10/08/2026
🇲🇾 RUU KESALAHAN SYARIAH (KELANTAN) 2026
Esok, insya-Allah, Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 akan dizahirkan.
Selepas keputusan 9 Februari 2024, tugas kita bukan merempuh pintu yang telah ditutup, jauh sekali untuk berhenti di hadapannya.
Sebaliknya, tugas kita ialah memahami sempadan yang telah digariskan, mengenal pasti ruang yang masih diberikan oleh Perlembagaan kepada syariah, lalu mengisinya dengan ilmu, hikmah dan keberanian.
RUU ini merupakan jawapan perundangan Negeri Kelantan terhadap keputusan 9 Februari 2024 — satu usaha untuk terus memperkukuh pelaksanaan syariah dalam ruang yang dibenarkan oleh Perlembagaan.
Semoga usaha ini dipermudahkan dan diberi kekuatan untuk membawa manfaat kepada rakyat serta negeri Kelantan.
🤲 Insya-Allah, kita terus melangkah dengan ilmu, hikmah dan keberanian.