti Surat 177
Papar
89608

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share