15/10/2026
🤝 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐁𝐒𝐌𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐑𝐔𝐓
📆 15 Oktober 2026
📌 Klinik Kesihatan Kinarut, Papar
𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 (𝐏𝐊𝐃) 𝐏𝐚𝐩𝐚𝐫 merakamkan penghargaan kepada rombongan 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐢𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐁𝐒𝐌𝐌) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 yang diketuai oleh 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐃𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐊𝐰𝐨𝐧𝐠 𝐒𝐡𝐮𝐤 𝐖𝐚𝐡 @ 𝐉𝐞𝐧𝐧𝐲, dan disambut mesra oleh 𝐃𝐫. 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐬𝐲𝐫𝐚𝐟 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐢𝐦, 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐩𝐚𝐫 dan pasukan, pada 15 Oktober 2026 di Klinik Kesihatan Kinarut. Pertemuan ini turut disertai oleh 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐒𝐌𝐌 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐫𝐮𝐭.
Perbincangan memfokuskan cadangan penganjuran 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟒 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔, anjuran BSMM dengan kerjasama PKD Papar.
Antara aktiviti yang dicadangkan ialah pendidikan kesihatan berkaitan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, saringan kesihatan, saringan kanser wanita, vaksinasi influenza untuk warga emas serta vaksinasi bagi kanak-kanak yang tercicir imunisasi. Pameran pemakanan sihat, pencegahan denggi dan tibi serta pelbagai aktiviti lain turut dirancang bagi meningkatkan pengetahuan dan memperluas akses komuniti kepada perkhidmatan pencegahan.
Pertemuan ini turut membuka ruang kerjasama bagi cadangan pelaksanaan survelan berasaskan komuniti (Community-Based Surveillance, CBS) serta latihan penjagaan bayi dan ibu mengandung. Usaha ini diharap dapat memperkukuh pengesanan awal masalah kesihatan dan membina kemahiran penjagaan dalam kalangan penduduk.
𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐒𝐌𝐌 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧𝐚𝐧, 𝐤𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧. Kehadiran sukarelawan yang dekat dengan masyarakat menjadi penghubung penting untuk memahami keperluan penduduk dan menjayakan usaha kesihatan bersama.
Komuniti yang sihat dibina melalui ilmu, keprihatinan dan tindakan bersama. Semoga kerjasama ini terus berkembang demi kesejahteraan komuniti di Daerah Papar. ❤️