Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Bandaraya Pasir Gudang Aras 19,Menara Aqabah
Jalan Bandar,81700 Pasir Gudang

Tel : 07-254 7777
Faks : 07-251 5260

Memperkasa komuniti dan menjadikan Pasir Gudang bersih,indah dan selesa didiami dengan menyediakan kemudahan awam dan perkhidmatan melalui pengurusan cemerlang, perkhidmatan gemilang.

23/10/2026

Siaran Langsung Program Pembudayaan
Al-Quran Majlis Bandaraya Pasir Gudang

πŸ“… 16 Oktober 2026 (Jumaat)
πŸ“ Masjid An-Nur, Pasir Gudang
⏰ 8.00 Pagi

Semoga kita semua mendapat pahala atas usaha menyebarkan kebaikan.

Mohon Like dan Share, terima kasih.

Semoga program ini berjalan lancar dan memberikan manfaat kepada semua.

MEMPERKUKUH TADBIR URUS KEWANGAN, MEMANTAPKAN PENDIGITALAN PERKHIDMATAN22 Oktober 2026, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (M...
22/10/2026

MEMPERKUKUH TADBIR URUS KEWANGAN, MEMANTAPKAN PENDIGITALAN PERKHIDMATAN

22 Oktober 2026, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menerima kunjungan delegasi Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor yang mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, di Menara Aqabah, MBPG.

Program diteruskan dengan Knowledge Sharing Pelaksanaan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) dan Sistem e-PBT di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah, MBPG.

Program ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pematuhan SAGA, pengurusan kewangan serta pelaksanaan sistem e-PBT 3.0 yang mula digunakan di MBPG pada 1 Januari 2026 bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran dan memperluas pendigitalan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Saipol Rahman bin Haji Amat, Bendahari Negeri Johor; YBrs. Dato’ Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan; Setiausaha Majlis Daerah Dabong; pengarah-pengarah jabatan MBPG; wakil agensi berkaitan serta wakil CyberSolution Technologies Sdn. Bhd.

Delegasi turut mengadakan lawatan ke Muzium Layang-Layang Pasir Gudang dan Galeri Seramik MBPG bagi mengenali warisan seni dan budaya tempatan.

Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh tadbir urus kewangan, meningkatkan kecekapan proses kerja serta mempererat kerjasama antara agensi demi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan berkualiti.






22/10/2026

Laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat jam 8 malam menunjukkan hanya stesen Tangkak dan Kluang merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, manakala enam stesen lain mencatatkan bacaan pada tahap sederhana.








π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—žπ—¨π—›π—”π—‘ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π—‘π—”π—”π—‘ π—˜π—žπ—¦π—” π— π—•π—£π—š π—žπ—˜ π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π—¦π—˜π—§π—œπ—”π—¨π—¦π—”π—›π—” π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨22 Oktober 2026, Majlis B...
22/10/2026

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—žπ—¨π—›π—”π—‘ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π—‘π—”π—”π—‘ π—˜π—žπ—¦π—” π— π—•π—£π—š π—žπ—˜ π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π—¦π—˜π—§π—œπ—”π—¨π—¦π—”π—›π—” π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨

22 Oktober 2026, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah mengadakan Lawatan Kerja Pengukuhan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.

Delegasi MBPG diketuai oleh Yang Berusaha Puan Nurul Hidayah binti Mohd Shafie, Pegawai Penerbitan MBPG, bersama 34 orang pegawai dan kakitangan daripada pelbagai jabatan, bahagian dan unit. Ketibaan delegasi disambut oleh Yang Berusaha Puan Normah binti Nik, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Korporat) Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, menimba ilmu dan mempelajari amalan terbaik pelaksanaan EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, kemas dan sistematik. Perkongsian ini turut membuka ruang kepada penambahbaikan pengurusan tempat kerja serta pembudayaan amalan kerja yang lebih cekap dan berkualiti.

Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuh pelaksanaan EKSA di MBPG, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Kerajaan Negeri Terengganu






JOHOR BERSIH @ SUNGAI MASAI 202622 Oktober 2026, Program Johor Bersih @ Sungai Masai 2026 telah berlangsung di Dewan Ter...
22/10/2026

JOHOR BERSIH @ SUNGAI MASAI 2026

22 Oktober 2026, Program Johor Bersih @ Sungai Masai 2026 telah berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Pasir Gudang Baru, Masai, Johor.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, selaku wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Turut hadir, Yang Berusaha Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Penganjuran program ini merupakan usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan sungai dan memelihara alam sekitar. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya aktiviti menyusuri Sungai Masai dengan bot, demonstrasi ujian kualiti air sungai, penanaman pokok serta pelepasan benih ikan.

Semoga inisiatif ini dapat memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam memastikan kebersihan sungai terus terpelihara demi kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.






OPERASI BERSEPADU: 4 PREMIS INDUSTRI DIKENAL PASTI UNTUK TINDAKAN LANJUT BERHUBUNG PENEMPATAN PEKERJA TANPA PERAKUAN PEN...
22/10/2026

OPERASI BERSEPADU: 4 PREMIS INDUSTRI DIKENAL PASTI UNTUK TINDAKAN LANJUT BERHUBUNG PENEMPATAN PEKERJA TANPA PERAKUAN PENGINAPAN

21 Oktober 2026, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan Operasi Bersepadu di sekitar Jalan Sagai, Taman Pasir Putih dan kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Operasi ini melibatkan pemeriksaan terhadap empat premis industri bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan berkaitan penempatan pekerja dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Hasil pemeriksaan, dua pemilik syarikat dikenal pasti gagal mempamerkan nombor siri pendaftaran syarikat dan telah dikenakan kompaun berjumlah RM5,000.00 oleh SSM di bawah Seksyen 30(1)(b), Akta Syarikat 2016.

Selain itu, empat pemilik syarikat dikenal pasti menempatkan pekerja tanpa perakuan penginapan yang sah daripada JTK. Mereka diarahkan hadir ke JTK melalui saman Borang F bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Seksyen 24D, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Dalam operasi yang sama, satu notis lawatan bertempoh 21 hari turut dikeluarkan kepada sebuah syarikat di bawah Seksyen 79, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), berhubung kesalahan membina petak, galeri, loteng dan sebagainya di dalam bangunan.

Operasi bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan MBPG bersama agensi penguat kuasa berkaitan dalam memastikan aktiviti perniagaan di Pasir Gudang mematuhi undang-undang, syarat pelesenan dan peraturan yang ditetapkan.






π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—₯π—˜π—žπ—’π—— 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—™π—”π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π— π—•π—£π—š 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟯 – π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—‘π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—Ÿπ—”π—¦π—œπ—™π—œπ—žπ—”π—¦π—œ π—™π—”π—œπ—Ÿ22 Oktober 2026, MBPG melalui Jabatan Khi...
22/10/2026

π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—₯π—˜π—žπ—’π—— 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—™π—”π—œπ—Ÿπ—”π—‘ π— π—•π—£π—š 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟯 – π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—‘π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—Ÿπ—”π—¦π—œπ—™π—œπ—žπ—”π—¦π—œ π—™π—”π—œπ—Ÿ

22 Oktober 2026, MBPG melalui Jabatan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod dan Pemfailan MBPG Fasa 3 – Pengenalan Klasifikasi Fail bertempat di Hotel Renaissance, Johor Bahru dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Johor.

Kursus ini telah dihadiri oleh Puan Norlin binti Md Yusoff Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran AM Jabatan Khidmat Pengurusan, serta warga kerja MBPG yang terdiri daripada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ), Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) dan para peserta yang terlibat dalam pengurusan rekod di jabatan masing-masing.

Kursus telah disampaikan oleh Puan Bonnyta binti Bujang, Penolong Pengarah Negeri II, Arkib Negara Malaysia Negeri Johor, yang berkongsi pengetahuan dan panduan berkaitan prinsip asas klasifikasi fail, kaedah mengenal pasti kategori rekod serta kepentingan penggunaan sistem pemfailan yang seragam dan sistematik.

