PDRM PASIR MAS

Call Directions Website

PDRM PASIR MAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PDRM PASIR MAS, Law enforcement agency, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Pasir Mas.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
Media rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas
Menyalurkan informasi terkini berkaitan aktiviti, isu semasa dan berita mengenai PDRM.

19/10/2026

⚠️ DOKUMEN DISYAKI PALSU, LELAKI WARGA ROHINGYA DITAHAN OLEH PETUGAS UNIT KERETA PERONDA (MPV).

19 Oktober 2026 (Isnin) - Seorang lelaki warga Rohingya (Myanmar) ditahan oleh petugas Unit Kereta Peronda (MPV) selepas pemeriksaan keatas dokumen suspek diragui dan disyaki palsu di Snap Check cegah jenayah jalan Pohon Buluh, Pasir Mas.

Kes disiasat dibawah Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

POSTING PILIHAN - KEPADA YANG BERMINAT, JOM SERTAI KEJOHANAN KAROM BEREGU ANJURAN KELAB POLIS KONTINJEN DAN PACSU KELANT...
18/10/2026

POSTING PILIHAN - KEPADA YANG BERMINAT, JOM SERTAI KEJOHANAN KAROM BEREGU ANJURAN KELAB POLIS KONTINJEN DAN PACSU KELANTAN.

*HEBAHAN: DAFTAR SEGERA KEJOHANAN KAROM BEREGU TERBUKA! πŸ’™*

Cepat! Cepat! Daftar Kejohanan Karom Beregu Terbuka yang masih dibuka!

Jangan lepaskan peluang keemasan anda!

Ketahui potensi anda sama ada di *Winner Pool* atau *Plate Pool* β€” yuran hanya *RM40 / Regu* dan jom meriahkan kejohanan bersama kami pada *24 Oktober 2026 (Sabtu), jam 9.00 pagi hingga selesai di Dewan DDAR, IPK Kelantan.*

*Anjuran Kelab Polis Kontinjen dan PACSU Kelantan, bersempena Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026.*

Bukan sekadar kejohanan! Nantikan pelbagai aktiviti menarik termasuk hadiah lumayan untuk pemenang β€” *Johan RM1,200.00 (Winner Pool)* β€” serta *pelbagai cabutan bertuah disediakan untuk dibawa pulang.* 🎁✨

*POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA*

Untuk pendaftaran:
*ABEJO β€” 019 938 7019*

Jumpa anda di Kejohanan Karom Beregu Terbuka!

⚠️ JIHAD DADAH : 10 LELAKI DITAHAN DALAM OP TAPIS BERSEPADU SEMPADAN PASIR MAS - THAILAND SEMALAM.
18/10/2026

⚠️ JIHAD DADAH : 10 LELAKI DITAHAN DALAM OP TAPIS BERSEPADU SEMPADAN PASIR MAS - THAILAND SEMALAM.

18/10/2026
πŸ”΅ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT WARGA IPD PASIR MAS DITERUSKAN DENGAN AKTIVITI " SENAMROBIK". 18 Oktober 2026 (Ahad) - Pada p...
18/10/2026

πŸ”΅ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT WARGA IPD PASIR MAS DITERUSKAN DENGAN AKTIVITI " SENAMROBIK".

18 Oktober 2026 (Ahad) - Pada pagi ini Program Gaya Hidup Sihat warga IPD Pasir Mas diteruskan dengan aktiviti "Senamrobik" anjuran Cawangan Khas Daerah.

Program gaya hidup sihat pada pagi ini diketuai oleh DSP Iskandar bin Mohamed, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD). Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sang Saka Biru kemudian diikuti dengan memperbaharui Ikrar Rukun Negara dipimpin oleh ASP Shau A/K Eh Kong dari Cawangan Khas Daerah.

Seramai 92 orang warga IPD Pasir Mas telah hadir menyertai program yang dijadualkan setiap hari Ahad. Program gaya hidup sihat dapat meningkatkan tahap kesedaran anggota PDRM mengenai kepentingan menjaga kesihatan disamping itu juga dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dan juga kesukanan.

