Majlis Daerah Pasir Mas

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Daerah Pasir Mas Page Facebook Rasmi Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)
Twitter

27/08/2026

27 Ogos 2026,Pihak MDPM telah melakukan kerja-kerja pembersihan di Kawasan Taman Halal Pasir Mas. Dingatkan kepada Pemilik dan Pemunya Haiwan Peliharaan ( Lembu).Memastikan Haiwan Peliharaan anda tidak berkeliaran ditempat awam dan tidak mendatangkan bahaya serta kemudaratan kepada orang lain.Jadilah Penternak yang bertanggungjawab.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
Hilmi Abdullah




24/08/2026
23/08/2026

Bukan sekadar berjalan kaki, tetapi setiap langkah turut digunakan untuk membersihkan kawasan perumahan.

Itulah kelainan Program Jom Berjalan Sambil Memungut Sampah anjuran Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) yang berlangsung di Taman Maka Utama.

Hampir 200 orang terdiri daripada Ahli Majlis, kakitangan MDPM, Jawatankuasa Penduduk dan penduduk taman bersama-sama turun padang menyusuri kawasan perumahan sambil mengutip sampah.

Program berkenaan dirasmikan Ketua Whip Majlis Daerah Pasir Mas, Tn. Hj. Abdul Fatah bin Hj. Haron.

Konsep program yang menggabungkan aktiviti berjalan kaki dengan kutipan sampah itu bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menghidupkan semula semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat.

Lebih menarik, usaha menjaga kebersihan tidak berhenti pada hari program apabila MDPM turut menyerahkan peralatan pembersihan kepada Persatuan Penduduk Taman Maka Utama.

Langkah itu memberi ruang kepada komuniti setempat untuk meneruskan aktiviti kebersihan secara berkala tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa tempatan.

Pendekatan membawa program kebersihan terus ke kawasan perumahan dilihat mampu membentuk rasa memiliki dalam kalangan penduduk terhadap persekitaran sendiri.

Apabila penduduk sendiri turun membersihkan kawasan yang mereka diami, mesejnya lebih mudah sampai; kebersihan bukan kerja MDPM semata-mata, tetapi tanggungjawab semua.

Program ini sekali gus memperlihatkan bahawa usaha menjadikan Pasir Mas lebih bersih tidak semestinya bermula dengan sesuatu yang besar.

Kadang-kadang, ia bermula dengan satu langkah. Dan hampir 200 orang memilih untuk melangkah bersama.

🧹 JOM BERJALAN SAMBIL MEMUNGUT SAMPAH | 21 OGOS 2026🌿 Taman Maka Utama, Pasir Mas 🌿Pada 21 Ogos 2026, telah berlangsung ...
21/08/2026

🧹 JOM BERJALAN SAMBIL MEMUNGUT SAMPAH | 21 OGOS 2026

🌿 Taman Maka Utama, Pasir Mas 🌿

Pada 21 Ogos 2026, telah berlangsung Program Jom Berjalan Sambil Memungut Sampah anjuran Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) bertempat di Taman Maka Utama, Pasir Mas.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan hampir 200 orang, terdiri daripada Ahli Majlis, Kakitangan MDPM, Jawatankuasa Penduduk serta penduduk Taman Maka Utama.

Program telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Fatah bin Hj. Haron, Ketua Whip Majlis Daerah Pasir Mas. Turut berlangsung dalam program ini ialah penyerahan alat-alat pembersihan oleh pihak MDPM kepada Persatuan Penduduk Taman Maka Utama sebagai sokongan dan galakan kepada komuniti setempat untuk terus melaksanakan aktiviti kebersihan secara berterusan.

🚶‍♂️🧹 Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat gotong-royong, kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih, ceria dan selesa.

🌱 Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi tanggungjawab kita bersama.

🤝 Jom kita teruskan budaya bersih, sihat dan prihatin demi Pasir Mas yang lebih indah dan sejahtera!










Ayuh sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang di Premis Perniagaan,Pejabat dan Kediaman masing-masing.      Bahagian Keraj...
17/08/2026

Ayuh sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang di Premis Perniagaan,Pejabat dan Kediaman masing-masing.




Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

LAWATAN TURUN PADANG PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG PBT TAHUN 2026 KE MAJLIS DAERAH PASIR MAS16 Ogos 2026 pihak ...
16/08/2026

LAWATAN TURUN PADANG PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG PBT TAHUN 2026 KE MAJLIS DAERAH PASIR MAS

16 Ogos 2026 pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) telah menerima Lawatan Turun Padang Pasukan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai serta melihat secara langsung pelaksanaan aspek pentadbiran, penyampaian perkhidmatan, pengurusan, pengurusan persekitaran serta inisiatif dan inovasi yang dilaksanakan oleh MDPM dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat.

Pasukan panel penilai turut berkesempatan meninjau beberapa lokasi dan fasiliti di bawah seliaan MDPM sebagai sebahagian daripada proses penilaian yang ditetapkan.

MDPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang PBT Tahun 2026 atas kunjungan serta komitmen dalam melaksanakan penilaian ini.

Semoga penilaian ini menjadi pemangkin kepada MDPM untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan serta mesra rakyat.

“Bersama Memacu Pasir Mas Ke Arah Lebih Cemerlang”

"Membangun Demi Perpaduan Masyarakat"

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan







KURSUS UNDANG-UNDANG UNIT PENGUATKUASAAN MAJLIS DAERAH PASIR MAS 2026.Khamis,13 Ogos 2026 - Kursus Undang-Undang secara ...
16/08/2026

KURSUS UNDANG-UNDANG UNIT PENGUATKUASAAN MAJLIS DAERAH PASIR MAS 2026.

Khamis,13 Ogos 2026 - Kursus Undang-Undang secara "in-house" yang dianjurkan oleh Unit Undang-Undang MDPM dan Unit Penguatkuasaan MDPM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MDPM bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 1 petang telah dihadiri oleh semua anggota Penguatkuasa MDPM. Kursus yang diadakan ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan kompetensi anggota penguatkuasa MDPM dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan disamping menjadi platform perbincangan bersama berkaitan isu-isu perundangan dan penguatkuasaan dalam kawasan MDPM.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan


06/08/2026

5 Ogos 2026 - Pihak Majlis Daerah Pasir Mas telah menjalankan Sesi Cabutan Undi bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Daerah Pasir Mas.Cabutan Undi telah disempurnakan oleh Ketua Whip dan Timbalan Ketua Whip Majlis Daerah Pasir Mas dan disaksikan oleh YABrs.Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
Hilmi Abdullah

Penyelarasan Tempat Perpindahan Sementara Stesen Bas Exprass RP bagi Kerja kerja Menaiktaraf Di Tapak Stesen Bas Express...
04/08/2026

Penyelarasan Tempat Perpindahan Sementara Stesen Bas Exprass RP bagi Kerja kerja Menaiktaraf Di Tapak Stesen Bas Express Rantau Panjang.

Edaran Notis Pemakluman Berkenaan Kerja kerja Mengecat Bangunan, Penyeragaman Papan Tanda Perniagaan dan Pembinaan Lalua...
04/08/2026

Edaran Notis Pemakluman Berkenaan Kerja kerja Mengecat Bangunan, Penyeragaman Papan Tanda Perniagaan dan Pembinaan Laluan Penjalan Kaki Berbumbung Dalam kawasan ZBC RP.Bermula dari Lot kedai bernombor 148 - 180.

Address

Majlis Daerah Pasir Mas, Kompleks Apam Putra
Pasir Mas
17070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Pasir Mas:

Shortcuts

Share