11/09/2026
🇲🇾 MA63 KINI AGENDA SELURUH MALAYSIA
Mesyuarat MTPMA63 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu hari ini sekali lagi memperlihatkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menyelesaikan perkara-perkara penting melibatkan Sabah dan Sarawak.
Empat perkara utama diberi perhatian:
1. Pemberian Khas Perkara 112
2. Keselamatan sempadan
3. Penambahan perjawatan dan Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan
4. Penambahan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak.
Bagi Pemberian Khas Sabah, jumlah interim telah ditingkatkan kepada RM1.5 bilion setahun. Daripada jumlah tersebut, baki RM900 juta akan disalurkan pada tahun ini juga, melengkapkan pembayaran RM1.5 bilion kepada Sabah.
Pada masa yang sama, Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira nisbah perwakilan dalam keseluruhan Dewan Rakyat. Ini langkah penting untuk memperkukuh suara kedua-dua wilayah dalam proses membuat keputusan negara.
YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud p**a akan bekerjasama dengan BBC Parlimen Malaysia untuk mengusahakan Friends of BHESS, bagi memperluaskan kefahaman serta membina sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen dan Senator seluruh negara. Untuk menjayakan agenda besar ini, Sabah dan Sarawak memerlukan dukungan wakil rakyat dari seluruh Malaysia.
Inilah maksud sebenar apabila PMX menegaskan bahawa MA63 mesti menjadi naratif nasional — hak Sabah dan Sarawak bukan sekadar perkara yang dibicarakan di Borneo, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab bersama untuk memperkukuh Persekutuan Malaysia.
Dan perjalanan ini belum selesai.
🇲🇾 Insya-Allah, kita nantikan p**a berita baik daripada PMX pada 16 September ini sempena Sambutan Hari Malaysia di Kuching, Sarawak.
Sabah maju, Sarawak makmur, Malaysia sejahtera bersama.