17/10/2026

⚠️ JIHAD DADAH : LELAKI WARGA TEMPATAN DITAHAN BERSAMA SEJUMLAH DADAH DALAM OP TAPIS BERSEPADU SEMPADAN.

17 Oktober 2026 (Sabtu) - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) hari ini berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan bersama sejimlah dadah dalam milikan beliau di Kampung Padang To' La, Pasir Mas.

Suspek yang memiliki 4 rekod dadah dan 1 rekod jenayah itu juga didapati positif dadah jenis METHAPHETAMINE selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Salurkan maklumat dadah dikawasan anda untuk tindakan lanjut. Bersama kita banteras najis dadah dari terus berakar umbi dalam masyarakat kita.

πŸ”΅ SINGGAH JUMAAT YBHG. DATUK KSU KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE MASJID MUKIM KIAT, BUNUT SUSU.16 Oktober 2026 (Jumaat) - Wa...
16/10/2026

πŸ”΅ SINGGAH JUMAAT YBHG. DATUK KSU KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE MASJID MUKIM KIAT, BUNUT SUSU.

16 Oktober 2026 (Jumaat) - Warga Kariah dan jemaah Masjid Mukim Kiat, Bunut Susu hari ini menerima kunjungan mesra dari Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Awang Alik Bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bersama rombongan bagi menunaikan solat Jumaat. Turut mengiringi Ybhg. Datuk KSU KDN hari ini ialah YDH CP Dato' Haji Mohd Yusoff bin Mamat, Ketua Polis Kelantan serta YDH ACP Mazlan bin Hassan, Ketua Polis Daerah Pasir Mas.

Kehadiran Ybhg. Datuk KSU dalam suasana santai hari ini disambut penuh mesra dari seluruh jemaah Masjid Mukim Kiat dan seusai Solat Jumaat, YDH Ketua Polis Kelantan diberikan ruang untuk menyampaikan sedikit ceramah khasnya berkaitan keadaan dan situasi keselamatan negeri Kelantan dan juga hala tuju Jihad Dadah yang menjadi keutamaan No. 1 YDH Ketua Polis Kelantan.

Selain itu juga, Ybhg. Datuk KSU hari ini turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada Jawatankuasa Masjid Mukim Kiat, Bunut Susu untuk pembangunan dan kegunaan Masjid Mukim. Semoga perhubungan baik antara Kementerian Dalam Negeri khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus dipereratkan demi kebaikan masyarakat dan negara tercinta ini.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.

15/10/2026

⚠️ 23 SAMAN KESALAHAN PUSINGAN-U / GARISAN BERKEMBAR DIISU HARI INI.

15 Oktober 2026 (Khamis) - Hari ini BSPTD meneruskan tindakan memfokuskan kepada kesalahan Pusingan-U dan garisan berkembar di dua lokasi iaitu di Jalan Lemal dan Jalan Lubok Jong.

Sebanyak 23 buah kenderaan dikenakan tindakan saman atas kesalahan tersebut manakala jumlah leseluruhan saman adalah sebanyak 32 saman meliputi pelbagai kesalahan peraturan jalanraya sepanjang operasi dijalankan.

Alhamdulillah tindakan yang dilaksanakan ini telah memberi kesan kepada jumlah kes kemalangan dalam minggu ini di daerah Pasir Mas dan semoga pengguna jalanraya lebih peka dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan.

🟑 THIS IS PASIR MAS!Ore Pasir Mas, acu komen sikit demo duk alik mano? admin ore luar, tapi lamo doh netap di Pasir Mas ...
15/10/2026

🟑 THIS IS PASIR MAS!

Ore Pasir Mas, acu komen sikit demo duk alik mano? admin ore luar, tapi lamo doh netap di Pasir Mas ☺️.

🀭

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang
Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDRM PASIR MAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share