26/09/2026
PROGRAM JELAJAH AIM TECHNICAL VOCATIONAL EDUCATION TRAINER (TVET) BERSAMA CIKGU DIN TAHUN 2026
PARIT, 26 SEPTEMBER 2026 – Program Jelajah AIM Technical Vocational Education Trainer (TVET) Bersama Cikgu Din Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Ngah Sagor, Parit, Perak, yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah dihadiri oleh YB Dato’ Khairudin bin Hj Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, serta barisan kepimpinan dan ketua-ketua jabatan kerajaan di Daerah Perak Tengah.
Turut hadir ialah Tuan Mohd Zaki bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah; YDH Supt. Hafezul Helmi bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah; YB Puan TS Nursiyenti binti Othman, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak; YB Tuan Eldrin NG, Pengarah Pusat Anak Aspirasi Perak; YB En. Zulkafli Bin Mohamed Moktar, Pengarah Jabatan Pendidikan Perak; YB En.Asnoul Bin Abdul Halim, Wakil Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC); Puan Siti Sarah Syazwani Binti Saari, Pegawai Khas MB Perak Kawasan Bota; Encik Azlan Bin Osman Pegawai PPD Perak Tengah; ASP Ahmad Nashrul bin Abd Rashid, KCKD; SM Noreffendy bin Mohd Noor, Ketua Polis Balai Parit, serta penghulu mukim dan ketua-ketua kampung sekitar Parit.
Program ini memberi penekanan kepada kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompeten serta memenuhi keperluan industri semasa. Selain itu, TVET turut membuka peluang kepada golongan muda untuk memperoleh kemahiran, meningkatkan kebolehpasaran, menceburi bidang keusahawanan serta memperkukuh pembangunan modal insan tempatan.
Antara pengisian program adalah sesi dialog, cabutan bertuah serta penyampaian hadiah kepada para pemenang sebelum program berakhir.
Seramai kira-kira 2,500 orang pengunjung telah hadir memeriahkan program tersebut.
Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran program, anggota Balai Polis Parit, Balai Polis Seri Iskandar dan Balai Polis Bota serta bantuan anggota Trafik dari IPD Perak Tengah telah melaksanakan tugasan kawalan keselamatan serta pemantauan sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhannya, program telah berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Pihak Balai Polis Parit sentiasa komited dalam memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam berada pada tahap terbaik, di samping terus menjalin kerjasama erat bersama agensi kerajaan serta komuniti setempat.
“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”