Balai Polis Taman Scientex

Directions Website Contact the organization

Balai Polis Taman Scientex ๐“Ÿ๐“ธ๐“ต๐“ฒ๐“ผ ๐“ญ๐“ช๐“ท ๐“œ๐“ช๐“ผ๐”‚๐“ช๐“ป๐“ช๐“ด๐“ช๐“ฝ ๐“‘๐“ฎ๐“ป๐“น๐“ฒ๐“ผ๐“ช๐“ฑ ๐“ฃ๐“ฒ๐“ช๐“ญ๐“ช Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia, Balai Polis Taman Scientex, 81700, Pasir Gudang, Johor.

l Hotline:07-3871422 l Telefon:07-3864222 l Faks:07-3861522

PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi PDRM mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah yang efektif, maka pihak admin berhak memadam sebarang komen yang tidak sesuai. Panduan memberi komen di facebook rasmi PDRM adalah seperti berikut:

Komen Yang Boleh Diterima
โ— Komen secara umum, komen yang membina dan cadangan yang bernas. Komen Yang Tidak Diterima
โ— Komen yang menyentuh isu perkauman, dasar ataupun corak penugasan operasi polis, menimbulkan kebencian, fitnah, ancaman, lucah, keganasan, komen yang menggunakan bahasa yang kasar dan berunsur "personal attack".
โ— iklan
โ— maklumat peribadi tentang orang lain
โ— bahan hak cipta milik orang lain
โ— link ke laman web yang tidak sesuai
โ— spam

Maklumat Jenayah
โ—Semua maklumat jenayah perlu disalurkan ke alamat e-mel: [email protected] .Tindakan ini adalah penting demi keselamatan diri pemberi maklumat dan menjamin keselamatan maklumat itu sendiri.

16/10/2026
25/09/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September 2026 Ketua Polis Balai Taman Scientex bersama seluruh warga kerja Bala...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September 2026

Ketua Polis Balai Taman Scientex bersama seluruh warga kerja Balai Polis Taman Scientex ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh warga Malaysia. Semoga sambutan hari Malaysia ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme,perpaduan dan cinta kita kepada tanah air Malaysia ini.

โ€œ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ, ๐‰๐ข๐ฐ๐š ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š, ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š.โ€

๐Ÿš” ๐—ฅ๐—ข๐—ก๐——๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—ง/๐—ฆ๐—ฅ๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—–๐—œ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ซ ๐Ÿš”Balai Polis Scientex bersama KRT/SRS Jalan ...
16/08/2026

๐Ÿš” ๐—ฅ๐—ข๐—ก๐——๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—ง/๐—ฆ๐—ฅ๐—ฆ ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—–๐—œ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ซ ๐Ÿš”

Balai Polis Scientex bersama KRT/SRS Jalan Zamrud 1 & 2, Taman Cahaya Masai telah menjalankan rondaan bermotosikal di sekitar kawasan perumahan pada awal pagi tadi.

Program ini merupakan usaha berterusan dalam meningkatkan kehadiran polis, mencegah kejadian jenayah serta mengeratkan hubungan dan kerjasama bersama komuniti setempat.

Sepanjang rondaan dijalankan, keadaan kawasan didapati ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ญ, tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Terima kasih kepada KRT/SRS dan penduduk setempat atas kerjasama yang diberikan.

๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿš”๐Ÿค

๐Ÿš” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  โ€˜๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—ง๐—ข ๐—จ๐—ฆโ€™ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—–๐—œ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ซ, ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— Scientex, 14 Ogos 2026 โ€“ Balai Polis Scientex telah melaksanak...
14/08/2026

๐Ÿš” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  โ€˜๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—ง๐—ข ๐—จ๐—ฆโ€™ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—–๐—œ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ซ, ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— 

Scientex, 14 Ogos 2026 โ€“ Balai Polis Scientex telah melaksanakan Program โ€˜Talk To Usโ€™ di Lotus Eco Tropics, Kota Masai, Pasir Gudang dengan berinteraksi bersama para pekerja dan pelanggan yang hadir ke premis berkenaan.

Program ini memberi penerangan berkaitan ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต, ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ serta langkah-langkah keselamatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat.