Penganjuran kursus ini merupakan salah satu usaha MBPG dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga kerja berkaitan pengurusan rekod, sekali gus memastikan dokumen rasmi dapat diklasifikasikan, disimpan dan dicapai dengan lebih teratur serta memudahkan urusan pencarian dan rujukan semula.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Arkib Negara Malaysia Negeri Johor atas perkongsian ilmu, bimbingan serta kerjasama yang diberikan. Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam urusan kerja harian bagi memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan MBPG.






πŸ“š PESTA TEROKAI DUNIA BUKU PASIR GUDANG 2026 πŸ“šBerita baik buat semua! πŸŽ‰Pesta Terokai Dunia Buku Pasir Gudang 2026 yang s...
22/10/2026

πŸ“š PESTA TEROKAI DUNIA BUKU PASIR GUDANG 2026 πŸ“š

Berita baik buat semua! πŸŽ‰

Pesta Terokai Dunia Buku Pasir Gudang 2026 yang sebelum ini ditangguhkan kini kembali dengan *tarikh baharu!* πŸ₯³ Jom meriahkan pesta buku yang bakal berlangsung pada *12 hingga 15 November 2026*, bertempat di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang empat hari, antaranya:

πŸ“š Jualan buku
🎨 Pertandingan mewarna
πŸ”Ž Pertandingan Digital Hunt
🎨 Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster
🎀 Pertandingan Karaoke Cilik
🧠 Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2026
πŸŽ™οΈ Ceramah Perkongsian Ilmu
🎧 Podcast β€œSembang ke Menara Gading”
πŸŽͺ Persembahan buskers dan cabutan bertuah
🧡 Jualan kraftangan dan Pasir Gudang Kraf
πŸͺ Jom Buat Layang-Layang
🐊 Mini Petting Zoo Sarang Buaya
🧩 Kuiz bersama PAPG

Serta pelbagai aktiviti interaktif yang menarik untuk seisi keluarga! ✨

πŸ“… Tarikh: 12 – 15 November 2026
πŸ“ Tempat: Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
⏰ Masa: 9.00 pagi – 9.00 malam

πŸ“’ Maklumat lanjut dan hebahan terkini, ikuti Telegram Perpustakaan Awam Pasir Gudang di pautan berikut:

πŸ”— https://t.me/perpustakaanawampasirgudangjohor

Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk meneroka dunia ilmu, buku, kreativiti dan pelbagai aktiviti menarik di Pesta Terokai Dunia Buku Pasir Gudang 2026!πŸ“–πŸ’–

πŸ—“οΈ Jangan lupa tandakan tarikh baharu anda dan nantikan kemeriahannya!







SENTUHAN PRIHATIN, JASA DAN BAKTI TETAP DIHARGAI22 Oktober 2026, YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar...
22/10/2026

SENTUHAN PRIHATIN, JASA DAN BAKTI TETAP DIHARGAI

22 Oktober 2026, YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, hari ini meluangkan masa menziarahi Encik Mohammed bin A. Rahman, pesara MBPG, di kediaman beliau, Taman Air Biru.

Lawatan tersebut turut diiringi oleh Yang Berusaha Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG dan Puan Hajah Noorhayati binti Sarmoen, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBPG, sebagai tanda keprihatinan serta penghargaan atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang 41 tahun berkhidmat bersama MBPG.

Semoga Encik Mohammed sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan. Sesungguhnya, segala jasa dan bakti yang dicurahkan akan terus dikenang oleh seluruh keluarga besar MBPG.






22/10/2026

Laporan pemantauan kualiti udara pada jam 8 pagi hari ini menunjukkan keadaan yang lebih baik apabila enam daripada lapan stesen merekodkan bacaan dalam kategori sederhana. Bagaimanapun, stesen Pasir Gudang dan Tangkak masing-masing mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu 109 dan 153.








Address

Pasir Gudang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072547777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Pasir Gudang:

Shortcuts

Share