17/09/2026
BICARA SANTAI INOVASI – 1 KAKITANGAN 1 IDEA CETUS BUDAYA INOVASI WARGA MDK
BAGAN SERAI, 11 September 2026 – Majlis Daerah Kerian (MDK) telah menganjurkan Program Bicara Santai Inovasi – 1 Kakitangan 1 Idea bertempat di Dewan Komuniti Bagan Serai, yang disertai seramai 36 orang kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Bahagian Landskap.
Program ini dilaksanakan sebagai platform untuk memupuk budaya inovasi dan pemikiran kreatif dalam organisasi, di samping mencetuskan idea-idea baharu serta mengenal pasti idea yang berpotensi untuk dikembangkan sebagai projek inovasi MDK.
Pengisian program memberi penekanan kepada kepentingan inovasi dan percambahan idea dalam suasana yang santai, interaktif dan terbuka. Sesi tersebut dikendalikan oleh PBK II Encik Mohd Suhairi bin Jumuri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kamunting, Perak.
Bagi menggalakkan penglibatan aktif peserta, mereka dibahagikan kepada beberapa kump**an untuk menjalankan sesi percambahan idea. Setiap kump**an digalakkan mengemukakan sekurang-kurangnya satu idea berdasarkan isu, permasalahan atau keperluan sebenar yang dikenal pasti dalam persekitaran kerja masing-masing.
Pendekatan ini memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan cadangan penambahbaikan yang boleh diaplikasikan bagi meningkatkan kecekapan proses kerja serta kualiti penyampaian perkhidmatan MDK.
Program diakhiri dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Cik Rose Aniza binti Sadri, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kerian.