PAS PASIR Gudang

Directions

PAS PASIR Gudang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS PASIR Gudang, Political organisation, 32, Jalan Mawar 46, Pasir Gudang.

04/10/2026
04/10/2026

HADIS HARI INI

يُمِيطُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ

“Membuang sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, no. 2989)

Lajnah Tafaqquh DUPP
4 Oktober 2026

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.”(Surah Al-Baqarah: 156)​Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan...
04/10/2026

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.”
(Surah Al-Baqarah: 156)

​Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial, Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ) merakamkan setinggi-tinggi ucapan salam takziah dan rasa duka cita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakan, serta warga sekolah atas pemergian tragis anakanda Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal.

​Seluruh saf pimpinan dan ahli Lajnah Kebajikan BPPNJ amat terkesan dan berdukacita atas insiden yang menimpa al-Marhumah, seorang pelajar yang berpotensi tinggi dan disenangi ramai.

Kami ​mendoakan agar roh al-Marhumah dicampuri rahmat Allah, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Semoga keluarga al-Marhumah dikurniakan kesabaran, kekuatan, dan ketabahan yang tinggi mendepani ujian yang sangat berat ini.

​Kami menggesa pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara telus, menyeluruh, dan pantas agar pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman sejajar dengan keadilan undang-undang.

​Kami juga meminta semua pihak berkepentingan untuk memperketatkan lagi langkah keselamatan di persekitaran sekolah dan kawasan setempat demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan anak-anak kita sentiasa terjamin.

​Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat al-Marhumah Irene Sofiya. Semoga keadilan dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.

​Al-Fatihah.

​Ikhlas daripada:
Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

Liqa Fikri 2.0 anjuran Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Johor.
03/10/2026

Liqa Fikri 2.0 anjuran Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Johor.

02/10/2026

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

2 OKTOBER 2026 | 20 RABIUL AKHIR 1448H

JANGAN BIARKAN ISU VIDEO CCTV MENUTUP ISU SEBENAR KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA

Penularan rakaman CCTV yang melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Namun bagi Pemuda PAS Malaysia, perhatian rakyat tidak seharusnya terhenti pada beberapa saat rakaman yang tular itu semata-mata.

Ada persoalan yang jauh lebih besar dan lebih serius yang perlu diberikan perhatian.

Berdasarkan penjelasan AKPS, kejadian tersebut berlaku pada 28 September ketika satu operasi penguatkuasaan dijalankan terhadap seorang warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan “ulat” di KLIA. Dalam proses berkenaan, timbul p**a persoalan mengenai individu yang bukan sebahagian daripada pasukan operasi yang berada di lokasi dan merakam kejadian tersebut.

Perkara ini kini berada dalam siasatan pihak berkuasa. Maka kita tidak mahu mendahului siasatan atau menghukum mana-mana pihak.

Tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh menutup mata terhadap persoalan lebih besar tentang tahap keselamatan, integriti dan kemungkinan berlakunya kebocoran dalam sistem penguatkuasaan di pintu masuk negara.

AKPS sendiri sebelum ini mendedahkan peningkatan tindakan terhadap kegiatan penyeludupan. Setakat tahun ini, nilai rampasan dan ketirisan hasil kerajaan yang berjaya ditangani AKPS dilaporkan telah melebihi RM265 juta, berbanding RM80 juta pada tahun sebelumnya. Cubaan penyeludupan dadah melalui lapangan terbang juga dilaporkan dikesan dengan begitu kerap.

Ini bukan angka kecil.

Ia memberi gambaran bahawa ancaman terhadap pintu masuk dan sempadan negara adalah sesuatu yang perlu dipandang dengan sangat serius.

Sebab itu Pemuda PAS memberikan sokongan kepada setiap usaha profesional dan berintegriti oleh AKPS serta seluruh agensi penguatkuasaan untuk membersihkan pintu masuk negara daripada kegiatan penyeludupan, rasuah, salah guna kuasa, kemasukan warga asing tanpa dokumen dan apa juga bentuk jenayah rentas sempadan.

Kita juga menghargai ketegasan Datuk Seri Mohd Shuhaily dalam usaha memperkukuhkan penguatkuasaan AKPS. Pada masa yang sama, semua dakwaan berkaitan insiden yang tular mesti disiasat secara bebas, telus dan adil. Tiada sesiapa harus berada di atas undang-undang.

Apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan usaha membersihkan pintu masuk negara tidak terhenti hanya kerana satu kontroversi.

Jika terdapat pegawai, orang tengah, sindiket atau mana-mana pihak yang bersekongkol untuk membocorkan operasi, melindungi sindiket, memudahkan penyeludupan atau membawa masuk warga asing secara tidak sah, mereka mesti dikenal pasti, disiasat dan dibawa ke muka pengadilan berdasarkan undang-undang.

Pemuda PAS melalui Ahli-Ahli Parlimen akan terus membawa persoalan berkaitan keselamatan sempadan dan integriti penguatkuasaan ke Dewan Rakyat dalam persidangan akan datang.

Kita mahu kerajaan menjelaskan sejauh mana sindiket-sindiket ini telah menembusi sistem penguatkuasaan negara, apakah kelemahan yang masih wujud di pintu masuk antarabangsa dan apakah tindakan menyeluruh yang sedang diambil bagi memastikan anggota penguat kuasa tidak boleh dipengaruhi atau diperalatkan oleh sindiket.

Pemuda PAS juga akan terus mengikuti maklumat, laporan dan pendedahan daripada masyarakat, bekas petugas serta saksi berkaitan sebarang dakwaan salah laku yang boleh mengancam keselamatan negara. Setiap maklumat yang mempunyai asas wajar diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat secara profesional.

Isu ini lebih besar daripada satu rakaman CCTV.

Ini soal siapa yang menjaga pintu negara kita.

Ini soal integriti institusi.

Dan yang paling utama, ini soal kedaulatan Malaysia.

Jangan kerana kita sibuk melihat beberapa saat rakaman yang tular, kita terlepas pandang apa yang sebenarnya sedang berlaku di belakang pintu masuk negara.

YB Afnan Hamimi Bin Dato’ Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Alor Setar

02/10/2026

Address

32, Jalan Mawar 46
Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS PASIR Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share