Pejabat Pendidikan Daerah Papar

Call Directions Contact the organization

Pejabat Pendidikan Daerah Papar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pendidikan Daerah Papar, Government Organization, Papar.

23/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT PPD PAPAR KEPADA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAHKOTA KINABALU, 10 September 2026 – Pejabat Pendidikan ...
10/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT PPD PAPAR KEPADA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH
KOTA KINABALU, 10 September 2026 – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Tuan Haji Abidin bin Marjan.

Pertemuan yang berlangsung di Wisma Pendidikan Negeri Sabah ini merupakan satu inisiatif penting bagi memperkukuhkan sinergi antara pihak PPD Papar dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah. Rombongan rasmi ini telah diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Encik Bakri bin Sudin, dan turut disertai oleh barisan Pengurusan Tertinggi PPD Papar.

Antara intipati utama pertemuan ini termasuklah:

Membincangkan hala tuju dan perancangan strategik pendidikan bagi daerah Papar.

Perkongsian perkembangan terkini dan pencapaian sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD Papar.

Merapatkan ukhuwah dan hubungan profesionalisme antara pengurusan PPD dan pucuk pimpinan JPN Sabah.

Pihak PPD Papar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan ini serta atas amanat dan panduan yang telah dikongsikan.

Semoga jalinan kerjasama yang erat ini akan terus memacu kecemerlangan pendidikan di daerah Papar khususnya, dan negeri Sabah amnya.

10/09/2026
Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana Tahun 2026 telah...
05/08/2026

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mawar, Aras 3, Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Bakri bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berdedikasi dalam memartabatkan dunia pendidikan.

05/08/2026

📍 MAJLIS PECAH TANAH PROJEK NAIK TARAF JALAN LOK KAWI DARI BULATAN SABINDO KE SMK KINARUT, PAPAR

Pejabat Pendidikan Daerah Papar mengalu-alukan pelaksanaan Projek Naik Taraf Jalan Lok Kawi dari Bulatan Sabindo ke SMK Kinarut, Papar yang bernilai RM70.6 juta sebagai satu inisiatif strategik yang bakal membawa impak besar kepada sektor pendidikan di daerah ini.

Projek menaik taraf jalan kepada empat lorong, lengkap dengan pembinaan jejantas pejalan kaki, laluan berbumbung ke sekolah, hentian bas dan kemudahan keselamatan lain akan mewujudkan persekitaran perjalanan yang lebih selamat, selesa dan kondusif kepada murid, guru serta warga sekolah.

Selain mengurangkan kesesakan lalu lintas, projek ini dijangka:
🎓 Meningkatkan keselamatan murid ketika hadir dan pulang dari sekolah.
🚌 Memudahkan akses pengangkutan ke institusi pendidikan.
⏱️ Mengurangkan masa perjalanan warga sekolah.
🤝 Mengukuhkan hubungan antara komuniti, sekolah dan agensi kerajaan.
📚 Menyokong ekosistem pendidikan yang lebih berkualiti seiring pembangunan daerah Papar.

Sesungguhnya, pembangunan infrastruktur yang baik merupakan pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan. Apabila akses ke sekolah menjadi lebih selamat dan efisien, proses pembelajaran dapat berlangsung dengan lebih lancar demi melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berdaya tahan.

Pejabat Pendidikan Daerah Papar merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah serta semua agensi yang terlibat dalam merealisasikan projek berimpak tinggi ini demi kesejahteraan rakyat dan masa depan pendidikan di daerah Papar.

“Infrastruktur Berkualiti, Pendidikan Berkualiti, Masa Depan Terjamin.”

Address

Papar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088913575

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Papar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Papar:

Shortcuts

Share