Turut diperkenalkan ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” (๐˜ผ๐™ข๐™–๐™ฃ ๐™’๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ช ๐™‹๐™š๐™–๐™˜๐™š ๐™‡๐™–๐™™๐™ฎ) kepada orang awam sebagai inisiatif PDRM dalam mendekati komuniti, khususnya golongan wanita dan suri rumah, bagi menggalakkan penyaluran maklumat berkaitan keselamatan serta membantu dalam usaha pencegahan jenayah.

Selain itu, penerangan mengenai ๐—ฎ๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฉ๐—ผ๐—น๐˜‚๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฝ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—น (๐—ฉ๐—ฆ๐—ฃ) turut disampaikan serta membantu orang awam membuat pendaftaran VSP.

Program ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mendekati masyarakat dan memperkukuhkan kerjasama antara polis dan komuniti demi mewujudkan persekitaran yang aman dan selamat.

โ€œ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  โ€˜๐— ๐—˜๐—˜๐—ง ๐—”๐—ก๐—— ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—˜๐—งโ€™ ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฑ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—–๐—œ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ซ ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— Scientex, 14 Ogos 2026 โ€“ Anggota Sektor 5, B...
14/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  โ€˜๐— ๐—˜๐—˜๐—ง ๐—”๐—ก๐—— ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—˜๐—งโ€™ ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฑ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—–๐—œ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ซ ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— 

Scientex, 14 Ogos 2026 โ€“ Anggota Sektor 5, Balai Polis Scientex telah melaksanakan Program โ€˜Meet and Greetโ€™ bersama masyarakat setempat serta mengadakan lawatan ke premis perniagaan di bawah pentadbiran balai.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat di samping meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan diri serta langkah-langkah pencegahan jenayah.

Dalam program tersebut, anggota turut memberi penerangan berkaitan tips keselamatan, taktik jenayah terkini serta menggalakkan masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis.

Risalah tips pencegahan jenayah dan penerangan berkaitan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) turut diedarkan kepada masyarakat.

Program ini merupakan salah satu usaha Community Policing dalam memperkukuhkan kerjasama antara polis dan masyarakat bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan sejahtera.

โ€œ๐’ซ๐‘œ๐“๐’พ๐“ˆ ๐’Ÿ๐’ถ๐“ƒ ๐‘€๐’ถ๐“ˆ๐“Ž๐’ถ๐“‡๐’ถ๐“€๐’ถ๐“‰ ๐ต๐‘’๐“‡๐“…๐’พ๐“ˆ๐’ถ๐’ฝ ๐’ฏ๐’พ๐’ถ๐’น๐’ถโ€



LAWATAN DAN PEMERIKSAAN PTKPN A117 BALAI POLIS SCIENTEXBalai Polis Scientex, 06 Ogos 2026 (Khamis) โ€“ Lawatan dan Pemerik...
06/08/2026

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN PTKPN A117 BALAI POLIS SCIENTEX

Balai Polis Scientex, 06 Ogos 2026 (Khamis) โ€“ Lawatan dan Pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 telah dilaksanakan di Balai Polis Scientex dan diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seri Alam, ASP H. Ramatasan a/l B. Harikrishnan, bersama pasukan pegawai pemeriksa daripada Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Seri Alam.

Kehadiran pasukan pemeriksa telah disambut oleh Ketua Polis Balai Scientex, ASP Mat Nawi bin Ab. Rahman, diiringi Timbalan Ketua Polis Balai Scientex, SM Khairul Azwan bin Awang, serta anggota Balai Polis Scientex.

Pemeriksaan ini diadakan bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran Balai Polis Scientex sentiasa mematuhi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 serta prosedur kerja yang telah ditetapkan. Selain itu, pemeriksaan ini turut memastikan dokumen-dokumen balai dikemaskini secara sistematik, aset-aset kerajaan diurus dan diselenggara dengan baik serta tahap kebersihan, keselamatan dan kesiapsiagaan balai sentiasa berada pada tahap terbaik.

27/06/2026

Address

Jalan Kelisa 5
Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Taman Scientex posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Taman Scientex:

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services