PAS Parit Buntar

Directions

PAS Parit Buntar PAS Parit Buntar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Parit Buntar

06/10/2026
06/10/2026

Alhamdulillah, soalan lisan saya yang ke 7 keluar hari ini untuk dijawab oleh Menteri.

06 Oktober 2026 | 24 Rabiulakhir 1448H🌿 HADIS HARI INI 🌿“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta ka...
06/10/2026

06 Oktober 2026 | 24 Rabiulakhir 1448H

🌿 HADIS HARI INI 🌿

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian.”
— Hadis Riwayat Muslim

Kadang-kadang kita terlalu sibuk melihat apa yang ada pada seseorang, sedangkan yang paling utama di sisi Allah ialah hati yang ikhlas dan amal yang dilakukan.

✨ Perbaikilah hati.
✨ Ikhlaskan setiap amal.
✨ Jangan menilai seseorang hanya pada rupa dan harta.
✨ Teruslah berbuat baik walaupun tidak dipandang manusia, kerana Allah sentiasa melihat.

Semoga setiap amal kecil kita diterima dan menjadi bekalan menuju akhirat. 🤲🏻




05/10/2026
05 Oktober 2026 | 23 Rabiulakhir 1448HJOM DAFTAR AHLI PAS KAWASAN PARIT BUNTAR Ayuh bersama menggerakkan perjuangan Isla...
05/10/2026

05 Oktober 2026 | 23 Rabiulakhir 1448H

JOM DAFTAR AHLI PAS KAWASAN PARIT BUNTAR

Ayuh bersama menggerakkan perjuangan Islam dan memperkasa kebajikan ummah!

Menjadi ahli PAS kini mudah dan pantas. Hanya perlu:

1. Snap Kad Pengenalan
2. Berikan Nombor Telefon
3. Yuran RM10 (sekali dengan kad ahli)
Yuran tahunan hanya RM5 sahaja

Jom sertai perjuangan bersama PAS.

Bersama kita tegakkan Islam, memperkukuh ukhuwah dan terus berkhidmat untuk ummah.

📞 HUBUNGI KAMI:

014-300 6848 | SHAIFUL
017-462 4148 | FIRDAUS




05 Oktober 2026 | 23 Rabiulakhir 1448HAl Quran Dan Hadis Sebagai Panduan Hidup
05/10/2026

05 Oktober 2026 | 23 Rabiulakhir 1448H

Al Quran Dan Hadis Sebagai Panduan Hidup




02/10/2026
01 Oktober 2026 | 19 Rabiulakhir 1448HTAHNIAH SAUDARA MUHAMAD ASRI BIN DAHALI!Saudara Muhamad Asri bin Dahali dari Ombak...
01/10/2026

01 Oktober 2026 | 19 Rabiulakhir 1448H

TAHNIAH SAUDARA MUHAMAD ASRI BIN DAHALI!

Saudara Muhamad Asri bin Dahali dari Ombak Damai Trading, yang menetap di Sungai Baharu, Kuala Kurau, telah dinobatkan sebagai Ikon myAgropreneur Perikanan (myAP) Peringkat Negeri Perak dalam Majlis Anugerah myAP & myKP Kebangsaan 2026 di Ixora Hotel, Pulau Pinang.

Kejayaan anak tempatan Sungai Baharu, Kuala Kurau ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat komuniti setempat dan daerah Kerian.

Marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada usahawan tempatan dan terus mengangkat produk serta hasil anak-anak tempatan agar lebih dikenali dan berkembang.

Semoga kejayaan Saudara Asri menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan muda dalam bidang perikanan dan membuka lebih banyak peluang untuk komuniti setempat.

Tahniah Saudara Asri! Bangga dengan anak Kuala Kurau!




30/09/2026
28/09/2026

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

26 SEPTEMBER 2026 | 13 RABIUL AKHIR 1448H

PELAJAR MAUT DI ASRAMA: MANA PERGI DASAR KESELAMATAN DAN ANTIBULI KPM?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar SMK Za’ba, Kuala Pilah yang meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah. DPPM turut menyeru semua pihak memberikan ruang kepada PDRM menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi menentukan punca sebenar kejadian.

Namun, tragedi ini menuntut penjelasan serius daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mana pergi segala dasar, garis panduan dan kempen keselamatan serta antibuli yang diumumkan sebelum ini?

KPM sebelum ini telah memperkenalkan Polisi Perlindungan Murid Sekolah dan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat, selain pelbagai mekanisme pencegahan serta pelaporan kes buli. Persoalannya, adakah semua ini benar-benar dilaksanakan di sekolah dan asrama, atau sekadar baik di atas kertas?

Jika sistem pemantauan benar-benar berfungsi, sejauh mana warden dan pihak sekolah mampu mengesan risiko lebih awal? Adakah saluran aduan benar-benar selamat dan diyakini murid? Siapa yang memastikan setiap sekolah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan?

DPPM menggesa Menteri Pendidikan tampil menjelaskan tahap sebenar pelaksanaan dan pemantauan dasar tersebut di sekolah berasrama seluruh negara. Jangan sekadar mengumumkan dasar selepas sesuatu tragedi, kemudian menunggu tragedi seterusnya untuk kembali bercakap mengenai keselamatan murid.

Pada masa sama, siasatan kes ini mesti dilakukan secara telus dan menyeluruh tanpa mendahului dapatan pihak berkuasa. Sekiranya ditemukan unsur jenayah, kecuaian atau kegagalan mematuhi prosedur keselamatan, tindakan tegas mesti diambil tanpa kompromi.

Sekolah dan asrama mesti menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Dasar antibuli tidak boleh sekadar menjadi slogan. Jangan tunggu satu lagi nyawa terkorban sebelum kelemahan sistem diperbetulkan.

“Memimpin Penyatuan”

YB Afnan Hamimi Bin Dato’ Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Alor Setar

Address

Parit Buntar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share